Bab 7

85 4 0
                                    

Tokkk tokkk tokkk..

Farhan mengetuk pintu bilik kerja Zafirah lalu dia menunjukkan isyarat ke arah bilik mesyuarat. Tahulah Zafirah bahawa Farhan menyuruhnya bergegas ke sana. Segera Zafirah mengangguk lalu dia mula menyediakan barangnya sebelum dia bergegas keluar.

'Tapi jam baru pukul 8.30. Client yang datang awal ke bos nak dating dengan aku, hahahaha', Zafirah ketawa di dalam hati. Setelah sampai ke bilik meeting, Zafirah mengetuk pintu lalu dia mula masuk.

"Sorry panggil awal. Kita kena discuss dulu. Takut nanti kalau ada pendapat yang clash, susah nanti", ujar Farhan setelah dia menyuruh Zafirah duduk di kerusi bersebelahannya.

"Eh its okay bos. By the way, client kita ni dari mana", tanya Zafirah.

"Kalau tak silap saya, dari Kedah", jawab Farhan.

"Kalau silap, dari mana pulak? Eh tak, saya gurau je bos",

'Dah kenapa aku gurau dengan bos macam ni? Kau nak mampus ke Zaf? Dah lah first day jumpa', hatinya berkata-kata.

"Berani awak bergurau dengan bos eh? Awak tak tahu ke saya ni garang?", Farhan mula berlakon tegas di hadapannya.

"Sorry bos. Mulut ni main lepas je. Bos tak nampak macam garang pun", balas Zafirah. Makin menjadi-jadi gurauannya.

"Dahtu nampak macam apa? Macam bakal imam awak ke?", ujar Farhan sambil membuat muka selamba.

"Hah? Apa dia bos?", Zafirah mahukan kepastian.

"Saya cakap saya garang. Ada masa kita boleh gurau, ada masa kita kena fokus dengan kerja. Macam sekarang ni, tengah kerja kan. So, be serious okay", tegas Farhan.

'Tadi cakap pendek je. Sekarang panjang berjela yang aku dengar', desis Zafirah.

"Yaaa baik bos. Maafkan saya", Zafirah meminta maaf tanda dia rasa bersalah.

"Tu client dah sampai. Wah ada client perempuan lah", kata Farhan sambil matanya melirik ke arah dua orang client yang sedang menghampiri pintu bilik meeting.

'Eh bos ni, mata buaya. Aku ingatkan dia tak macam lelaki lain. Huh', tanpa disedari, Zafirah mengeluarkan keluhan.

"Eh dah kenapa mengeluh ni? Belum dapat kerja lagi dah stress ke?", tegur Farhan lalu dia bergerak ke arah pintu sebelum dia mula membuka pintu dan menjemput dua orang client berbaju kemas memasuki bilik tersebut.

"Morning. Saya Firdaus, dan yang ni qs saya, Sarah", lelaki berkemeja biru tua itu memperkenalkan dirinya dan seorang gadis yang berambut panjang separas bahu. Sewaktu Firdaus menghulurkan tangannya kepada Zafirah, Zafirah hanya menunduk sahaja sebagai tanda hormat. Dia tidak kisah jika digelar tidak sopan asalkan dia menjaga batasnya. Dia hanya melihat Farhan yang bersalam dengan Sarah. Tersenyum nakal si Sarah sambil melihat Farhan.

"Im Farhan Nashreeq and this is Nur Zafirah, my professional qs", Farhan memperkenalkan diri mereka pula.

"Have a sit", ujar Farhan.

"So kita boleh go on dengan kita punya topik", kata Farhan apabila semua sudah menyesuaikan diri di bilik meeting. Lama mereka berborak sehingga mula ke topik asal.

"Haa yaa. Kami nak build satu pasar raya Aeon area Baling, Kedah. And sekarang kami tengah survey harga dengan other company jugak. Kalau boleh kami nak tengok dulu harga yang company awak boleh bagi", terang Sarah sambil matanya tidak lepas memandang Farhan.

"Okay kami akan prepare bill of quantity dulu. Around two days pihak kami akan call awak semula, yaa Encik Firdaus", balas Farhan seperti cuba menarik perhatian Firdaus yang sedang ralit melihat Zafirah yang sedang mencatat nota.

CRUSH, I LOVE YOU!Where stories live. Discover now