Tokkk...tokkk...tokkk
"Zaf. Bos nak jumpa dekat bilik meeting sekarang", ujar Ammar setelah dia membuka pintu bilik kerja Zafirah.
"Okay okay. Kau pergi dulu", setelah Zafirah melihat Ammar berlalu pergi, segera dia mencapai buku nota dan pen dan bergerak ke arah bilik mesyuarat.
"Lusa ni kita ada meeting dengan klien dan consultant tentang progress work dekat site. Kita kena prepare dulu apa yang patut", ujar Farhan setelah dia melihat pekerjanya mula selesa di bilik itu. Mereka yang mendengar segera mengangguk tanda faham.
"Zafirah. Macam mana progress? Ada new variation order daripada klien?", Farhan memandang Zafirah.
"Ada bos. Setakat ni klien minta tukar jenis tiles dekat toilet. Kalau ikut agreement, kita pakai tiles jenis epoxy coating biasa je. Tapi klien nak yang epoxy coating glossy punya. Harga dia berbeza tapi klien agree untuk tambah kos", terang Zafirah sambil memandang Farhan yang mendengar sambil menulis nota.
"Next payment dah boleh claim ke? Kerja dah sampai stage berapa?", tanya Farhan lagi.
"Belum lagi. Dah 90% untuk stage 6. Rasanya by this week sub contractor boleh siapkan kerja diorang untuk stage 6", jawab Zafirah setelah dia melihat buku notanya.
"Yang isu supplier naikkan harga barang tu macam mana? Dah okay?", Farhan memandang Zafirah serius.
"Dah settle dah. Saya order barang dari supplier area site tu je. Supplier tu tak cas untuk transportation fee", Zafirah tenang.
"Okay good. Ammar, klien ada tukar design bangunan ke?", tanya Farhan kepada Ammar pula.
"Ada bos. Tapi saya dah advice yang nanti projek tu delay kalau tukar design. Nasib baik tak jadi. Sub contractor dah siap buat bumbung dan-dan dia nak tukar design. Mana boleh", jawab Ammar sedikit lantang. Geram benar dia.
"Kalau tak jadi okay lah. Sebab site tu lagi sebulan lebih je nak hand over dekat klien", Farhan memandang ketiga-tiga staf nya.
"Rizqi. Dah ada update dengan PBT(Pihak Berkuasa Tempatan)?", soalan beralih kepada Rizqi yang senyap dari tadi.
"Dah bos. Once dah siap semua, PBT akan datang untuk bagi tempoh defect site tu", Rizqi bercakap sambil memandang Farhan.
Sejak Rizqi tahu bahawa Farhan sudah berkahwin dengan Zafirah, tidak berani dia untuk bercakap mahupun mengacau Zafirah. Lega hati Zafirah dengan perubahan Rizqi.
"Kalau macam tu, saya rasa takde isu untuk next meeting kita nanti. Boleh dismiss", keempat-empat mereka mengemas buku dan keluar daripada bilik mesyuarat.
"Sayang. Nak makan apa lunch nanti?", ujar Farhan kepada Zafirah yang berjalan di sebelahnya. Ammar awal-awal lagi sudah kembali ke bilik kerjanya.
"Abang lunch dengan Ammar lah. Ira tak lalu nak makan. Kejap lagi Ira nak rehat dekat bilik abang tau. Bilik Ira takde langsir", Zafirah berkata perlahan.
"Sayang tak sihat ke? Jom pergi klinik", Farhan meletakkan tangannya di dahi Zafirah. Segera Zafirah menolak tangan Farhan. Risau benar dia jika staff lain melihat mereka.
"Ira sihat lah", Zafirah memandang Farhan. Kemudian dia segera mengeluarkan telefonnya daripada poket untuk melihat sesuatu.
"Oh, wife abang ni nak period rupanya. Sayang ada bawa benda tu tak?", ujar Farhan setelah dia mencuri lihat aplikasi period tracker yang dibuka oleh isterinya.
"Ish curi tengok pulak. Benda apa?", tanya Zafirah pelik.
"Tertengok okay. Benda tulah. Sanitary pad tu", ujar Farhan selamba.