Aliya memandang kosong ke arah luar kedainya melihat orang yang lalu lalang. Dia menghela nafas lelah. Fikirannya kosong entah kenapa.
" Aliya kau okey ke? " Tanya Sarah apabila perasaan dengan sikap Aliya yang mengelamun dari tadi.
" Kau tengok kat luar tu ada apa? Tunggu lovely husband datang ke?" Sarah melilau melihat keadaan di luar kedai. Acah acah sedang cari Haikal dekat luar tu.
" Sarah. Apa pandangan kau kalau suami kau tak benarkah kau jumpa ibu mentua kau ?" Lebih baik dia tanya dekat sarah. Mungkin Sarah mampu bagi pendapat daripada dia pendam sendirian.
" Ibu mertua? Maksud kau ibu Haikal?" Sarah terus mengambil kerja duduk berhadapannya.
" Well kalau aku lah. Aku rasa maybe ada sebab. Sebab pertama Haikal tak nak kau terasa hati. Almaklum lah kalau ibu haikal tu yang jenis cerewet. Sebab kedua mungkin ibu Haikal tu benci atau bukan pilihan hati menantu yang dia nak. Itulah yang aku rasa."
" So kau mengelamun semacam ni sebab tu je. Bukan ke kau dah kenal dengan ibu Haikal. Kau tak seteru ke dengan ibu Haikal.?" Sambungnya lagi.
" It kinda like that. Masa aku bertunang dulu pun mama Haikal tu tak berapa nak berkenan dengan aku. Plus dia dah ada calon sendiri tapi Haikal tolak and pilih aku."
" Perempuan tu still ada dekat mama Haikal?"
" Yup" Aliya terus menjawab.
" Ha! Kalau macam tu aku setuju sangat kalau Haikal tak bagi kau jumpa dengan mama dia. Lagi lagi calon yang mama dia nak tu ada dengan dia. Ingat Aliya lelaki boleh kahwin empat tau. Tapi don't worry Haikal tu tak akan buat macam tu".
Itu pendapat dari Sarah. Aliya rasa ada betulnya apa yang Sarah katakan. Mama Haikal agak kurang suka dengan dia. Mama dia bertunang dengan Haikal pun. Mama Haikal layan dia acuh tak acuh sahaja.
" Kalau kau nak jumpa sangat. Jumpa bersama dengan Haikal. Together with him. Kan senang. "
" Kau tak rasa macam aku ni menantu kurang ajar ke. Yelah mama Haikal ada dekat Malaysia but aku tak jenguk pun?" Tanya Aliya lagi. Menantu yang tak jenguk ibu mentuanya bukan ke kira tak elok. Lagi lagi masa kahwin pun tak jumpa.
" Ikut suka hati kau lah. Tapi contoh lah kalau calon isteri tak jadi tu ada sekali. Kau boleh tahan ke. Macam dalam cerita TV3 tu kalau mentua dah ada calon sendiri dia akan pastikan yang anak dia tu kahwin juga dengan calon pilihan hati."
Aliya senyap. Dia tak kisah sangat kalau bersua muka dengan Dina. Sebab dia dah hafal sangat dengan perangai dia. Tapi kalau ada mama Haikal sekali nanti takut rasa tak puas hati mama Haikal makin membuak terhadap diri dia.
" Kau fikir macam ni je. Haikal tu pasti buat macam tu sebab alasan yang kukuh. Takkan lah saja saja. Dah tak payah fikir sangat. Just fokus dekat...
" Hello guys...."
Sarah dan Aliya terus berpaling kearah tuan empunya suara tu. Sarah mengecilkan kedua matanya dan membuat muka meluat.
" Bencana alam dah sampai dah. " Dengan kuat Sarah cakap tanpa berselindung.
" So what... " Jasmine menjeling lantas mendekati Aliya.
" Hai Aliya... Miss me tak"
" Miss me.. miss me.. kalau jawab tak cik Jasmine blah tak..."
" Biadap betul pekerja you ni. Tak pandai nak ambil hati costume. Kalau I jadi you. Dah lama I penat. Bukan nk tolong tarik customer. Customer lari adalah." Dia tak puas hati betul dengan Sarah. Geram je rasa. Kalau boleh nak je tampar tapi nasib baik Aliya ada dekat sini.
YOU ARE READING
MISS FLOWER GIRL
Romance~Janji yang dibuat sememangnya untuk dimungkiri .~ " kau putuskan pertunangan, lepas tu hilang tiba tiba . Tiga tahun Kal kau hilang . Takde khabar berita . Now kau muncul balik nak dia semula. Kau ingat dia tu apa. Barang ke. Nak ambil tak nak...