Bab 36

41 3 0
                                    

"Eh Zaf. Awalnya turun. Mama tak buat lagi breakfast", ujar ibu mertua Zafirah ketika dia melihat Zafirah menuruni tangga. Saudara mara Farhan semua sudah pulang ke rumah memandangkan hari ini hari Isnin. Farah pula telah pulang ke universiti dengan menaiki bas pada tempoh hari.

"Zaf nak tolong mama masak", balas Zafirah sambil tersenyum pada mama.

"Haa jom lah. Boleh kita sembang-sembang", mama menarik lengan Zafirah lalu bergerak ke dapur.

"Paan buat apa? Tidur balik ke?",

"Eh takdelah mama. Dia tengah mandi. Zaf buat air nescafe tau mama", Zafirah mula mengeluarkan teko untuk membancuh air.

"Haa boleh boleh. Papa dengan Paan sama je perangai. Tak suka minum teh. Kalau tak minum nescafe minum susu", cerita mama.

"Bapak borek anak rintik kan", Zafirah ketawa.

"Tulah. Memang perangai papa menurun sangat dekat si Paan tu", ujar mama lagi sambil berlalu ke arah peti sejuk.

"Zaf tolong toast kan roti dekat atas meja. Toaster dekat dalam kabinet hujung tu", mama menunjuk ke arah kabinet yang tergantung di dinding.

"Okay mama", Zafirah menurut kata mama.

"Mama. Selalu kalau breakfast memang tak ambil heavy meal eh?", tanya Zafirah perlahan.

"Haah. Mama cuba juga buat nasi goreng, mee goreng tapi papa dengan Paan tak makan. Diorang minum je lepastu terus hilang", mama mula duduk di meja makan sambil memerhatikan menantunya membuat kerja.

"Lepastu mama dengan Farah lah yang kena habiskan semua tu", Zafirah ketawa.

"Haa lah. Nasib baik mama masak sikit je tau", Zafirah sekadar tersenyum sambil meletakkan pinggan roti yang telah di bakar di atas meja.

"Eh korang dah plan ke nak pergi honeymoon dekat mana? Bila nak pergi?", tanya mama. Segan pula Zafirah mendengar pertanyaan ibu mertuanya.

"Takde plan pun mama. Lusa dah nak masuk office. Banyak kerja yang dah tunggu", jawab Zafirah jujur.

"Haih. Kerja kerja juga. Jangan sampai takde masa nak rehat tau", nasihat mama.

"Okay mama. Don't worry", Zafirah bergerak ke sinki untuk membasuh tangan.

"Haa yelah. Mama nak pergi panggil papa kejap. Dia tengah exercise dekat luar", Zafirah mengangguk ke arah mama sebelum mama mula keluar dari ruang dapur.

Kemudian Zafirah mula bergerak ke arah kabinet untuk menyimpan alat pembakar roti sebelum dia merasakan dirinya dipegang dari belakang dan orang itu pastinya Farhan. Farhan membantu Zafirah menyimpan alat pembakar roti itu kerana kasihan melihat Zafirah yang terpaksa berjongket sedikit. Setelah Farhan membantunya, segera Zafirah memusingkan badannya menghadap Farhan.

"Thank you", Zafirah senyum kepada Farhan. Tangan Farhan mula menjalar di pinggangnya.

"Sampai hati sayang turun tak bagitahu abang. Jenuh abang cari dekat atas", Farhan seperti merajuk dengan isterinya.

"Ira dah bagitahu eh. Abang yang tak dengar", Zafirah memicit pipi suaminya perlahan. Tersenyum Farhan melihat perlakuan isterinya. Makin lama Zafirah merasakan dirinya mula manja dengan Farhan.

"Okay lah. Where's my morning wish?", Farhan memandang Zafirah.

"Harini takde. Sebab semalam abang tak teman Ira tidur", Zafirah pula seakan merajuk. Tangannya diturunkan dari muka Farhan. Dia memandang ke arah lain.

"Alah sorry lah sayang. Semalam abang kena tazkirah dengan papa. Pukul 2 baru habis. Itu pun sebab abang menguap depan papa banyak kali", tangan Farhan mengusap kepala Zafirah.

CRUSH, I LOVE YOU!Where stories live. Discover now