Pada petang hari itu, Zafirah menghabiskan masanya sekali lagi di sawah. Dia tidak mahu bertentang mata dengan Farhan. Sungguh dia berasa segan dengan Farhan kerana Farhan menyentuh tangannya tadi. Sempat dia mengambil gambar sawah yang cantik pada pandangannya. Nasib baik matanya sudah tidak bengkak seperti siang tadi. Jauh dia berjalan mengelilingi sawah sehingga dia berasa penat. Kemudian dia kembali semula ke rumah opah dan dia duduk di kerusi panjang yang diperbuat daripada buluh yang berada di bawah pokok rambutan yang rendang. Kemudian dia mula bermain dengan iphonenya. Dia mula membuka photos dan melihat gambar yang diambilnya sebentar tadi. Gambar yang dirasakan tidak sesuai, terus dipadam olehnya. Kemudian dia mula membuka aplikasi whatsapp apabila Adelia menghantar mesej kepadanya.
Adelia
OnlineZaf
Rindu plk dkt kau
Mcm mana kerja?
Ok ke kO?Segera Zafirah membalas chat daripada Adelia.
Wei rindu kau jugak
So far okay lah
Tapi aku yg tak okay☹️Kenapa tak okay?
Cerita dkt aku cpt!
Kau dkt mana skrng?Aku patah hati ni
Nnti ada masa kita on call okay
Aku dkt Kedah
Smlm ada site visitNi msti sbb Farhan kan?
Dia dh nak kahwin ke?
Wei aku pun dkt Kedah jgk!
Kau dkt area mana?Hmm dia dah nak tunang
Wei seriouslah?
Aku dkt Baling
Kau bt apa dkt sini?Wei, tak lama dah
Aku pun dkt Baling jgk
Parent aku kan dekat sini😒
Kau balik KL bila?Lupa pulak🤦♀️
Esok dikTukar topik ekk
Esok? Balik dgn aku jelah
Aku gerak sorng ni
Kau dtg dgn siapa ni?
Stay dkt hotel mana?Mana adalah
Aku dtg dgn Farhan
Naik kereta dia
Now kami stay dkt rumah opah dia
Nnti aku tnya dia dulu ehSeriouslah Zaf?
Haa kau tnya dia dulu
Mlm nnti inform aku
Got to go
ByeSeriouslah🙄
Okay pape roger🤣
ByeZafirah menutup iphonenya. Kemudian dia membelek lukanya yang dibalut oleh Farhan. Lama dia merenung jarinya.
'Kalau kau tak suka aku, kenapa kau care pasal aku', tanya Zafirah kepada dirinya. Air matanya sudah bertakung kembali. Jenuh dia cuba menahan air matanya sambil cuba membuka iphonenya dan menonton video kelakar dari Twitter. Terhibur sedikit dirinya.
"Zafirah, awak pergi mana? Jenuh saya cari awak dalam rumah", ujar Farhan dari halaman rumah setelah dia melihat Zafirah sedang duduk seorang diri.
"Saya pergi sawah tadi. Kenapa bos cari?", Zafirah memandang Farhan sekilas kemudian dia memandang iphonenya semula.
"Takde apa. Saya risaukan awak. Luka awak tu pedih lagi tak? Lepas maghrib nanti saya tukarkan plaster untuk awak", ujar Farhan sambil matanya menilik ke arah jari Zafirah.
"Dah okay dah. Takpe, sekejap lagi saya buat sendiri. Awak ada plaster lebih kan?", tanya Zafirah.
"Ada. Nanti saya bagi. Kalau tak boleh, bagitahu saya", Zafirah hanya mengangguk tanda mengerti.