BAB 16

151 11 0
                                    

" GOOD morning sunshine "

Aliya yang baru sahaja membuka kelopak matanya terus bangun dari katil sebaik suara itu menerpa di gegendang telinganya .  Dia terus menarik selimut menutupi tubuhnya hingga ke paras bahu dan menutupi kepalanya.

Dia sudah pun berkahwin dengan Haikal selama tiga hari namun sampai sekarang ini dia tak pernah tunjukkan rambutnya.

Tapi sekarang ni Haikal sudah berapa di depan di. Haikal pasti sudah melihat dia free hair.

" bi...bila awak masuk ? Semalam awak tidur sini ke"

Haikal tersenyum kecil melihat gelagat Aliya yang cuak.

" kejap nak fikir. Tidur sini ke semalam. Lupa lah. Ye kut" kata Haikal sambil tersengeh.

Dengan cepat bantal di tepi Aliya dicapai lalu dibalingkan ke arah Haikal.  Namun Haikal sempat mengelak. Dia ketawa kecil.

" orang tanya betul betul tu jawab lah betul betul. "

" tak lah. Abang tak tidur sini.  "

" so why ada dekat sini " tanya Aliya lagi.

" turun sama sama. Barulah nampak sweet depan makngah bila kita turun sekali.  Macam couple sehati sejiwa.  So sekarang sayang bangun, mandi and turun breakfast sama sama. Okey. " kata Haikal lagi.

Aliya mengangguk kecil sambil bibirnya dimuncungkan sedikit.  Bunyi huruf o keluar dari bibirnya. 

" sayang termenung apa lagi. Nak suami sayang ni gendong masuk dalam bilik air. Ke tengah fikir cara nak ajak abang mandi sekali " haikal menjongketkan dua belah keningkan kepada Aliya.

Wajah aliya terus berubah menjadi tajam. Satu jelingan padu diberikan kepada Haikal.

" bagi kaki ni baru tau. Pervet betul" Aliya lantas bangun dari katil namun selimut masih lagi dia pegang rapi menutupi rambutnya.   Tuala yang telah dicapai dia cover kepalanya dan beberapa baju diambil di dalam almari lalu berjalan masuk ke dalam bilik mandi.

" abang dah tengok rambut sayang.  Tak perlu nak cover bagai. Rambut je pun.  Tak perlu malu lah sayang " jerit Haikal dengan perlahan.  Dia perasan yang aliya dari tadi cuba menutupi rambutnya daripada dilihat oleh dia.

Mendengar kata haikal itu, Aliya terus berlari laju masuk ke dalam bilik air. Entah kenapa dia rasa malu. Yelah dia tak pernah tunjukan rambut dia depan lelaki.  Rasa kekok pula. 

" haish... kenapa lah isteri aku ni comel sangat.  Rasa macam nak peluk peluk je. Wahai hati bersabarlah ye" getus hati Haikal memandang ke arah pintu bilik mandi. Dia lantas membaringkan tubuhnya di katil sementara menunggu Aliya selesai mandi.



*******


"HA.. TURUN PUN.."

Bunyi suara datin asmidar membuatkan Aliya dan Haikal tersenyum sahaja. Mereka berdua berjalan dengan laju menuju ke meja makan.

Haikal menarik kerusi agar Aliya duduk lalu dia duduk disebelahnya Aliya.

"  Aliya minta maaf makngah sebab tak tolong makngah siapkan breakfast" kata Aliya.  Dia rasa segan pula.

" tak pe lah.  Makngah tahu macam mana rasa jadi pengantin baru. Jadi makngah tak mahu kacau kamu berdua. " jawab datin asmidar .

MISS FLOWER GIRLWhere stories live. Discover now