"Zaf. Bagitahu dekat aku sekarang kau tempah dress ni dekat mana? Cantik gila", Adel membelek wedding dress berwarna biru muda yang dipakai oleh Zafirah. Zafirah baru sahaja selesai di mekap oleh MUA yang sama ketika dia bertunang. Memang hasilnya sangat cantik walaupun mekap Zafirah tidak terlalu tebal.
"Dekat area Damansara. Butik kawan Farhan. Nanti aku send location dekat kau. Servis dia memang tiptop", Zafirah memuji Mia yang menjadi wedding planner nya.
"Boek. Nanti aku nak tempah dekat situ juga lah. Cantik wei design dia", ujar Adelia lagi.
"Tapi ni bukan dia yang design. Farhan yang design", Zafirah senyum pada Adelia.
"Oouhh. Memang sesuai dia jadi kontraktor. Perfect", Adelia memuji Farhan.
"Nanti suruh Irfan design kan untuk kau. Mesti lagi vogue dari aku", Zafirah dan Adelia ketawa.
"Dah siap ke? Jom bertolak", ujar mama dari luar pintu.
"Dah mama. Jom Adel", Zafirah memegang tangan Adelia sebelum mereka menuruni tangga.
Ramai saudara mara Zafirah sedang menunggu di tingkat bawah. Sempat mereka ber swafoto bersama Zafirah sebelum bertolak ke dewan majlis. Tidak sabar benar si Zafirah untuk melihat dewan yang dihias khas mengikut kehendak Farhan. Hanya dalam masa 20 minit, Zafirah sudah tiba di perkarangan pintu dewan.
"Assalamualaikum sayang", ujar Farhan setelah dia membukakan pintu kereta untuk Zafirah.
"Waalaikumussalam", Zafirah tersenyum melihat Farhan yang kacak mengenakan tuxedo berwarna biru muda sedondon dengannya.
"Cantiknya sayang harini", Farhan berbisik kepada Zafirah sambil tangannya laju mencapai jemari Zafirah.
"Tengoklah isteri siapa", gurau Zafirah.
"Akak. Cantiknya. Tak sabar nak flex akak dekat kawan-kawan Farah", Farah memeluk lengan Zafirah. Gembira Zafirah dengan perlakuan Farah. Terasa seperti dia mempunyai adik sendiri.
"Ishhh mana ada lah", Zafirah ketawa.
"Mama dengan papa abang mana?", tanya Zafirah sambil memandang sekeliling yang dipenuhi saudara-maranya.
"Dekat dalam. Kejap lagi diorang keluar lah", Farhan tidak jemu memandang Zafirah.
Seketika kemudian, ibu bapa Farhan keluar daripada dewan untuk menyambut keluarga besan mereka. Tepat 12.30 pengantin memasuki dewan yang dipenuhi dengan kuntuman bunga segar berwarna pink di sepanjang jalan ke arah pelamin yang terhias cantik dan kelihatan mewah. Tetamu yang hadir juga kelihatan sangat bergaya dan elegan. Ramai bekas pelajar daripada universiti mereka turut hadir ke majlis. Jenuh mereka bergerak dari satu meja ke satu meja untuk melayan tetamu.
"Eh Paan. Tu bukan Ziha ke? Kau invite dia ke?", bisik Ammar kepada Farhan yang sedang berborak bersama dia dan beberapa rakan yang lain. Pada ketika itu Zafirah sedang leka melayan Adelia di meja makan.
"Aku lupa lah. Maybe dia dapat invitation daripada whatsapp kot. Kan aku ada suruh member-member forward dekat alumni UKM", Farhan memandang seketika ke arah Naziha yang sedang menjamu selera bersama rakan-rakan. Kemudian dia mula mencari kelibat Zafirah.
"Haih. Jangan dia buat pasal sudah lah", Ammar memandang Farhan seketika sebelum dia menikmati hidangan.
"Korang makan lah. Aku pergi dekat wife aku kejap", ujar Farhan kepada rakan-rakannya yang sedang makan. Segera Farhan berlalu.
"Zaf. Aku nampak ex girlfriend husband kau", bisik Adelia kepada Zafirah. Irfan yang sedang makan di sebelahnya sekadar memerhatikan mereka.
"Aku pun. Dari tadi lagi aku rasa macam dia tengah tengok aku. Kau rasa dia nak dekat Farhan balik ke eh?", ujar Zafirah perlahan. Dia sudah mula duduk di sebelah kerusi Adelia yang kosong.