WAJAH tenang Haikal ditatap sayu oleh Aliya. Haikal masih lagi terbaring di atas katil dan tidak sedarkan diri sejak semalam. Suasana dalam wad itu hanya ditemani dengan bunyi mesin pernafasan. Aliya mengengam erat tangan Haikal berdoa agat Haikal segera sedarkan diri.
Doktor beritahu dia yang Haikal mengalami pendarahan yang banyak akibat tusukan pisau di perut dan di kepalanya. Walau pun begitu, haikal bernasib baik yang tusukan pisau itu tidak terkena organ yang penting. Sekarang ini dia hanya perlu tunggu Haikal sedar saja.
Aliya mengeluh melihat keadaan tubuh Haikal yang terlantar lemah di depan matanya.
" Haikal, tolong bangun cepat okey. Aku nak dengar suara kau. Aku nak kau marah dekat aku . Bebel dekat aku. Ikut lah apa pun yang kau nak buat nanti. Tapi tolong bangun... please "
Sudah kali keberapa dia bercakap dengan haikal. Namun Haikal tidak pernah membalas percakapannya. Haikal tidak membuka sedikit pun matanya untuk dia. Dia mahu Haikal segera bangun.
Air mata cuba ditahan agar tidak jatuh membasahi pipinya. Namun semakin dia melihat wajah Haikal itu, dia tidak mampu menahan. Satu persatu air jernih keluar dari matanya.
" kau nangis lagi?. Sudah sudah lah nangis tu. Haikal tu cuma tak bangun je. Tapi telinga dia mampu dengar bunyi sekeliling dia. Dia mampu dengar suara kau nangis. Kau kena gembira sedikit barulah Haikal tu cepat sedar nak dengar suara kau ketawa ke apa ke. Ni tak nangis je kerja kau
" kata Jasriman yang baru saja masuk ke dalam wad itu. Lalu dia menghulurkan tisu kepada Aliya" awak tu hati batu. Saya ni hati lembut. Rasa nak nangis. Nangis jelah. " jawab Aliya. Tisu itu diambil . Tapi ada betulnya juga apa yang Jasriman cakap tadi.
" lah... hati lembut ke? Habis tu kau asyik cari gaduh dengan Haikal tu lembut ke. Tak kan. Lembut lah sangat sampai buat Haikal terlantar atas katil hospital " kata jasriman dengan lancang.
Aliya terdiam. Dia tak mampu membalas Jasriman. Jasriman melihat Aliya yang terdiam. Dia baru saja sedar akan apa yang dia cakap tadi. Dia tak sepatutnya cakap lancang macam tu. Diketuk kepalanya perlahan sebab cakap macam itu.
" kau ada dekat sini sejak semalam lagi. Baik kau balik rumah dulu bersihkan diri. Lepas tu baru datang balik. " arah Jasriman.
" tak nak. Saya nak tunggu sini sampai haikal bangun "
" kau dengar kan apa yang doktor cakap semalam. Haikal tu lambat lagi nak sedar. Jadi lebih baik kau balik dulu bersihkan diri tu. Makan rehat kejap. Kalau kau sakit nanti siapa nak jagakan Haikal. So now baik kau jaga kesihatan diri tu. "
Aliya berfikir sekejap. Dia mengangguk perlahan lalu menolak kerusi ke belakang. Aliya terus berjalan keluar dari wad itu. Namun dia hairan bila Jasriman keluar sekali dengannya.
" awak nak pergi mana? " tanya Aliya.
" hantar kau balik lah. Takkan aku nak benarkan kau balik naik teksi. Balik seorang diri. Kalau Haikal tahu aku biarkan buah hati dia balik sorang sorang tak pasal pasal makan penumbuk nanti dia bangun. " jawab Jariman lalu berjalan di depan Aliya.
" siapa nak temankan Haikal ? "
" banyak songeh pula kau ni. Haikal tu takkan bangun lagi lah. Dia pasti akan bangun bila ada kau dekat tepi dia. Sekarang kau tiada so haikal mesti tak nak bangun. Aku ni sepupu dia jadi aku tau lah bila dia bangun nanti. Hahahaa. Dah jom " jawab Jasriman dengan bangga.
Aliya macam tak percaya akan apa yang Jasriman cakap. Macamlah dia ahli nujum. nak tak nak dia kena ikut jelah. Sebelum beredar dia menoleh ke arah Haikal.

YOU ARE READING
MISS FLOWER GIRL
Romance~Janji yang dibuat sememangnya untuk dimungkiri .~ " kau putuskan pertunangan, lepas tu hilang tiba tiba . Tiga tahun Kal kau hilang . Takde khabar berita . Now kau muncul balik nak dia semula. Kau ingat dia tu apa. Barang ke. Nak ambil tak nak...