Bab 37

35 3 0
                                    

"Kak Ros. Nanti kalau free, tolong buat job advertisement untuk qs baru yaa. The interview session will be held 2 months from now", ujar Farhan kepada kerani pejabatnya.

"Okay bos. Saya buat sekarang. Sekejap lagi saya update di website company", Kak Ros mula menaip di komputer.

"Thank you Kak Ros", Farhan berlalu ke pejabatnya. Sempat dia memandang ke arah isterinya yang sedang tekun menulis sesuatu di atas pelan bersaiz A1 sebelum dia meneruskan kerjanya.

Tokkk..tokkk..tokkk

"Masuklah sayang", ujar Farhan dari bilik kerjanya setelah dia melihat Zafirah mengetuk pintu.

"Kan abang dah cakap tak payah ketuk. Masuk je", ujar Farhan lagi setelah Zafirah mula menutup pintu dan duduk di hadapannya.

"Pekerja tak boleh suka-suka masuk bilik bos tanpa kebenaran", balas Zafirah.

"Tapi sayang kan..",

"Bos. Saya nak pergi lunch dengan Wati tau. Dia dah tunggu dekat bawah", Zafirah memotong kata-kata Farhan. Walaupun mereka telah berkahwin, Zafirah tetap berkelakuan profesional di pejabat.

"Habis abang macam mana?", Farhan mula bangun dan berdiri di hadapan Zafirah.

"Alah Ammar kan ada. Please. Harini je", Zafirah menunjukkan jari 👉👈.

"Yelah. Dekat mana? Take care", Farhan mengusap kepala Zafirah yang berbalut tudung.

"Dekat kedai area sini je. Okay", Zafirah menurunkan tangan Farhan dari kepalanya.

"Bye bye", laju sahaja Zafirah keluar daripada bilik kerja Farhan. Ketawa Farhan melihat perlakuan isterinya.

"Wati. Lama dah ke tunggu?", tanya Zafirah kepada Wati yang sedang bermain dengan telefon setelah dia keluar daripada lif.

"Tak lah. Baru je 5 minit masuk waktu lunch. Nak makan dekat mana ni?", Wati memandang Zafirah.

"Dekat kedai tulah. Banyak jenis lauk", Zafirah menunjuk ke arah kedai makan yang berada dalam 100 meter dari pejabat mereka.

"Jom lah. Dah lama tak makan ikan keli sambal dekat situ", mereka mula berjalan bersama.

Nasib baik mereka memakai seluar bersama blouse, jika berbaju kurung memang lambat lah mereka sampai ke kedai. Setelah mereka mengambil makanan segera mereka duduk di kerusi yang masih kosong.

"Sorry tau aku tak dapat attend majlis korang. Aku balik kampung. Tapi aku dah bawa hadiah, kejap lagi aku bagi tau", ujar Wati ketika mereka sedang menjamu selera.

"Ehh it's okay. Kau wish juga dekat whatsapp kan. Aduh buat susah-susah je kau ni", balas Zafirah.

"Tak susah pun lah. Ikhlas dari aku", Wati membalas.

"Yelah. Thank you so much", Zafirah meneruskan suapan.

"Wei, bos dah kahwin kan? Dengan qs dari department dia kan?", ujar seorang gadis dari belakang meja Zafirah. Zafirah dan Wati yang mendengar sekadar diam memasang telinga.

"Haah. Penuh notification dari whatsapp group company haritu. Aku ingatkan company runtuh ke apa, rupanya bos kahwin", balas rakannya.

"Diorang berapa orang?", Zafirah berkata perlahan kepada Wati yang berada di hadapannya.

"4", Wati menunjukkan 4 jarinya. Segera Zafirah mengangguk.

"Tapi bukan ke kalau dah kahwin tak boleh satu department? Macam mana diorang boleh sekali?", suara lain pula kedengaran.

"Dah ada lah job advertisement dekat website company. Aku baca tadi interview session lagi 2 bulan. Maybe sebab nak complete kan projek dekat Kedah dulu kot", terang rakan mereka yang senyap dari tadi.

CRUSH, I LOVE YOU!Where stories live. Discover now