"SAMPAI PUN..."
Kata Haikal sambil tersenyum lalu mematikan enjin kereta. Aliya yang ditepi terus membuka pintu kereta dan turun. Aliya membuka pintu kereta di belakang untuk mengambil barang dapur. Haikal yang melihat terus menghalang Aliya.
" eh... kejap. Sayang tak perlu angkat. Biar abang je yang bawa semua ni masuk okey. Sayang mesti penat. Jadi biar abang juga yang atur semua barang di dalam peti ais. Sayang masuk rehat okey " kata Haikal yang mengambil satu persatu satu barang dapur tersebut.
Aliya tidak berkata apa apa. Dia terus mengatur langkah masuk ke dalam rumah. Haikal menoleh ke arah Aliya.
entah kenapa dia rasa macam perangai Aliya lain. Memanglah aliya selama ni dia diam je. Tapi diam kali ni macam lain je. Atau ini semua perasan dia saja.
Haikal tidak mahu berfikiran negatif. Dia tak mahu kacau mood happy dia sebab dapat keluar bersama sama Aliya. Ini kali pertama dia dapat keluar dengan Aliya setelah lama dia berpisah.
Haikal memasukkan satu persatu barang basah ke dalam peti. Serta susun makanan di dalam kabinet. Dia menoleh ke kanan dan kekiri bagi memastikan aliya tidak ada di dapur. Dia lantas mengambil box yang dia sosokkan sebelum keluar tadi.
Satu senyuman nakal terukir di bibir nya. Di dalam box itu terdapat semua barang basah yang dia sosokkan dari Aliya. Sebenarnya makanan basah ada je lagi dalam peti tapi dia dapat idea.
Idea dia ialah simpan dan sosokkan barang itu jadi bila Aliya buka peti ais tiada makanan. Confrom Aliya akan setuju untuk keluar beli barang dapur. Maknanya dia mampu kelaur dengan Aliya. Hahaha bijak tak idea dia
Haikal meneruskan menyusun barang barang itu . Senyuman dia bibirkan tidak pudar. Dia teringat yang tadi dia sempat melihat wajah Aliya ketawa kecil melayan perangai dia yang kebudak budakan semasa di supermarket.
Ketawa itu dia anggap satu permulaan baharu untuk kehidupan dia dan Aliya. Selepas ini dia kena berusaha keras untuk kembalikan Aliya yang dia sayang seperti dulu.
Berusaha untuk Aliya terima dia balik. Berusaha agar dia tak lakukan kesalahan yang pernah dia lakukan tiga tahun dulu.
Janji yang dia buat tiga tahun dulu pasti dia akan tunaikan. Menjadi suami Aliya. Hidup bersama Aliya. Mencipta sebuah keluarga yang bahagia.
Hati dia berasa senang dan gembira apabila membayangkan semua itu.
******
ALIYA berjalan masuk menuju ke arah bilik. Tapi bukan bilik dia bersama Haikal tetapi menuju ke bilik tamu yang merupakan bilik asal dia sebelum datin asmidar datang.Dia tak mahu berada di bilik Haikal. Dia perlu waktu untuk berfikir. Tombol pintu bilik dikunci bagi memastikan Haikal tidak masuk. Dia duduk di atas katil dan fikiran dia melayang. Perkataan safi tadi terngiang ngiang di telinga dia.
Kata kata safi tadi bagai menusuk ke jantungnya. Rasa sakit kian terasa. Sejak dia tinggal dengan Haikal dia terlupa sesuatu perkara. Dia lupa yang diri dia bagaikan di beli.
Mungkin dia mampu maafkan haikal sebab tinggalkan dia dahulu. Tapi soal duit itu dia terasa macam diri dia dihina. Baru sekarang dia terfikir soal itu. Punca dia dapat kahwin dengan Haikal. Semua ini sebab Haikal memberi sejumlah wang kepada mak long dia. Kalau Haikal tidak memberikan wang itu sudah tentu maklong tidak akan benarkan dia kahwin.
Mungkin kalau Haikal tidak muncu selepas syakir batalkan perkahwinan itu, maklong pasti jual dia kepada orang kaya yang lain.
YOU ARE READING
MISS FLOWER GIRL
Romance~Janji yang dibuat sememangnya untuk dimungkiri .~ " kau putuskan pertunangan, lepas tu hilang tiba tiba . Tiga tahun Kal kau hilang . Takde khabar berita . Now kau muncul balik nak dia semula. Kau ingat dia tu apa. Barang ke. Nak ambil tak nak...