'Dah kenapa tercegat dekat kereta tu? Takut kereta hilang ke?', ujar Zafirah seorang diri ketika dia melihat Farhan sedang bersandar di pintu kereta sambil tangannya dimasukkan ke dalam poket.
Aksi Farhan yang bersahaja begitu tetap menarik perhatian Zafirah. Farhan yang melihat kereta Zafirah memasuki basement parking terus mengukirkan senyuman. Walaupun hampir 20 minit dia menunggu Zafirah, dia tetap tersenyum. Segera Farhan menunjuk ke arah parking yang kosong yang berada di sebelah keretanya. Zafirah yang melihat sekadar menjeling lalu dia parking keretanya berjauhan dengan Farhan.
'Comel je dia ni merajuk', desis Farhan sambil ketawa kecil. Setelah dia melihat Zafirah memarkir kereta, segera Farhan mendekati Zafirah dan menunggu sehingga Zafirah keluar.
"Assalamualaikum sayang. Morning", ujar Farhan.
"Waalaikumussalam", Zafirah menjawab sepatah.
"Sayang. Im sorry. Saya mengaku saya cemburu buta. Saya tuduh awak walaupun saya tahu awak takkan buat macam tu. Padahal saya dah janji dengan awak haritu yang saya takkan cemburu buta. Sorry sayang", ujar Farhan panjang lebar sewaktu Zafirah berhenti di hadapannya.
"Kalau belum kahwin pun dah macam ni, cuba bayangkan lepas kahwin nanti. Why nak kahwin kalau tak trust each other kan", balas Zafirah. Nasib baik mereka mempunyai masa lebih 30 minit sebelum memasuki pejabat.
"Sayang. Saya mengaku salah saya. Saya terlalu takut kehilangan awak. Dah lah mamat tu handsome. Memang tercabar lah saya", jujur Farhan. Tiba-tiba Zafirah ketawa sedikit kuat.
"Farhan. Saya dah suka awak dekat 4 tahun tau. Tak pernah lagi saya pandang orang lain. Takde lagi lelaki lain yang lagi handsome dari awak. Dont worry okay", Zafirah ketawa lagi.
"Sayang. Saya tak pernah cintakan orang lain macam mana saya cintakan awak. Sebab tu saya takut sangat kalau ada orang kacau awak", ujar Farhan dengan matanya yang sedikit merah.
"Me too. Dah, control lah macho sikit. Saya minta maaf dan saya maafkan awak. Okay?", Zafirah menunjukkan jari okay.
"No. Dont say sorry to me. I should. Harini kita pergi beli cincin eh. Awak dah janji kan last week nak pergi minggu ni", Farhan mengingatkan Zafirah.
"Okay. Awak kena teman saya pergi mykori kejap lagi eh. Baru saya maafkan awak betul-betul", Zafirah berkata kepada Farhan.
"Okay sayang. Harini sayang nak pergi mana pun saya boleh bawa", balas Farhan.
"Okay then. Jom pergi Filipina", gurau Zafirah sambil berjalan menghala ke arah lif.
"Now? Saya book tiket flight kejap lagi eh", Farhan serious.
"Gurau jelah. Ish dia ni. Nak pergi cari cincin kan kejap lagi", Zafirah ketawa melihat Farhan yang sedikit blur.
"Issh sayang ni kan. Ingatkan nak ajak honeymoon awal", Farhan ketawa.
"Banyak lah. Kahwin pun belum, dah nak pergi honeymoon", Zafirah menjeling Farhan semasa mereka memasuki lif.
"Eh kejap sayang. Tu si Ammar nak masuk", Farhan menahan pintu lif sementara menanti Ammar yang mendekati lif.
"Eh dah berbaik ke wahai merpati sejoli", Ammar memerli mereka setelah dia masuk ke dalam lif.
"Dah. Zafirah maafkan aku. Thank you ammar", ujar Farhan sedikit malu-malu.
"Zaf. Aku yang nasihat si Paan ni suruh jangan cemburu buta sangat. Tak pernah tau aku tengok dia bad mood macam semalam", kata Ammar panjang lebar.
"Ooi. Takyah lah cerita", Farhan menolak lengan Ammar.
"Thank you so much Ammar. Farhan kata nanti dia belanja kau nando's. Kan, bos", Zafirah mengenakan Farhan.