BAB 29

144 6 1
                                    

MATANYA sayu memandang ke arah Aliya yang berada di sebelahnya. Aliya dan dia baru saja selesai mensedekahkan bacaan yasin kepada arwah keluarga aliya. Dia mampu melihat mata aliya yang agak sedikit berair. Mungkin aliya sedang menahan diri daripada menangis.

Haikal menghembuskan nafas dengan perlahan. Dia tidak menyangka yang keluarga aliya telahpun meninggal dunia. Dia pasti yang aliya masih lagi merasa sedih akan kepergian keluarganya itu. Selain  itu dia juga ada menyalahkan dirinya sendiri kerana dia tiada bersama aliya sewaktu aliya berdepan dengan musibah ini.

Dia tidak berani membayangkan keadaan aliya disaat itu berlaku. Menghadapi  kepergian keluarganya di tambah pula dia yang tiba tiba menghilangkan diri.

" ayah ibu, Aliya datang ni. Sekarang aliya dah kahwin tau. aliya dah kahwin dengan haikal. Jadi ayah dengan ibu tak perlu lagi soal aliya. Rumah pusaka ayah pun aliya dah dapatkan balik. Aliya rindu sayang dengan ayah dengan ibu. Aliya..."

Ucapan aliya berhenti disitu. Hatinya terasa sebak. Air mata yang ingin keluar ditahan olehnya. Dia tidak mahu menangis di depan kubur arwah keluarganya. Dia perlu kuatkan diri.

"Hubby jomlah kita gerak. Nanti lambat pula sampai Melaka" kata aliya seusai bangun sambil menggulungkan tikar . Dia tidak mahu berlama disini. Semakin lama dia disini semakin susah untuk hatinya menahan rasa sedih ini. dia juga tidak mahu haikal melihat keadaan dirinya yang sedemikian.

" sayang pergi tunggu dalam kereta kejap." kata haikal. Tanpa banyak soal aliya mengangguk lalu melangkah menuju ke arah kereta.

Haikal memandang aliya yang beredar dar sini. Setelah aliya sudah pun berada jauh, haikal berpaling semula ke arah kubur arwah keluarag aliya.

Dia menyuruh aliya beredar dahulu kerana dia mahu bersendirian. Dia tidak mahu aliya mendengar apa yang dia ingin katakan.

'" Assalamualaikum, uncle untie. Maaf sebab baru sekarang saya datang melawat uncle dengan untie. Saya minta maaf sebab tiada disampng aliya dahulu.  Saya minta maaf juga sebab mungkir janji dengan uncle dulu"

" saya tahu salah saya. Jadi sekarang ini saya janji dengan uncle dengan untie yang saya tak akan ulang kesalahan sayan dahulu. uncle dengan untie tak perlu risau aliya sedang selamat dengan saya" sambungnya lagi.

" saya janji yang saya akan jaga aliya sepert mana dengan janji yang saya katakan dahulu. Saya minta maaf sangat sebab telah buat aliya menangis dahulu. Saya harap uncle dengan untie mampu maafkan kesalahan saya. Saya dengan aliya balik dulu " kata haikal lalu beredar dari tanah perkuburan tersebut.

Haikal membuka pintu kereta lalu masuk. Dia berpaling ke arah aliya yang sedang menggosok kedua belah matanya. Haikal terus menghulurkan tisu kepada aliya. Dia tahu yang aliya baru saja menangis.

Aliya mengambil tisu yang dihulurkan oleh haikal lalu lapkan saki baki air mata yang masih tersisa. Sejurus dia masuk ke dalam kereta tadi, air matanya terus jatuh membasahi pipinya.
walaupun dia berusaha untuk tidak menangis namun hatinya tidak mampu menahan tangisan yang keluar ini.

Apabila dia melihat haikal menuju ke sini, dia terus mengesat matanya. Dia tidak mahu haikal melihat dia menangis macam ini.

" sayang, abang tahu benda ini dah lama berlaku. Tapi abang nak cakap yang abang minta maaf . Maafkan abang sebab abang tidak ada disamping sayang masa hadapi  benda ni. Abang...."

" hubby stop cakap pasal benda ini. kalau hubby nak sayang maafkan hubby so jangan mention pasal benda tu" Aliya segera mencelah. Tidak mahu haikal habis berkata kata.

MISS FLOWER GIRLWhere stories live. Discover now