"Zaf, lepas ni datang bilik aku kejap", ujar Ammar setelah dia melihat Zafirah sedang berjalan ke bilik kerjanya.
"Okay kejap. Aku hantar beg kejap", balas Zafirah. Dia mempercepatkan langkahnya ke bilik kerjanya lalu dia mengambil buku nota dan sebatang pen untuk dibawa ke bilik kerja Ammar.
"Haa kenapa Ammar", tanya Zafirah setelah dia masuk ke bilik kerja Ammar yang terbuka.
"Kau dah dapat kan tender dari Jaya Bina? Ada drawing tak dalam tu?", tanya Ammar pula.
"Kejap. Ada atas meja aku kot. Aku pergi ambil", segera Zafirah bergerak ke biliknya lalu dia mencapai tender setebal dua buah kamus dewan sebelum dia bergerak ke bilik Ammar semula.
"Nah. Aku rasa Kak Ros baru letak tadi sebab semalam takde lagi", kata Zafirah sambil dia meletakkan tender itu di hadapan Ammar.
"Kau ambil balik tender yang tebal ni. Aku nak drawing je. Yang lain tu kau boleh hadam yaa hahahaha",
"Tak gunalah kau ni Am. Lain kali cakaplah nak drawing je. Berat tahu tak?",
"Alah kau ni Zaf. Macamlah jauh sangat bilik aku dengan bilik kau. Pergilah balik bilik kau. Nanti bos mengamuk pulak",
"Nilah manusia. Dah dapat apa yang dia nak, terus halau", Zafirah seakan-akan merajuk.
"Hahahaha sorry lah Zaf...",
"Am. Kau nampak tak Zafirah? Harini dia tak masuk office ke?", tiba-tiba interkom Ammar memotong percakapannya. Dan suara itu adalah milik Farhan. Segera Ammar menunjukkan isyarat diam kepada Zafirah.
"zafirah? Manalah aku tahu. Dia breakfast dengan Rizqi kot", balas Ammar sambil menahan ketawa.
"Breakfast? Aku tak kisah nak breakfast tapi apahal dengan Rizqi pulak? Tak guna ah Rizqi ni", marah Farhan dari interkom.
"Zafirah ada dengan aku ni haa. Kiteorang tengah discuss pasal projek baru kita ni", jujur Ammar.
"Bapak lah. Off terus hahahaha", Ammar ketawa sedikit kuat setelah Farhan tidak membalas katanya langsung.
"Kenapa bos marah kalau aku breakfast dengan Rizqi?", tanya Zafirah bendul.
"Dia marah sebab dia tak hot macam Rizqi. Hahahaha takdelah. Sekarang ni kan time kerja, mestilah dia marah", Ammar mula memutar belitkan ceritanya.
"Ouhh okay. Bye am. Aku balik bilik dulu", Zafirah mula membawa tender itu bersamanya.
Semasa Zafirah membuka pintu biliknya, sempat dia memandang ke arah bilik Farhan. Tanpa dia sedar Farhan juga turut memandang ke arahnya. Terus dia tertunduk malu lalu dia melangkah masuk ke bilik kerjanya.
"Zafirah, masuk bilik saya sekejap. No need to knock the door", ujar Farhan dari interkom setelah dia melihat Zafirah duduk seketika.
"Okay bos". Segera Zafirah mencapai buku nota dan pen lalu dia bergerak ke bilik Farhan.
"Yaa bos. Ada apa-apa saya boleh bantu?", ujar Zafirah setelah dia diberi kebenaran untuk duduk di kerusi yang disediakan di hadapan meja Farhan.
"Tender tu saya dah serahkan pada Encik Firdaus. So esok kita kena pergi Kedah sebab lusa we have to attend site visit. Awak boleh tak join sekali?", tanya Farhan setelah dia menerangkan tentang info terbaharu kepada Zafirah.
"Boleh boleh. Esok pagi eh? Gerak sekali ke macam mana?", tanya Zafirah.
"Yup esok pagi. Awak tahu ke site nya dekat mana?", pertanyaan dibalas pertanyaan.
"Hehehehe tak bos. Encik Ammar ikut sekali ke?",
"Ammar tak ikut sebab dia nak siapkan plan. Lagipun kita just pergi tengok location and nak buat sedikit investigation", terang Farhan.