"Settle pun kursus kahwin kita kan. Okay ke sayang kursus harini", tanya Farhan kepada Zafirah sewaktu mereka memasuki kereta Farhan.
"Alhamdulillah lega. Okay je. Banyak info penting yang diorang bagi. Awak ambil note tak?", tanya Zafirah pula.
"Mestilah ambil. Ilmu ni nak diguna pakai sampai bila-bila", jawab Farhan yakin sambil memandu.
"Good boy", puji Zafirah.
"Of course lah good boy. Tengoklah tunang siapa", Farhan bangga.
"Haa mulalah tu nak riak", gurau Zafirah.
"Sikit je", jawab Farhan.
"Awak. Kita tak tempah lagi baju untuk wedding, invitation card, catering apa semua. Yaa Allah. Ni dah last minute ni. Kenapa saya tak teringat semua ni", Zafirah mula mengelabah.
"Hey. Relax sayang. Everything dah settle. I just have to bring you to the boutique untuk try awak punya wedding dress je. Yang lain semua kami dah uruskan", Farhan cuba menenangkan Zafirah waupun dia sedang memandu.
"Kami?", tanya Zafirah pelik.
"Yaa kami. Me and my parents", jawab Farhan selamba.
"Kenapa yaa awak buat keputusan tak discuss dengan saya. Am I not allowed to give my opinion or suggestion? This is not only your majlis but it is ours", suara Zafirah sedikit keras.
"It's not like that, sayang. We don't want your family to feel burdened by our hasty decision", Farhan memarkirkan keretanya di tempat parkir yang disediakan di hadapan bangunan di tepi jalan.
"What do you meant by hasty decision? Our marriage is a hasty decision? Then tak payah lah kahwin lagi. Tahun depan baru kita kahwin", kemarahan Zafirah semakin tinggi.
"No lah sayang. I meant, my family and I yang nak kita kahwin sebulan lepas tunang. So kami yang akan bertanggungjawab sebab keputusan ni", terang Farhan sambil memandang Zafirah.
"Why? Ada saya cakap yang saya tak bersedia nak kahwin ke? Ada saya merungut ke?", suara Zafirah mula perlahan.
"Takde sayang. Okay macam ni. Majlis kita belah family awak nanti, kita share opinion yaa", Farhan memujuk Zafirah.
"No. Biar my family and I yang settle kan sendiri. Fair and square kan",
"Okay fine. I'll pay for the bill okay",
"No. Kiteorang ada duit lah",
"Okay okay fine. If any problem, hit me up okay",
"Okay", Zafirah menjawab pendek. Walaupun dia masih marah, dia tetap cuba bersabar kerana dia tahu jika dia layankan perasaan marahnya pasti akan ada perkara buruk yang akan berlaku.
"Sayang. I'm sorry. Esok kita pergi butik. Saya dah tempah dress awak tapi tak tahulah perfectly fit ke tak", ujar Farhan perlahan.
"Okay. Kalau tak kena dengan taste saya macam mana?", tanya Zafirah sengaja. Padahal dia tidak kisah pun tentang fesyen asalkan menutup aurat.
"Kalau tak kena, kita buat dress baru. Okay sayang?",
"Okay. Jomlah balik. Dah nak maghrib ni", Zafirah berkata kepada Farhan.
"Okay sayang", Farhan mula menukar gear dan menghantar Zafirah pulang.
*****
"Awak. How much the cost for our wedding event?", tanya Zafirah ketika mereka sedang dalam perjalanan ke butik.
"Rahsia. Mana boleh bagitahu", jika Farhan menyebut kosnya pasti dia akan dimarahi Zafirah kerana kosnya memakan hampir 30K.