"Alhamdulillah kita dah sampai", ujar Farhan setelah dia memarkirkan keretanya di hadapan rumah neneknya.
"Alhamdulillah. Ni ke rumah opah bos? Cantiknya. Keliling sawah pulak tu", puji Zafirah lalu dia keluar dari kereta sambil memandang sekeliling.
"Papa saya yang decorated rumah ni. Nanti kita jalan-jalan sekeliling sawah ni eh", ujar Farhan sambil mendekati bonet kereta.
"Ouh patutlah cantik. Boleh boleh", Zafirah mengangguk lalu dia mula mengangkat begnya keluar dari bonet. Nasib baik begnya tidak berat. Kemudian dia mengikuti langkah Farhan yang sudah memberi salam. Terkedek-kedek seorang nenek mendekati pintu.
"Waalaikumussalam sampai pun cucu opah ni. Cu ni nama siapa?", tanya opah setelah Zafirah bersalam dengannya.
"Zafirah, opah. Panggil Zaf pun boleh", jawab Zafirah sambil tersenyum manis.
"Nama cantik, macam tuannya. Kawan Farhan kan?", tanya opah lagi.
"Ehh takdelah opah. Encik Farhan ni bos saya", jawab Zafirah.
"Bakal cucu menantu opah", bisik Farhan di telinga opah.
"Galak hang ni Farhan", opah menolak lembut kepala Farhan. Tergelak Zafirah melihat telatah mereka walaupun dia tidak tahu apa yang dibisik oleh Farhan.
"Meh naik Zaf. Buat apa dok dekat tangga jaa", ajak Opah sambil memimpin tangan Zafirah.
"Opah, Farhan ni opah tak ajak pulak eh. Farhan cucu opah tau", rajuk Farhan.
"Alah hang ni Farhan, tak padan dengan tua nak merajuk. Meh naik sekali", ujar opah sambil menarik tangan Farhan juga. Kemudian opah menujukkan bilik untuk Zafirah sebelum opah mula ke dapur.
Setelah Zafirah meletakkan begnya di dalam bilik tamu, segera dia bergerak ke dapur untuk menolong nenek Farhan menyediakan hidangan buat mereka.
"Eh Zaf duduk depan lah. Opah boleh buat ni. Tetamu mana boleh buat kerja rumah", bebel opah setelah dia melihat Zafirah membantunya.
"Alah takpelah opah. Zaf boleh je tolong opah", balas Zafirah sambil tangannya ligat menyediakan pinggan dan gelas.
"Opah tinggal dengan siapa dekat rumah ni?", tanya Zafirah.
"Dengan atuk. Atuk pergi sawah dari pagi lagi. Dia tu kalau dapat buat kerja, memang lupa jalan balik", seloroh opah.
"Ouh. Dahtu, atuk balik tak makan tengahari nanti?",
"Balik. Sat lagi sampai lah tu. Zaf pergi tolong panggil Farhan sat. Ajak dia makan sekali",
"Haa? Zaf panggilkan? Bilik Farhan dekat mana opah?", tanya Zafirah seperti risau benar.
"Haa lah. Opah nak pergi panggil atuk sat. Dia tak tahu hangpa dah mai. Bilik Farhan depan bilik Zaf jaa", ujar opah lalu dia mencapai tuala untuk menutup kepalanya dan berlalu keluar.
'Takkan aku yang nak panggil bos pula', desis Zafirah. Dia berkira-kira untuk mengetuk pintu bilik Farhan. Tangannya sudah diangkat untuk mengetuk pintu bilik Farhan. Tiba-tiba pintu dibuka dari dalam.
"Aahhhhhhhhhhh", jerita Farhan dan Zafirah serentak.
Farhan membuka pintu dengan hanya bertuala dari paras pinggang hingga bawah lutut sahaja. Terkejut Zafirah melihatnya. Segera Zafirah menoleh ke arah lain dan Farhan menutup pintu biliknya.
'Adui macam mana aku boleh lupa si Zafirah ni ada dekat rumah opah. Belum kahwin lagi dah nampak abs aku', desis Farhan sambil mengetuk perlahan kepalanya. Segera dia memakai tshirt semula.
"Ish bos ni. Kenapalah dia pakai towel je? Aku pulak yang malu", bebel Zafirah seorang diri. Merah mukanya akibat malu.
"Haa Zaf. Dah panggil kaa Farhan? Awat dia tak keluaq lagi?", tanya opah setelah dia masuk ke dalam rumah bersama atuk. Zafirah sekadar tersenyum dan menunduk tanda hormat kepada atuk.