BAB 24

196 6 1
                                    

SARAH memerhati wajah suram yang terpacar di raut wajah Aliya. Sejak tadi dia melihat Aliya tidak keruan. Semua kerja yang Aliya buat jadi kelam kabut. Bunga yang sepatutnya disiram Aliya pergi potong. Kerusi yang ada depan mata aliya pergi langgar. Yang lagi teruk rak pasu bunga hampir jatuh bila aliya hampir terlanggar.

Senyum pun tak bila layan customer yang datang tadi. Dia hairan dengan sikap aliya hari ini. Entah kenapa dia mampu merasai aura dingin dari aliya.
Sampaikan Adam juga perasan akan perubahan aliya hari ini. Kelmarin bukan main happy. Hari ini pula macam anak hilang anak.

Aliya sejak dari tadi menoleh ke arah phone yang berada disisinya . Seperti menunggu panggilan atau mesej dari seseorang. Sarah mengeluh entah apa yang sudah berlaku kelmarin. Dia pasti ini ada kena mengena dengan haikal.

" Daripada kau asyik tenung phone tu apa kata kau call haikal. "

" aku dah call. Dia tak jawab. Mesej. Tapi dia tak balas pun . Dia bagi aku bluetik" jawab aliya yang masih lagi melihat mesej yang dia hantar dekat haikal.

" jadi betul lah tekaan aku. Kau gaduh dengan haikal kan." Tebakan sarah betul. Aliya baru sedar yang dia terlepas cakap dekat sarah .

" so wanna talk?" Tanya sarah.

Aliya memandang wajah sarah sebelum beralih ke phone miliknya itu. Phone itu diletakkan di tepi. Dia teragak agak mahu ceritakan dekat sarah. Dia tahu yang sarah pasti akan salahkan dia. Punca pergaduhan dia dengan haikal sebab dia.

Sarah dengan tenang menunggu rakannya itu beritahu apa yang telah berlaku. Dia mendengar dengan telita cerita hal diujarkan oleh Aliya.

" macam tu lah... sekarang ni haikal merajuk dengan aku" kata aliya setelah selesai menceritakan hal yang berlaku semalam.

" salah kau. Redho jelah kalau haikal marah dan merajuk dengan kau. Siapa suruh kau tinggikan suara dekat dia. Tak nak tu tolak lah baik baik "

" see kau pun marah dekat aku. Aku tahu aku salah lah" jawab Aliya dengan murung.

" kau ada cuba pujuk dia tak . Kau dengan dia bukan kenal sari dua. Kau cakap kau kenal haikal sejak sekolah lagi. Takkan tak tahu cara nak pujuk dia" Tanya sarah . Marah tu ada lah jugak lepas dengar cerita aliya tapi kesian pun ada jugak

" aku dah pujuk lah. Semua cara aku guna "

" awak...?"

" awak dengar tak. Jom turun makan malam. Saya ada masak makanan kesukaan awak. Saya still lagi ingat makanan favourite awak. Saya masak tomyam. Jom Makan sama sama. " Dia mengetuk pintu bilik kerja haikal beberapa kali. Namun tiada sahutan

Semasa dia naik ke bilik dia dapati yang haikal tidak ada dalam bilik mahupun dalam bilik mandi. Baju yang dipakai oleh haikal bersepah di atas kali seperti tanda memberontak. Dia fikir yang haikal mungkin keluar tapi keretanya masih tersadai di garaj.

Cuma satu tempat je yang dia boleh fikir haikal berada. Bilik kerja haikal. Dan tekaan dia betul bila dia mendengar bunyi bising dalam bilik itu.

Dia mengeluh lembut. Sekarang susah betul nak pujuk haikal bila merajuk. Dulu pun haikal memang macam ni dia susah untuk merajuk tapi sekali haikal merajuk susah untuk dipujuk.

" awak dengar tak. Awak... sayang. Hubby. Honey. Intan patung. Suami ku oh suami ku Jom makan. "

" kalau awak tak nak makan. Saya pun tak nak makan " aliya menekup telinganya di pintu. Selang beberapa minit pintu bilik itu dibuka. Tubuh haikal kini terpacak di depannya.

MISS FLOWER GIRLWhere stories live. Discover now