BAB 23

281 8 1
                                    

MATANYA tepat memandang sosok tubuh yang berada tidak jauh darinya. Satu saat dua saat tiga saat detik yang dia katakan dalam hati dia . Dia hembuskan nafas lelah kerana telah lama menunggu orang yang didepan dia . Melihat ke arah orang di depannya lalu beralih ke arah fail di atas meja.

"Aku tahulah kau tu tengah dalam mood pengantin baru tapi agak agak lah aku tunggu lima belas minit dah ni. " tahap kesabaran dia sudah sampai tahap maksimum.  Ingat dia tak ada kerja lain ke yang kena buat.

" kau nak apa dah tadi?" Tanya haikal dengan muka innocent kepada jasriman yang berada di depan dia

" baik kau tandatangan fail ni sebelum aku tandatangan muka kau. Cepat!" Jawab Jasriman.

" rileks ah!. Tak mau marah marah.  Cill bro" haikal terus meletakkan phone yang ada di tangan dia. Fail yang jasriman bawa tadi diambil . Tanpa sebarang periksa akan isi fail itu dia terus menurunkan tandatangan.

" aku tengok kau busy main phone daripada fail yang tengah berlambak depan kau tu. Kalau macam ni baik kau balik rumah bagi terus syarikat ni dekat aku. Biar aku lingkupkan syarikat ni dari kau yang bankrupkan.  "

"   Aku suruh kau tandatangan fail tu je pun. Sesaat pun tak sampai lah. Aliya tu takkan lari lah kalau kau tak balas mesej dia . Aku rasa aliya tu mesti semak dengan kau asyik mesej dia setiap saat setiap detik " bebal jasriman dengan marah.  Geram dengan sikap haikal sekarang. 

" lah... nada macam marah je ?"

" kau rasa? Baik kau hadap kerja depan kau sekarang sebelum aku kerjakan phone kau tu masuk dalam tong sampah!"

" takpe phone aku banyak lagi kalau kau nak buang pun " jawab haikal.

Jasriman mengeleng kepala melihat kelakuan haikal yang macam gila bayang tahap boleh hantar masuk wad gila kut. 

" lantak kau lah. Kal.  Ikut kau kal.  Whateverlah kal.  Malas aku nak duduk sini lama lama.  Buang masa buang tenaga " kata jasriman yang berjalan menuju ke pintu. Baik di cepat cepat angkat kaki dari sini.  Rimas.

" ada boss macam tak ada boss " getus hati jasriman sejurus keluar dari office Haikal. 

Baru sahaja dia berjalan beberapa langkah menuju ke meja kerjanya.  Dia mendengar bunyi pintu dibuka melihat haikal keluar.

" woi! Kau nak pergi mana tu hah" jerkah jasriman.

" lunch.  Byee" jawab haikal yang matanya masih lekanh di telefon.

Jasriman terus menarik kolar baju haikal dengan kuat.  Tidak membenarkan haikal keluar lunch.

" lunch kaki kau.  Lunch apa benda pukul 11 pagi.  Celah mana hah. Celah nenak moyang kau  ke ? "

" oh ye ke. Takpe lah lunch awal.  Baik untuk kesihatan kan.  Ainur?" Kata haikal kepada ainur yang berada di tepi.

Jasriman sudah tidak mahu berkata apa apa. Makin sakit hati adalah.  Dia menarik kolar baju haikal masuk ke dalam office dia kembali. 

" pehal tarik baju aku ni"

" baik kau duduk.  Settle kan semua benda ni. Kau nak aku mati awal ke hadap semua kerja ni sorang sorang!. Lunch konon pergi arwah lah kau punya lunch tu. Jangan sampai aku call Aliya cakap yang kau....."

" kau kan selalu marah bila aku skip lunch.  Sekarang aku awalkan lunch aku. Okey lah tu perubahan baik"

" banyak lah perubahan.  Kau nak pergi kedai bunga aliya kan.  Memang tak ahh aku benarkan.  Settelkan semua fail fail tu kalau tak siap kau!"

" fine! Aku gurau jelah.  Cill sikit.  Mana sepupu aku yang selalu lawak tu. " Haikal mengalah.  Melihat wajah menyinga jasriman buatkan dia tak berani nak kata apa apa. Sepupu dia ini perangai agak tak betul tapi bila jas dalam keadaan marah memang seratus peratus lain.  Seram lagi daripada dia.

MISS FLOWER GIRLWhere stories live. Discover now