"Dah nak jadi milik orang dah anak mama ni", ujar mama sambil mengusap kepala Zafirah yang sedang membelek pakaiannya sebelum majlis pertunangan bermula.
"Walaupun Zaf dah kahwin nanti, Zaf still milik family ni, kan mama", Zaf sedikit sebak.
"Mestilah. Zaf sentiasa milik kami. Walaupun apa pun ujian yang datang lepas ni, Zaf tetap milik kami", balas mama.
"Terima kasih mama. Zaf sayang sangat dekat mama and papa. Kalau boleh lepas kahwin pun Zaf nak tinggal dekat rumah ni",
"Mana boleh sayang. Zaf kena ikut suami Zaf. Tak boleh dah nak duduk satu rumah dengan kami dan juga family Farhan", pesan mama.
"Yelah. Dah dah. Nanti Zaf nangis, habis mekap Zaf ni", gurau Zafirah seperti ingin mematikan suasana hiba.
"Haaa yelah. Mama keluar dulu eh. Nak layan tetamu. Nanti kalau ada apa-apa yang tak kena bagitahu mama", mama membuka pintu bilik Zafirah lalu beredar.
Tokkk tokkk tokkk.
Bunyi ketukan pintu bilik Zafirah menandakan ada orang di hadapan biliknya.
"Masuklah. Pintu tak berkunci pun", ujar Zafirah dari dalam biliknya.
"Zaf. Gorgeous nya kau. Aaaa suka lah tengok kau", jerit Adel sedikit teruja.
"Ish Adel. Nanti tetamu dekat bawah dengar lah. Slow down your voice, okay", tegur Zafirah.
"Hehehe sorry lah Zaf. Aku excited tahu tak? Mana MUA kau? Aku nak book dia untuk makeup kan aku time wedding aku nanti", sempat Adel bertanyakan tentang make up artist Zafirah.
"Dia dah balik sebab ada client dah tunggu. Bapak jauh doh kau nak book orang KL makeup kan kau. Dekt Kedah takde ke?", gurau Zafirah.
"Ada memang lah ada tapi dia punya skill ni bukan kaleng-kaleng. Eh tapi kalau muka macam kau, apa nak hairan, memang natural beauty. Takyah nak makeup tebal pun. Sebab tu aku insecure dengan kau doh", puji Adelia melambung.
"Dah-dah, kau takyah nak merepek. Nanti aku bagi contact number MUA tu okay", malas Zafirah mahu bertengkar dengan Adel kerana dia tahu dia pasti tidak akan menang.
'Kalau bercakap dengan Adel and Farhan, aku tak pernah nak menang. Malas nak melawan', desis Zafirah dalam hati nya.
"Macam ni lah bff aku", ujar Adel sambil tangannya ligat mengambil gambar Zafirah.
"Dah dah lah tu Adel. Aku dah hire photographer dah. Kau takyah nak ambil job dia", gurau Zafirah ketika dia melihat kesungguhan Adel.
"Ishh. Yg tu berbayar. Yang ni free. Bukan senang nak tengok kau makeup", kata Adel sebelum dia ketawa.
"Wah kau. Tahulah aku tak pandai makeup", rajuk Zafirah.
"Bukan tak pandai makeup. Masalahnya kau tak makeup pun cantik", puji Adel lagi.
"Aish kau ni kan Adel..", belum habis Zafirah bercakap, pintu biliknya diketuk.
"Non Zaf. Puan panggil turun ke bawah", ujar Puspa kepada Zafirah.
"Okay. Terima kasih Puspa", jawab Zafirah sebelum dia mula berdiri dan membetulkan baju kurung yang dipakainya.
"Adel. Takut", tangan Zafirah sejuk ketika dia dipimpin oleh Adelia.
"Jangan takutlah. Belum kahwin lagi ni", gurau Adelia.
"Diam ko", balas Zafirah sebelum dia mula menuruni tangga bersama Adelia.
Setelah Adelia mengambil tempat duduk di ruang kosong bersebelahan saudara mara Zafirah, segera Zafirah duduk di kerusi panjang yang dihiasi bunga peony segar. Pada awalnya Farhan mahu menyediakan pelamin tetapi ditegah oleh Zafirah kerana dikatakan terlalu over untuk majlis pertunangan. Farhan suka melihat sikap Zafirah yang tidak mahu bermewah mewah dalam majlis mereka. Setelah dia duduk, segera dia mencari kelibat Farhan tetapi kecewa kerana bayang Farhan pun tidak nampak.