"Hai peonies. Sihat ke harini?makin mekar ehh korang", ujar Zafirah sambil membelek beberapa kuntum bunga peony yang diletakkan di dalam vase. Memang menjadi kebiasaannya untuk membelek bunga itu sebelum dia ke tempat kerja. Setelah dia puas, barulah dia bersiap.
"Kenapa aku rasa macam excited sangat hari ni?",
"Ehh lagu favourite", Zafirah berkata sambil menguatkan volume radionya sewaktu dia sedang memandu.
"Aku suka dia, tapi ku tak tahu untuk bilang kepadanya, kalau aku suka jatuh cinta kepadanya. Dia cinta yang pertama, dia yang bisah membuatku, merasa deg degan, berdebar di dada, diam saat mengingatkannya. Bulan tolong katakan, bintang tolong bisikkan kepada dirinya, kalau aku mau jadi kekasihnya", Zafirah menghayati lirik lagu itu dengan penuh perasaan.
"Hai Zafirah. Jomlah naik office sekali", tegur Rizqi sewaktu dia melihat Zafirah bergerak ke arah lif.
"Haa yelah", Zafirah hanya mengiakan sahaja kata-kata Rizqi. Lagipun dia tidak mampu untuk menaiki tangga. Mahu pengsan ketika berada di tingkat 10.
Sewaktu mereka berdua memasuki lif, sempat Rizqi menahan pintu agar seorang lelaki sempat berada di dalam lif bersama mereka. Zafirah sedaya upaya cuba mengecam lelaki yang memakai kaca mata hitam berjenama rayban sambil membawa briefcase. Lelaki itu juga seperti terkejut melihat Zafirah.
"Selamat pagi bos", teguran Rizqi mematikan lamunan Zafirah dan Farhan.
'Omg. He is Farhan. Macam mana aku boleh tak perasan? Jantung aku dah macam lari marathon je ni', Zafirah bermonolog sendirian.
"Selamat pagi Rizqi", Farhan berdehem sebelum dia membalas sapaan Rizqi sambil membetulkan tie nya lalu dia bergerak ke arah belakang mereka.
'Tak guna ammar. Patutlah berahsia dengan aku. Jangan kata Ammar dah dapat dia. Haishh damn it', desis Farhan sambil menahan geram terhadap Ammar.
"Aaa Zafirah. Awak free tak time lunch nanti? Jomlah lunch sekali", bisik Rizqi kepada Zafirah sambil dia cuba merapatkan kedudukannya dengan Zafirah. Farhan yang berada di belakang mereka sudah panas hatinya.
Kemudian Zafirah menjarakkan sedikit kedudukannya lalu dia berkata "Im not sure. Rasanya saya busy sebab harini ada client nak survey projek dengan kita. Sorry", Zafirah mula tunduk.
Zafirah tidak pasti sama ada office mereka yang tinggi atau lif yang bergerak terlalu perlahan. Sungguh dia tidak selesa untuk berada bersama Rizqi sambil diperhatikan oleh Farhan walaupun dia tahu Farhan pasti tidak peduli.
'Mamat ni, lebih-lebih pulak dengan Zafirah. Aku perhati je. Ada juga tangan yang naik ke muka dia ni karang', desis Farhan geram.
"Maybe next time?", Rizqi cuba memujuk lagi.
"In shaa Allah", segera Zafirah keluar daripada lif tanpa menoleh ke belakang apabila mereka sampai ke tingkat 16.
"Boleh jadi gila aku dengan Rizqi ni", bebel Zafirah seorang diri sewaktu dia masuk ke bilik kerjanya. Sempat dia mencuri pandang ke arah Farhan yang baru masuk ke bilik kerjanya.
"Alahai cermin ni pun. Tak boleh ke buat translucent. Kalau setiap hari tengok muka dia dari cermin ni macam mana nak move on", Zafirah mengeluarkan alatan kerjanya. Padahal kerja tidak ada lagi.
"Ammar, masuk bilik aku kejap", ujar Farhan dari interkom.
Matanya sempat melilau ke arah Zafirah yang dilihatnya sedang teliti menulis sesuatu dari balik cermin. Selalunya dia pasti akan menutup kaca tingkapnya dengan langsir yang telah digantung apabila dia sampai ke bilik kerjanya. Kali ini dia tidak mahu langsung mengusik langsir yang terikat elok itu. Kerap kali mereka bertemu mata sehingga kadang kala Farhan terpaksa membuat muka sombong kepada Zafirah agar tindak tanduknya tidak dikesan oleh gadis itu.