Bab 34

31 3 0
                                    

"Abang. Bangun solat subuh", Zafirah menolak lengan Farhan perlahan.

"Ermm. Jam pukul berapa sayang?", Farhan menggosok matanya perlahan.

"Pukul 6.15", Zafirah berdiri di sisi Farhan yang sedang menggeliat.

'How can someone be so handsome even baru bangun dari tidur', desis Zafirah sambil memandang suaminya.

"Kenapa sayang tengok abang macam tu?", Farhan ketawa melihat isterinya yang memandangnya. Hilang terus mamai dia di pagi itu.

"Takde apa. Cepat pergi mandi. Ira tolong bentangkan sejadah", Zafirah segan apabila perbuatannya diketahui oleh Farhan. Segera dia ke rak sejadah di penjuru bilik.

"Comel lah sayang ni", Farhan pergi ke arah beg bya untuk mengambil pakaian.

Setelah Farhan membersihkan diri, segera mereka bersolat jemaah. Setelah mencium dahi Zafirah, Farhan segera membantu Zafirah melipat sejadah dan digantung di rak sejadah. Zafirah mengucapkan terima kasih dan berlalu ke arah katil untuk mengemas tempat tidur mereka.

"Abang nak tidur balik ke?", tanya Zafirah sebelum dia mengemas katil mereka.

"Taknak lah. Abang tak biasa tidur lepas subuh", jawab Farhan bersahaja.

"Oo okay. Ira kemas lah katil ni", Zafirah ligat melipat selimut dan menyusun bantal agar kelihatan kemas.

Kemudian Zafirah menarik langsir dan membuka tingkap agar udara memasuki biliknya. Kemudian Zafirah bergerak ke arah meja solek untuk menyikat rambutnya sebelum turun untuk menyediakan sarapan.

"Abang. Ira nak turun bawah tau. Nak sediakan sarapan", Zafirah memandang ke arah jam di dinding biliknya.

"Eh kejap. Tak bagi morning wish lagi dekat sayang", Farhan berjalan ke arah isterinya.

"Good morning sayang. Have a nice day", Farhan mengucup dahi Zafirah.

"Good morning too cik abang", Zafirah memandang Farhan sambil tersenyum.

"Morning kiss takde ke?", Farhan memegang pinggang Zafirah.

"Nak ke?", Zafirah menguji Farhan.

"Mestilah nak", Farhan teruja.

Cuppp. Zafirah mengucup pipi kanan Farhan. Terpaksa dia menjengketkan kaki sedikit kerana tingginya hanya setakat leher Farhan. Kemudian Zafirah menutup mukanya tanda malu dengan perbuatannya. Tersenyum lebar Farhan dengan perbuatan isterinya.

"Thank you sayang. First time dapat kiss daripada sayang", Farhan menarik tangan Zafirah yang menutup muka. Farhan hampir ketawa melihat muka Zafirah yang merah akibat malu.

"Okay lah Ira nak turun bawah", Zafirah cuba melarikan diri daripada perbuatannya yang membuatkan dia malu.

"Lepasni, morning wish akan jadi routine every morning tau sayang", Farhan berpesan kepada Zafirah sambil memegang tangan Zafirah.

"Yelah yelah. Dah, ira nak turun", Zafirah cuba melepaskan tangan Farhan.

"Jom turun sekali", Farhan mengikuti gerak Zafirah.

"Abang. Nanti papa dengan mama tengok malu lah", Zafirah menepuk tangan Farhan yang memegangnya erat walaupun sedang menuruni tangga.

"Okay fine", Farhan melepaskan tangannya dari tangan Zafirah. Kemudian mereka berdua terserempak dengan mama dan papa yang sudah keluar dari ruang makan.

"Assalamualaikum pengantin baru. Awalnya bangun", usik mama sambil memandang Zafirah dan Farhan.

Kemudian Zafirah dan Farhan menjawab salam mama serentak sebelum Zafirah berlari anak ke arah mama.

CRUSH, I LOVE YOU!Where stories live. Discover now