"Hi sayang. Dah habis dah interview session?", ujar Farhan setelah dia bertembung dengan Zafirah di pintu utama pejabat.
"Alhamdulillah dah settle. Dekat 50 orang yang datang interview. Naik kering tekak Ira", Zafirah merungut pada Farhan. Kemudian mereka mula berjalan masuk ke bilik kerja Zafirah.
"Alhamdulillah. Ramai juga tu. Kak Ros tak buat shortlist best candidates ke?", tanya Farhan.
"Itu yang dah shortlisted lah tu. Kalau tak, almost 150 orang juga lah. Yang haritu interview dengan Ira pun ada", Zafirah mula duduk di sofa lalu dia membuka heelsnya. Lenguh kakinya kerana memakai heel dalam jangka masa yang agak panjang.
"Kesian sayang abang ni. Rehatlah dulu. Abang belikan makanan. Sayang nak makan apa?", Farhan mendorong bahu Zafirah agar bersandar padanya.
"Ira taknak makan lagi. Ira nak recharge energy dekat abang je sekarang", Zafirah mula menyandarkan kepalanya di dada Farhan kemudian tangannya memeluk pinggang Farhan. Farhan yang mengerti segera memeluk isterinya pula sambil menepuk-nepuk bahu Zafirah seakan anak kecil.
"Okay lah. Nanti dah full bagitahu yaa. Sayang ada berkenan tak dengan diorang yang kena interview tadi?", tanya Farhan.
"Ada sorang tu Ira rasa okay. Dia ada pengalaman dekat consultant almost 3 tahun juga. Dia quit dari kerja tu sebab kena ikut husband dia pindah sini. Nanti Ira tunjuk resume dia dekat abang", Zafirah mengangkat kepalanya lalu memandang Farhan. Laju saja Farhan memegang kedua belah pipi Zafirah dengan tangannya.
"Okay sayang. Nanti kita view resume dia sama-sama okay. Sekarang ni sayang tidur dulu. Muahh", Farhan mengucup dahi Zafirah.
"Eeii habis rosak tudung Ira", Zafirah mencebik.
"Alah sayang. Elok je abang tengok", Farhan mengusik awning tudung Zafirah.
"Abang", Zafirah memandang tajam kearah suaminya.
"Okay okay. Sorry sayang. Jangan marah-marah okay", Farhan membetulkan tudung isterinya.
"Dah elok dah. Cepat tidur sayang. Kejap lagi nak makan, solat lepastu nak sambung buat kerja pula", Farhan menarik Zafirah ke arah pelukannya. Nasib baik pintu dan langsir sudah bertutup. Kalau tidak, gigit jari staf melihat boss dan isteri bermesra.
*****
"Sayang, kita makan dekat luar lah harini. Nak tak?", tanya Farhan kepada isterinya ketika dia sedang memandu setelah mereka pulang dari kerja.
"Nak. Lagipun barang dapur dah nak habis. Boleh beli sekali", jawab Zafirah sambil memandang Farhan.
"Haa okay juga tu. Sayang nak makan apa?", Farhan menggapai tangan Zafirah walaupun dia sedang memandu.
"Ermmm kita makan Mr.Dakgalbi nak tak? Lamanya tak makan", Zafirah sudah menelan air liur.
"Okay jom", sempat Farhan mencium tangan Zafirah. Ketawa Zafirah melihat perlakuan suaminya itu.
Sedang mereka berbual sambil menunggu lampu isyarat bertukar, terdengar deringan berbunyi dari telefon Farhan. Hanya kelihatan nombor sebagai tanda Farhan tidak menyimpan nombor tersebut di telefonnya.
"Hello. Assalamualaikum Paan. Maksu ni", kedengaran dari hujung talian sebelum Farhan sempat berkata. Zafirah hanya memerhati saja tindakan Farhan.
"Ohhh maksu. Waalaikumussalam, ehh boleh call ni dah balik Malaysia ke?", Farhan masih memegang telefonnya walaupun sedang memandu.