"Bosannya alahai. Takde company yang nak pekerja ke?dah banyak aku apply ni", rungut Zafirah seorang diri ketika dia sedang berbaring sambil membuka laman syarikat yang dia berminat. Ibu bapanya sedang sibuk bekerja dari pagi sampai ke petang.
Tokkk tokkk tokkk..
"Masuklah Puspa, pintu tak berkunci", jerit Zafirah dari dalam bilik. Dia tahu bahawa itu adalah pembantu rumahnya, Puspa. Puspa adalah bibik mereka yang jujur dan sangat rajin. Dia telah berkhidmat lebih 3 tahun dengan keluarga Zafirah. Umurnya 4 tahun lebih tua daripada Zafirah.
"Non Zaf, ini ada surat untuk non Zaf", ujar Puspa sewaktu dia memasuki bilik Zafirah. Terbangun Zafirah daripada pembaringannya. Segera Puspa memberikan surat kepada Zafirah.
"Terima kasih Puspa", kata Zafirah sambil membelek surat itu.
"Sama-sama non Zaf. Saya sudah masakkan lauknya untuk non Zaf. non Zaf mahu saya bawa makanannya ke atas atau enggak?",
"Ehh takpe takpe. Kejap lagi Zaf turun eh. Zaf nak buka surat ni jap. Mana tahu dapat kerja ke",
"In shaa Allah dapat non Zaf. Non Zaf bijak sih. Takkan enggak ada yang mahu ngambil non bekerja",
"Aamiin. Ishh Zaf biasa biasa jelah. Kejap lagi Zaf turun ehh",
"Baik non", Puspa menutup pintu bilik Zafirah dengan sopan.
Zafirah mula berbaring kembali.
'Private and confidential. Teringat pulak dekat Ammar haritu. Siapalah FN tu eh. Takkan Farhan kot. Ehh perasannya aku hahahaha' Zafirah ketawa sendirian. Tangannya mula membuka surat itu dengan cermat sekali.
"OMG. Seriouslah apa yang aku baca ni", Zafirah membaca kembali surat itu. Tersenyum dia seorang diri.
"Tahniah, Nur Zafirah Binti Zairi. Anda berjaya untuk menghadiri sesi temuduga sebagai Juruukur Bahan di Impiana Construction SDN. BHD. Sila hadirkan diri pada tarikh dan masa berikut. 28/4/2018(Rabu) pada 08.00 pagi. Sah aku tak salah baca. Yeaaayyy dapat interview", teruja Zafirah sambil menggawangkan tangannya ke atas. Nasib baik tiada orang di biliknya.
"Nak bagitahu Adel lah", Zafirah segera membuka aplikasi Whatsapp di Iphonenya.
Adelia
Last seen today at 13:59Adel
Photo
Aku dpt iv dekat company ni
Wish me luck😘Kemudian Zafirah mula membuka portal syarikat itu. Dia mahu mencari maklumat tentang syarikat tersebut sebelum menghadiri sesi interview. Laju dia membuka about us yang berada di laman web itu. Dia mula membaca tentang objektif, misi dan visi syarikat itu.
'Nama chairman je yang keluar. Nama engineer, arkitek semua takde pun. Macam mana nak tahu. Aduhh', Zafirah mula mengeluh seorang diri , jarinya laju membuat tangkapan skrin sebelum dia keluar daripada laman itu. Kemudian dia mula membuka aplikasi Whatsapp apabila dia mendapat notifikasi daripada Adel.
Adelia
OnlineWow😱
Congrats Zaf
Aku doakan kau dpt kerja tu wei
Hopefully bos kau nanti handsome🤣Thank you Adel
Aamiin
Aku nak kerja, bukannya nak cari jodoh😂My pleasure❤️
Eleh, kau taknak cari buah hati ke?
Mana tahu satu office dengan Farhan ke🤣