Bab 3

86 4 0
                                    

"Amboi Zaf, mentang-mentang ada interview, boleh bangun sendiri eh", usik mama apabila dia melihat Zafirah baru sahaja selesai mandi sewaktu dia membuka pintu bilik Zafirah untuk mengejutkan anaknya untuk solat Subuh.

"Of course lah maa. Zaf dah tak sabar nak kerja, sebab tu Zaf excited. Tapikan maa, Zaf tak tahu nak pakai baju apa", ujar Zafirah manja sambil tangannya membelek baju-baju yang berada di dalam almari. Bajunya terlalu banyak sehingga menyukarkan dia membuat pilihan.

"In shaa Allah dapat punya. Kalau dapat pun mama bersyukur sangat sebab company nya pun dekat dengan rumah. Lah, tak pilih baju lagi rupanya anak mama ni. Biar mama yang pilihkan", mamanya mula membelek satu persatu baju yang ada.

"Haa this one quite nice. First impression penting tau. Zaf pakai baju warna biru ni dengan shawl pastel pink. Mesti cantik anak mama ni", mama mengeluarkan baju yang digantung dan dipadankan dengan Zafirah.

"Okay then. Pandai mama pilih. Tak sia-sia Zaf minta tolong mama. Kejap lagi Zaf nak minta tolong Puspa ironkan. Now, Zaf nak solat dulu", Zaf mula meletakkan baju yang dipadankan di atas katil bersama shawl yang baru dibawa keluar daripada almari tudung.

"Takpe. Meh mama bawak ke bilik iron. Kejap lagi mama suruh Puspa hantar ke bilik. Zaf solat lah dulu", mama mengambil baju Zafirah lalu dia keluar daripada bilik Zafirah.

Tokkk tokkk tokkk..

"Puspa ohh Puspa", mama mengetuk pintu bilik Puspa sambil memanggil namanya.

"Yaaa puan, puan mahu sarapan yaa?", tanya Puspa sopan sewaktu dia membuka pintu bilik.

"Ehh tak. Awak dah solat ke?kalau belum, solat dulu, lepastu tolong ironkan baju Zaf yaa. Dia ada interview harini. Breakfast biar saya yang buat", kata mama Zafirah lembut.

"Baik puan. Terima kasih yaa puan. Sebentar lagi saya hantar ke biliknya non Zaf", balas Puspa.

"Okay terima kasih", mama mula bergerak ke dapur untuk menyediakan hidangan. Hari ini sekolahnya mengambil cuti peristiwa sempena hari sukan, jadi mama mempunyai masa untuk memasak di rumah. Ligat mama menyediakan hidangan buat mereka.

Tokkk tokkk tokkk..

"Non, bajunya udah diseterika", ujar Puspa dari luar. Zafirah terus saja membuka pintu biliknya.

"Dah siap eh. Terima kasih Puspa. Sorry menyusahkan", kata Zafirah sambil membelek bajunya yang sudah di iron.

"Sama-sama non Zaf. Memang tugas saya kok. Ada kedut lagi enggak",

"Takde takde. Thanks tau", Zafirah menutup kembali pintu biliknya. Segera dia bersiap dan hanya mengenakan solekan nipis ke atas mukanya. Bibirnya juga dicalitkan dengan liptint sahaja.

"Okay dah siap. Tudung tak nampak macam over sangat kot. Habis simple dah ni", Zafirah membebel seorang diri di hadapan cermin.

Setelah berpuas hati, barulah dia mula bergerak ke arah rak yang menempatkan lebih daripada sepuluh handbag berjenama miliknya. Segera dia mencapai handbag berwarna soft pink berjenama carlo rino. Kemudian dia mula turun ke tingkat bawah rumahnya dan bergerak ke dapur.

"Erm bau apa ni?sedapnya. Mama masak apa", tanya Zafirah apabila dia melihat mamanya sibuk benar memasak sambil dibantu oleh Puspa.

"Mama buat makanan favourite Zaf lah. Jangan risau, Zaf punya kuey tiaw goreng takde sayur. Mama dah asingkan", ujar mama sambil tangannya ligat memasukkan kuey tiaw ke dalam mangkuk besar.

"Yess rindu gila kuey tiaw mama. Kecut liur dah ni. Zaf bawa ke depan ehh", Zaf mula membawa mangkuk itu ke ruang makan.

"Papa, papa dah siap ke belum?perut Zaf dah berdondang sayang dah ni", jerit Zaf dari ruang makan. Mujurlah suaranya tidak sekuat mana.

"Ya Zaf. Papa dah siap ni. Dulu suruh jadi ketua platun taknak. Sekarang baru nak menjerit", usik papa sambil menuruni tangga dengan membawa briefcasenya. Segera Zafirah membantu papanya.

"Hahahaha biarlah Zaf nak jerit. Kesian dekat mama sebab kena tunggu papa turun tau", balas Zafirah.

"Alah. Ani dah rindu dekat abang ke?", tanya papa kepada mama yang baru sampai ke ruang makan.

"Ish dah berumur pun gatal lagi. Cepatlah makan, nanti kalau lambat kesian dekat student nak kena tunggu", kata mama sambil menuang air kopi ke dalam cawannya dan papa. Lalu menuang air susu ke dalam cawan Zafirah pula.

"Alah maa, student lagi suka lecturer datang lambat, boleh tidur. Takbah-tambah lagi pagi macam ni haa", balas Zafirah yang sudah mula menghadap makanannya.

"Sebab tu lah ramai yang tak berjaya sekarang. Tak reti nak menjaga masa", ujar mama.

"Aduh, kena setepek lah papa. Cepat makan, nanti lambat nak pergi kerja hahahaha", ujar Zafirah sambil mempercepatkan kunyahannya.

"Zaf, tercekik nanti. Ish perangai still macam budak-budak even dah nak kerja pun", tegas mama.

"Alah mama, kenapa garang sangat pagi-pagi ni. Cubalah happy sikit", kata Zafirah.

"Dah dah. Makan je kuey tiaw Zaf tu. Kalau jalan jammed nanti jenuh nak tunggu. Takkan interview pun dah nak pergi lambat. Kena reject terus nanti", bebel papa pula.

"Yaaa yaaa. Zaf dah siap makan dah", segera Zafirah ke dapur lalu membasuh pinggannya. Kemudian dia ke ruang tamu untuk membetulkan pakaiannya.

"Okay Zaf dah siap. Wish me luck tau papa dengan mama. Doakan Zaf tak gagap time interview nanti", ujar Zafirah sambil membelek kasut yang hendak dipakainya.

"Yaa. Kami sentiasa doakan yang terbaik untuk Zaf. Zaf buat baik-baik yaa", balas mama.

"Okay maa. Salam", Zafirah mula menyalam ibu bapanya lalu dia bergerak ke arah kereta Proton Iriz nya yang dihadiahkan oleh papa dan mama.

"Bismillah. Hopefully jalan tak jammed lah harini", sempat Zafirah berdoa sebelum memulakan perjalanan. Kemudian dia mula mengundurkan keretanya dari kawasan porch rumah mereka dan terus bergerak ke arah Impiana Construction Sdn. Bhd di Ampang.

"Besarnya company ni. Moga-moga aku dapatlah kerja ni yaa Allah", Zafirah mula melangkah masuk syarikat tersebut dan bergerak ke arah lif.

"Bismillahitawakkaltu'alallah", ujar Zafirah sewaktu berada di dalam lif. Nasib dia baik kerana pada waktu itu hanya dia sahaja yang berada di dalam lif. Setelah lif sampai ke tingkat 15, segera dia membetulkan tudungnya dan dia mula keluar dengan pantas tanpa memandang sekeliling sehingga dia melanggar seorang lelaki yang segak berbaju kemeja. Jatuh terduduk dia akibat dirempuh lelaki itu.

"Lain kali jalan pandanglah depan. Dah lah aku dah lambat ni. Menyusahkan betullah", marah lelaki itu tanpa memandang Zafirah yang sedang menunduk itu lalu dia mula memasuki lif yang hampir tertutup.

"Tak guna punya lelaki. Padahal dia yang rushing sampai tak pandang depan, aku pulak yang kena. Dah lah tak minta maaf langsung, lagi nak tengking aku. Nasib baik takde orang nampak. Ishh hilang mood aku", Zafirah membebel seorang diri lalu dia mula mencari tandas berdekatan untuk membetulkan segala benda alah yang dirasakan mulai serabai. Kemudian dia mula bergerak ke arah kaunter pertanyaan yang diduduki oleh seorang staf yang berumur dalam 30-an.

"Assalamualaikum puan. Maaf mengganggu. Dimana yaa bilik meeting untuk interview?", tanya Zafirah sopan.

"Waalaikumussalam. Okay, cik terus je dari sini lepastu belok kanan, ada tulis meeting room. Dekat situ ramai yang tengah tunggu turn untuk interview", kerani itu menerangkan arah yang perlu dilalui oleh Zafirah. Zafirah hanya mengangguk tanda faham, lalu dia mengucapkan terima kasih sebelum beredar ke arah yang dikatakan oleh kerani itu.

'Ramainya yang nak interview. Ada peluang ke aku nak dapat kerja ni. Dah lah semua cantik-cantik dan stylish. Haih seriau pulak', Zafirah bermonolog sendirian sambil dia mengambil tempat duduk di ruang kosong.

Setelah hampir dua jam menunggu, barulah namanya dipanggil oleh seorang lelaki untuk masuk ke bilik mesyuarat.

CRUSH, I LOVE YOU!Where stories live. Discover now