Bab 16

78 5 0
                                    

"Dah bahagia sekarang. Senyum je minggu ni", ujar Ammar sewaktu dia melihat Zafirah tersenyum seorang diri di dalam bilik kerjanya.

"Issshh kau ni. Sibuk lah. Aku senyum setiap hari okay", tipu Zafirah.

"Yelah tu. Apa cerita hubungan korang? Bila nak kahwin?", tanya Ammar selamba.

"Ish apa kau ni. Kiteorang kawan jelah. Takde apa-apa hubungan pun. Lebam mata kau kejap lagi", jawab Zafirah geram.

"Mak ai garangnya kau ni Zaf. Nilah kawan, sejak ada boyfriend ni, makin garang dengan aku", Ammar mengusik lagi.

"Aku malaslah cakap dengan kau Am", Zafirah merajuk.

"Okay sorry sorry", pujuk Ammar.

"Zafirah, suruh Ammar masuk bilik saya sekarang", ujar Farhan dari interkom Zafirah.

"Baik bos", Zafirah membalas.

"Haa tu bos dah panggil. Habislah kau kena potong gaji", kata Zafirah kepada Ammar.

"Alah, kalau gaji aku kena potong, duit kau ada", balas Ammar lalu dia mula beredar ke bilik Farhan.

"Macam-macam lah kau ni Am",bisik Zafirah sendirian.

*****

"Am, tahun lepas kita buat annual day untuk syarikat ni bulan berapa? Aku lupa lah", tanya Farhan sewaktu Ammar masuk ke bilik kerjanya.

"Bulan 6 lah. Kenapa?", tanya Ammar pula.

"Ouh next month lah kiranya. Patutlah papa aku suruh book tempat. Aku lupa doh", jawab Farhan.

"Tulah kau. Mana tak lupanya, dok ingat Zafirah je. Tahun ni nak pergi mana wei", tanya Ammar lagi

"Alah, bukan aku ingat Zafirah guna otak kau pun. Hahaha. Aku pun tak tahu wei. Kau ada suggestion tak?", Farhan menanyakan pendapat Ammar.

"Tahun lepas kita pergi Perak kan? Tahun ni kita pergi Terengganu nak tak? Pulau Redang. On tak on?", kata Ammar.

"Terengganu eh. Cun jugak ekk. Thank you for your suggestion. Aku nak kena book dah ni", ujar Farhan sambil melihat ke arah dekstop miliknya.

"Orait. aku keluar dulu eh", Ammar mula keluar dari bilik Farhan.

*****

"Zafirah, jom teman saya lunch", ujar Farhan sewaktu dia berada di hadapan bilik kerja Zafirah.

"Ammar takde ke bos?", tanya Zafirah pelik.

"Takde. Dia keluar dengan budak department bawah. Girlfriend dia kot", jawab Farhan.

"Ouh okay kejap yaa", ujar Zafirah lalu dia mula mengemas mejanya sementara Farhan memasuki bilik kerjanya untuk mengambil wallet dan kunci kereta.

"Malan dekat bawah je kan bos?", tanya Zafirah ketika mereka menuruni lif bersama. Hanya mereka berdua sahaja di dalam lif ketika itu.

"Teman saya pergi Aeon kejap boleh tak? Saya nak belikan hadiah untuk adik saya. Dia dah nak grad hujung tahun ni. Ingat tak time saya cerita tu?", cerita Farhan. Dia sebenarnya sengaja ingin berjalan dengan Zafirah.

"Tapi masa rehat kita kan sejam je. Sempat ke?Eehhhh bos, ada lagi berapa bulan dia nak grad, awalnya nak beli. Ke bos nak ajak saya dating?", Zafirah menepuk sedikit mulutnya tanda terlepas cakap.

CRUSH, I LOVE YOU!Where stories live. Discover now