" MACAM mana dengan sisatan kau?" Soal Haikal kepada orang suruhannya Arif.
Arif yang berada di depannya menghulurkan satu sampul kepada dia. Haikal mengambil sampul tersebut lalu dibuka.
" Lelaki itu nama Muhd Syakir dia CEO Mentari holding. Anak kepada Dato Rafizi. Lepas sahaja Dato Radizi meninggal syarikat tu jatuh pada syakir. Dia tunang kepada Aliya Safina. Mereka bertunang lima bulan lepas. Tapi syakir tu playboy. Dalam sampul tu ada gambar saya ekori dia dalam masa tiga hari. Gambar dia masuk ke dalam kondo seorang perempuan. Waktu malam dia pergi club dengan perempuan lain. And check in hotel dengan perempuan lain pula. " ujar Arif.
" macam mana Aliya boleh bertunang dengan bangsat ni" tanya Haikal yang berasa geram dan marah. Mengetahui Aliya bertunang dengan lelaki perangai macam tu
" sebab ibu saudaranya. Ibu saudara Aliya memaksa Aliya bertunang dengan syakir . Sebagai balasannya syakir bagi 50k kepada ibu saudaranya . Soal cik Aliya pula, dia kehilangan orang tuanya tiga tahun lepas sebab kemalangan. Dia terpaksa tinggal dengan mereka disebabkan ibu saudaranya merampas hak tanah dan rumah pusaka orang tua Aliya. Demi dapatkan balik rumah tersebut Aliya tinggal dengan mereka dan membuka sebuah kedai bunga" ujar Arif lagi.
Haikal masih lagi meneliti maklumat tentang syakir. Mentari holding? Dia macam pernah dengar syarikat ni.
" ada satu lagi hal penting pasal Aliya "
Haikal mengangkat sedikit wajahnya memandang ke arah Arif.
" dalam masa dua minggu lagi Aliya akan kah....."
Bam
Pintu dihempas kuat.
" Encik Haikal saya minta maaf, saya sudah halang dia masuk tapi dia berkeras juga" soal Ainur yang juga menghalang Sarah yang menerjah masuk ke dalam bilik bosnya.
" takpe awak boleh keluar" arah Haikal lalu menyuruh Arif terlebih dahulu keluar.
" nanti Aku call balik " kata Haikal sebelum Arif beredar. Haikal memandang ke arah sarah dengan raut wajah hairan dengan kehadiran gadis itu
" kenapa kamu datang jumpa saya" soal Haikal sejurus sarah menerpa ke arahnya.
Sarah lantas menghempaskan tanganya di atas meja Haikal..
" kenapa Encik Haikal tipu saya!" Marah sarah." apa yang saya tipu?"
" Encik Haikal ex tunang Aliya. Encik Haikal cakap kawan. Tapi ni apa. Kalau saya tahu siapa Encik Haikal ni saya tak kan bodoh sangat nak bantu Encik Haikal dapatkan kawan saya tu. " ujar sarah lagi.
" benda tu saya tipu . But perasan saya dekat dia bukan tipu. Sarah awak duduk dulu "
" saya taknak!. Encik Haikal ni dah lah tinggal Aliya macam tu . Sakitkan hati dia. Encik Haikal ni takde hati dan perasaan ke lepas apa yang Encik dah buat. "
" sarah . I'm sorry sebab tipu pasal benda tu. Disebabkan saya ada perasan lah saya nak dia semula. Saya nak betullkan balik kesilapan saya dahulu. I want her back sarah. So please saya tahu awak patut marah but Awak je satu satunya yang boleh tolong saya." Haikal memandang tepat ke arah sarah.
Sarah mendengus kasar." Saya datang ni sebab saya nak bagitahu encik yang saya takkan tolong encik lagi . Pandai pandai Encik Haikal lah macam mana nak dapatkan Aliya balik. And Encik Haikal ada masa 2 minggu sahaja lagi. Kalau tak Aliya jadi milik orang sepenuhnya"
Haikal memandang hairan ke arah sarah. Dia tak faham dengan apa yang sarah bagitahu.
Sarah yang berdiri tadi lantas duduk. Tenangkan hati. Niat dia datang sini sebab mahu Encik Haikal tolong Aliya. Tapi dia tak mampu tahan amarah ni lepas apa yang Aliya beritahu dekat dia yang Encik Haikal ni bekas tunang Aliya. Tunang yang dah tinggalkan dia.
YOU ARE READING
MISS FLOWER GIRL
Romance~Janji yang dibuat sememangnya untuk dimungkiri .~ " kau putuskan pertunangan, lepas tu hilang tiba tiba . Tiga tahun Kal kau hilang . Takde khabar berita . Now kau muncul balik nak dia semula. Kau ingat dia tu apa. Barang ke. Nak ambil tak nak...