Bab 5

89 4 0
                                    

"Hambarnya life aku sekarang. Kerja pun takde, baik aku tak payah pergi office kalau macam ni. Baru sehari dah rasa macam setahun. Ngantuk pulak tu", bebel Zarifah seorang diri sambil membelek buku nota yang berada di hadapannya.

"Erm baik aku pergi tengok pantri. Nasib baik bawa nescafe 3in1 ni. Kalau tak, mahu tertidur aku ni", Zafirah mula bangun dari duduknya lalu dia bergerak ke arah pantri yang sedang kosong.

Di tingkat 16, dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu setiap bilik yang menempatkan seorang pekerja, bilik mesyuarat, pantri dan juga surau. Manakala kerani duduk di bahagian hadapan pejabat. Kerani yang bekerja di situ merupakan seorang wanita yang berumur dalam lingkungan 30 tahun. Tidak sempat lagi untuk Zafirah berkenalan dengannya kerana kerani itu kelihatan seperti sibuk benar.

Sedang Zafirah membuka packet nescafe itu, dia disapa oleh seorang lelaki muda yang mungkin sebaya seperti Farhan.

"Hai. Qs baru eh?", tanya lelaki itu. Zafirah hanya memandang sekilas lalu dia mula menjawab pertanyaan lelaki itu.

"Haah. Saya qs baru dekat sini",

"Ouh, let me introduce myself. Saya Rizqi M&E (mechanical and electrical) engineer dekat sini. Whats your name?", tanya Rizqi. Dia sudah mula berminat untuk mengenali gadis di hadapannya.

"Ouh. Nice to know u. Im Zafirah", jawab Zafirah sambil menekan butang air panas yang disediakan.

'Dia main tarik tali pula. Ni yang aku suka ni. Dah lah cantik', desis hati Rizqi.

"So awak single ke married?", jujur Rizqi bertanya.

'Dia ni dah kenapa tanya soalan macam tu?sibuk je hal aku', desis Zafirah geram.

"Do I.....",

"Zafirah, ikut saya ke bilik kejap. Ada task saya nak bagi" Ammar memotong percakapan Zafirah dari luar pantri lalu dia mula beredar.

'Thank you Allah. Kau selamatkan aku',

"Eh jawablah soalan saya dulu", pinta Rizqi.

"Got to go. Bye", cepat-cepat Zafirah keluar dari pantri sambil membawa airnya yang berada di dalam gelas kaca. Sempat dia singgah ke biliknya untuk meletakkan gelas itu lalu dia mencapai buku nota dan sebatang pen. Dia mempercepatkan langkahnya ke bilik Ammar.

Tokkk tokkk tokkk..

"Masuk", arah Ammar.

"Yaa encik Ammar. Nak bagi task apa dekat saya?", tanya Zafirah sambil berdiri.

"Aku nak bagi speech ni. Boleh patah kaki kau kalau tak duduk", perli Ammar.

"Hahahaha yelah. Saya duduk eh", Zafirah meminta kebenaran lalu dia terus duduk.

"Bos ada sent email dekat aku. Dia kata Rabu ni ada client nak cooperate dengan kita. Dia suruh kau get ready untuk persuade client tu supaya diorang buat kontrak dengan kita", ujar Ammar panjang lebar.

"Okay baik encik Ammar. Nanti saya study balik. Thank you", kata Zafirah sambil tangannya ligat menulis nota yang dipesan oleh Ammar.

"One more thing. Kau jangan rapat sangat dengan si Rizqi. Dia tu playboy. Aku risau kau terjatuh dekat tangan dia nanti", pesan Ammar.

"'Memang dia nampak macam playboy pun. Nasib baik awak panggil saya tadi, ada ke patut dia tanya saya single ke married. Dah lah baru kenal", cerita Zafirah. Geram hatinya apabila mengingati peristiwa itu kembali.

"Sebab tulah aku panggil kau tadi. Aku tahu dia nak ayat kau. By the way kau single ke dah berpunya hahahaha", usik Ammar.

"Thank you tau. Soalan ni wajib jawab ke hahahaha? Tengok rupa lah, siapa lah yang nak dekat saya ni", Zafirah merendah diri.

CRUSH, I LOVE YOU!Where stories live. Discover now