Hari ini merupakan malam terakhir semua staf Impiana Construction berada di Pulau Redang. Pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan bagi mengisi percutian mereka. Pada malam ini mereka mengadakan aktiviti bbq bersama-sama di tepi pantai. Kebanyakan staf perempuan hanya melihat staf lelaki memanggang pelbagai makanan laut dan kambing bakar juga turut disediakan.
"Wati. Where's Zafirah?", tanya Farhan setelah dia penat mencari Zafirah di sekeliling tempat mereka berkumpul.
"There", Wati menunjuk ke arah Zafirah yang sedang menyusun polisterin di atas meja seorang diri.
Sedang Farhan berjalan ke arah Zafirah, sekumpulan staf lelaki bersama Rizqi kelihatan cuba mendekati Zafirah. Terus Farhan mengepalkan penumbuknya sedikit sambil terus berjalan ke arah Zafirah.
"Hai cik Zafirah. Sorang je ke?", tanya salah seorang daripada mereka.
Zafirah hanya diam sambil menyibukkan dirinya.
"Nak nombor fon awak boleh tak?", kata seorang daripada mereka lagi.
"Tak", pendek jawapan Zafirah.
"Alah, nak kawan je. Bolehlah", kata Rizqi.
Apabila Zafirah melihat Farhan mendekatinya dengan muka yang ketat, segera Zafirah berkata kepadanya, "Bos, saya dah siap susun semua ni. Jom pergi tengok diorang dekat depan".
Farhan memerhatikan kesemua staf lelaki yang berada di hadapannya dengan pandangan yang tajam,kemudian dia berlalu bersama Zafirah.
"Diorang kacau awak ke?", tanya Farhan kepada Zafirah yang sedang berjalan di sebelahnya.
"Takdelah", jawab Zafirah tanpa memandang Farhan.
"Tell me the truth", kata Farhan tegas.
"Diorang minta nombor fon saya. Lepastu saya cakap tak. Tu je", balas Zafirah. Lama dia menanti jawapan daripada Farhan tetapi Farhan hanya senyap.
"Yang muka ketat sangat tu kenapa? Hahaha", gurau Zafirah sambil memandang Farhan yang bermuka masam.
"Mana ada lah", tipu Farhan.
"Eleh yelah tu. Jom jalan-jalan nak tak? Semalam awak ajak time saya ngantuk", ajak Zafirah setelah dia melihat Farhan hanya memandangnya.
"Jom", Farhan kembali teruja.
"Mood macam orang perempuan", kata Zafirah perlahan sambil kakinya mula bergerak ke arah pantai bersama Farhan.
Nasib baik cahaya daripada resort dan dewan menerangi kawasan pantai. Tidak lah mereka berasa tidak selesa.
"Apa dia?", tanya Farhan.
"Takde apa lah", jawab Zafirah sambil menahan senyum.
"Zafirah", panggil Farhan walaupun Zafirah sedang berjalan di sebelahnya.
"Saya dekat sebelah awak je Farhan", kata Zafirah sambil ketawa sedikit.
"Sajalah nak panggil", balas Farhan.
"Saya tak pernah dengar awak panggil saya Zaf. Even family awak yang baru kenal saya pun, panggil saya Zaf. Kenapa eh?", tanya Zafirah pelik. Lama dia memendam rasa untuk bertanya soalan itu kepada Farhan.
"Sebab saya rasa panggilan Zaf macam tak sesuai dengan awak. Panggilan Zaf tu tak macam perangai awak. Awak lembut. It just my opinion", jujur Farhan.
"Ye ke? Dahtu takkan awak nak panggil Zafirah? Tak macam panjang sangat ke?", tanya Zafirah sambil langkah kakinya berjalan beriringan bersama Farhan di tepi pantai.