Bab 32

24 3 0
                                    

"Mana Farhan ni? Guest dah tunggu dah dekat dalam dewan tu", ujar papa Zafirah sedikit resah apabila Farhan tidak tiba walaupun jam baru menunjukkan pukul 12.00 tengah hari.

"Alah papa. Kan ada lagi 30 minit. Dia dah nak sampai kot", Zafirah memujuk papa. Padahal di dalam hatinya sudah mengelabah tak tentu arah.

"Cuba Zaf call Farhan", ujar mama pula.

"Zaf tak bawa telefon lah mama",

"Haa tu dia mak cik", Adelia yang menjadi pengapit Zafirah menunjuk ke arah Farhan dan keluarga yang baru keluar daripada kereta.

Segera Farhan berlari anak ke arah pihak keluarga Zafirah.

"Minta maaf lambat. Terlepas simpang tadi", Farhan memohon maaf kepada keluarga Zafirah.

"Macam mana boleh terlepas? Kamu lupa jalan ke Farhan?", tanya papa setelah Farhan berdiri di sebelah Zafirah.

"Ammar yang drive papa. Farhan tengah betulkan kasut time tu, tengok-tengok dah terlepas simpang. Sorry yaa", Farhan rasa bersalah.

"Haa takpe. Alhamdulillah selamat sampai. Ammar jadi pengapit kan", papa memandang Ammar yang berada di hadapannya.

"Haah pak cik. Hehehe maaf yaa lambat", Ammar tersengih.

"Haa takpe. Kejap lagi emcee panggil baru masuk yaa. Papa dengan mama nak layan tetamu kejap", papa berpesan pada Farhan dan Zafirah. Segera mereka berdua mengangguk tanda mengerti.

"Sayang, sorry lambat", Farhan berbisik di telinga Zafirah.

"Takpe je. Belum pukul 12.30 lagi", Zafirah memandang Farhan sambil tersenyum.

"Ouh ni lah dress yang sayang tempah senyap-senyap dengan Mia tu. You look so beautiful and gorgeous", Farhan memandang ke arah wedding dress Zafirah bewarna putih yang dipenuhi manik dan sulaman mewah sedondon dengan dia yang memakai set tuxedo bewarna putih.

Sementara menanti jawapan Zafirah, segera Farhan mencapai tangan Zafirah dan memegangnya erat. Baru hari ini dia dapat memegang tangan Zafirah sebegitu walaupun mereka sudah bernikah semalam. Zafirah sekadar tersenyum melihat kelakuan Farhan.

"Iyaa lah. Thank you hehehe. Awak pun smart sangat harini", Zafirah berkata perlahan.

"Amboi pengantin baru. Tak masuk dewan lagi dah berpegang tangan. Takut hilang lah tu", usik pak ngah Farhan yang sedang berdiri di belakang mereka berdua. Segera Zafirah menarik tangannya tetapi dipegang erat oleh Farhan.

"Bagilah peluang kat depa. Tak boleh nak pegang dari semalam. Tu yang harini Paan takmau lepas tu", balas mama Farhan yang berdiri di sebelah Adelia.

"Thank you mama sebab memahami", ujar Farhan sambil tersenyum lebar. Terus mereka yang berada di sekeliling ketawa mendengar jawapan Farhan. Zafirah sekadar tersenyum.

"Diiringi paluan kompang, sama cantik dan sama padan, beriringan masuk ke dalam dewan, pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan saja sehari, Nur Zafirah Binti Zairi dan Farhan Nashreeq Bin Tan Sri Haji Zaim", ujar pengacara majlis menggunakan mikrofon.

Gamat suasana di dalam dewan majlis yang dihias bertemakan bunga tulip. Di setiap meja dihiasi dengan sejambak bunga tulip segar pink dan putih. Begitu juga dengan pelamin yang dihias bertemakan warna pink lembut dan putih. Farhan meletakkan tangan kanan Zafirah di lengannya sebelum mereka mula memasuki dewan bersama-sama. Pelbagai jenis cahaya dari kamera memenuhi ruang mata mereka dari pelbagai arah. Mereka sedaya upaya memberikan senyuman manis kepada semua tetamu.

"Cantiknya pengantin",

"Sama cantik sama padan",

"Anak dara Ani kahwin dengan anak tan sri lah. Patut lah gah majlis harini",

"Itu kan satu-satunya anak diorang. Mestilah majlis gah",

"Ye tak ye jugak",

Pelbagai pujian dan bisikan didengari oleh mereka sewaktu mereka berjalan ke arah pelamin yang disediakan di atas pentas.

"Yang dihormati Encik Zairi dan Puan Mahani selaku tuan rumah kepada majlis perkahwinan kita pada hari ini, yang diraikan pasangan mempelai Zafirah & Farhan, bagi memohon agar majlis ini diberkati dan dirahmati Allah SWT, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Encik Zamri bapa saudara kepada pengantin perempuan. Dipersilakan", satu dewan menadah tangan bagi mengaminkan doa mereka.

"Aamiin yaa rabbal alamin. Sekarang tiba masanya untuk pengantin bergambar bersama ahli keluarga dan sahabat andai. Dijemput naik ke pentas", emcee berbicara.

"Adel. Make up aku okay kan?", Zafirah memandang Adelia yang mengipasnya perlahan.

"Okay je Zaf. Perfect", Adelia memandang wajah Zafirah. Zafirah sekadar tersengih melihat Adelia.

"Awak. Lepas tangan saya kejap. Kebas", Zafirah berbisik pada Farhan yang sedang memegangnya erat walaupun mereka masih di atas pelamin.

"Hehehe sorry sayang. Meh sini saya urut", Farhan mengurut lembut tangan Zafirah sementara mereka menanti kedatangan saudara mara ke atas pentas. Zafirah sekadar membiarkan perlakuan Farhan kerana dia berasa sedikit lega di tapak tangannya.

"Zaf. Kenapa tangan kau tu? Kebas sebab ada orang pegang taknak lepas ke?", Ammar mengusik Farhan. Ketawa Adelia mendengar usikan Ammar.

"Kau pernah nampak ada pengantin bergaduh dengan pengapit atas pentas? Kau nak jadi orang yang pertama tengok tak?", Farhan memandang Ammar dengan senyuman di bibir.

"Alah gurau jelah. Serious betul pengantin baru ni", Ammar menghentikan tawanya apabila semua saudara mara Zafirah sudah menaiki pentas untuk bergambar.

Setelah hampir 30 minit bergambar barulah mereka mula berjalan ke arah meja untuk sesi makan beradab. Adelia dan Ammar awal-awal lagi meminta diri untuk makan bersama keluarga. Setelah selesai makan beradab dan acara memotong kek barulah mereka bergerak ke arah meja tetamu di dalam dewan untuk beramah mesra. Jenuh mereka melayan tetamu yang hadir pada hari itu. Pada jam 3 petang barulah tetamu mulai berkurang.

"Zaf, Farhan. Baliklah dulu, solat dekat rumah. Susah Zaf nak solat dekat sini. Kena buang mekap, tukar baju dulu", ujar mama sewaktu dia melihat Zafirah dan Farhan mula berehat di kerusi.

"Takpe ke kalau kami tinggal ni mama?", tanya Zafirah sedikit risau.

"Takpe je. Kejap lagi tetamu dah habis kami baliklah", mama memandang Zafirah.

"Okay lah kalau macam tu. Kunci kereta papa dekat siapa?", Zafirah mula bangun dari duduknya.

"Takpelah. Saya hantarkan awak balik", Farhan juga turut bangun.

"Farhan pun solatlah dekat rumah dengan Zaf. Nanti tak sempat nak solat pulak kalau nak balik rumah kamu. Mama kamu kata dia ada tinggal beg baju dalam bonet kereta. Dua tiga hari ni rehatlah dulu dekat rumah kami", mama berkata kepada Farhan.

'Terbaik lah mama', Farhan berkata di dalam hatinya. Tersenyum dia mendengar ucapan mama Zafirah.

"Terima kasih mama. Kalau macam tu kami balik dulu eh", Farhan berkata kepada mama Zafirah.

"Sama-sama. Hati-hati drive tu", segera mama bergerak ke arah rakan-rakannya yang sedang berbual.

"Jom sayang", Farhan merangkul pinggang Zafirah.

"Awak. Orang tengoklah", Zafirah cuba mengelak sambil ketawa.

"Biarlah. Kita kan dah kahwin", Farhan berdegil.

"Ikut suka awaklah Mr. Farhan", malas Zafirah bertekak dengan Farhan. Segera mereka bergerak ke arah kereta Farhan yang diparkir di hadapan dewan.

CRUSH, I LOVE YOU!Where stories live. Discover now