Bab 19

82 3 0
                                    

Selesai sahaja mandi dan solat subuh, Zafirah segera memakai cardigan dan menutup kepalanya dengan shawl yang diselempang malas, lalu dia bergerak ke arah balkoni bilik yang menghadap ke arah pantai.

"Pandai Farhan pilih bilik ni. Dapat juga tengok laut pagi-pagi", ujar Zafirah sendirian sambil mengambil gambar pantai menggunakan telefon dari biliknya.

Wati masih lena diulit mimpi kerana dia tidak boleh bersolat ketika itu.

Setelah puas dia mengambil gambar, dia masuk seketika untuk membuat air coklat 3in1 yang dibawanya dari Kuala Lumpur. Kemudian dia mula keluar lalu duduk di kerusi yang disediakan di balkoni itu. Lama dia menghadap ke arah pantai sambil menghirup air coklat sehingga tiba-tiba dia terdengar seseorang berdehem dari balkoni sebelah biliknya.

'Alahai. Kenapa bilik dia dekat sini pula?', Zafirah menepuk dahinya perlahan.

"Kenapa tiba-tiba tepuk dahi tu? Tak tahu ke bilik kita bersebelah?", ujar Farhan sambil memandang Zafirah.

"Tak tahu. Ingatkan bilik awak dekat tempat lain", balas Zafirah sambil bermain dengan telefonnya.

Seketika kemudian, Zafirah melihat Farhan berdiri merenung jauh ke arah pantai. Segera dia bangun lalu dia berdiri sama baris dengan Farhan. Setelah lama dia melihat Farhan berdiam diri, terus dia mengambil gambar Farhan secara senyap-senyap. Memang menjadi kebiasaan dia untuk mengambil gambar Farhan sejak daripada zaman Universiti. Sebelum ini Zafirah berkira-kira untuk memadam gambar-gambar Farhan tetapi dia tidak sanggup kerana dia merasakan bahawa hubungan mereka semakin baik.

"Farhan. Awak okay ke?", tanya Zafirah sambil memandang Farhan.

"Okay je. Just dah lama tak tengok laut. Terleka pula", jawab Farhan.

"Kan. Saya dah tak sabar nak pergi pantai ni", kata Zafirah sambil senyum menghadap pantai.

'Haih. Pakai shawl macam tu pun dah cantik', desis Farhan seorang diri sambil melihat ke arah Zafirah yang memandang ke arah pantai.

Kemudian Farhan mula mengeluarkan iphonenya lalu dia mula mengambil beberapa keping gambar Zafirah yang menghadap pantai. Sedang asyik Farhan mengambil gambar Zafirah, tiba-tiba Zafirah memandang ke arahnya. Cepat-cepat Farhan mengarahkan telefonnya ke hadapan.

"Haa. Ambil gambar saya eeh", ujar Zafirah yakin sambil memandang Farhan.

"Eeii kuat perasan lah awak ni", Farhan berkata kepada Zafirah.

"Yaa tahu. Saya memang kuat perasan. Dah lah. Nak masuk. Bye", Zafirah menjeling ke arah Farhan lalu dia masuk ke dalam biliknya sambil membawa gelas yang masih berisi air.

"Eeeii dia ni kan. Pakai tshirt je pun handsome", ujar Zafirah sendirian sambil membelek gambar Farhan yang diambil menggunakan telefonnya sebentar tadi.

"Which one eh nak jadikan wallpaper lock screen?", kata Zafirah lagi.

"Ehh no no no. Nanti macam syok sendiri pulak. Home screen sudah lah", Zafirah mula menukar gambar wallpaper home screen nya kepada gambar Farhan.

Pada hari tersebut, penuh aktiviti mereka dengan pelbagai acara yang disediakan. Tetapi Zafirah dan Farhan jarang berjumpa kerana aktiviti disediakan berasingan mengikut lelaki dan perempuan. Walaupun begitu, mereka tetap menjalankan aktiviti dengan sangat seronok dan ceria.

*****

"Zaf. Malam ni kau partner dengan siapa?", tanya Wati sewaktu dia melihat Zafirah sedang membuka bagasi untuk mengambil baju mungkin.

"Untuk Gala Night ni ke? Dengan bos", ujar Zafirah sambil memandang Wati.

"Haah. Seriouslah?", Wati seperti terkejut.

CRUSH, I LOVE YOU!Where stories live. Discover now