Bab 14

85 5 0
                                    

"Zaf, datang bilik aku kejap", ujar Ammar dari interkom setelah dia melihat Zafirah memasuki bilik kerjanya. Segera Zafirah bergerak ke arah bilik Ammar.

"Haa Ammar. Ada apa panggil aku ni", ujar Zafirah setelah dia memasuki bilik Ammar. Terus dia duduk di hadapan kerusi Ammar.

"Aku nak tanya kau something ni", Ammar diam seketika.

"Tanya jelah. Sejak bila kau sopan ni?", gurau Zafirah.

"Kau suka Paan eh?", tanya Ammar jujur.

"Dah kenapa tiba-tiba tanya ni? Dia kan dah nak tunang", jawab Zafirah pelik.

"Sajalah tanya. Dia dah nak bertunang dengan si Ziha tu. Aku tak suka doh perempuan tu. Perangai macam apa lagi", luah Ammar.

"Wei. Kalau bos dengar ni, masak lah kau. Kau tu dah lah kawan baik dia. Tak baik ah kau ni", Zafirah berkata perlahan kerana takut didengari Farhan.

"Aku luahkan dekat kau ni. Lagipun Paan bukannya suka sangat dekat si Ziha tu", ujar Ammar.

"What do you meant by bukannya suka sangat pun? Diorang dah nak tunang kot", balas Zafirah pelik.

"Dia kata si Ziha tu terlalu kongkong hidup dia. Dia jadi rimas, nak tinggal kesian sebab si Ziha tu macam psycho orangnya", jawab Ammar.

"Lagipun si Farhan tu ada crush tapi dia takut nak bagitahu dekat orang yang dia suka tu", tambah Ammar lagi.

"Wei siapa crush dia doh. Nak tahu, please", pujuk Zafirah. Sungguh dia mahu tahu siapa yang telah menawan hati Farhan itu.

"Nak tahu siapa crush dia? Jeng jeng jeng", Ammar berteka-teki.

"Wei sengal. Tak payah nak jeng jeng jeng sangatlah. Straight to the point jelah", marah Zafirah.

"Yang kau nak tahu sangat kenapa? Hahahaha mana boleh bagitahu. Nanti ada orang perasan", Ammar ketawa seorang diri.

"Wei, kita berdua je tau dalam bilik kau ni. Siapa yang nak perasan kalau bos suka dia pun", kata Zafirah geram.

"Okay aku bagi hint lah sikit. Nama dia bermula dengan Nur", kata Ammar.

"Eii lantak kau lah Ammar. Biarlah dia nak suka siapa pun. Takde kena mengena dengan aku. By the way, sebab ni je ke kau nak jumpa aku?", Zafirah mula mengingati tujuannya datang ke bilik Ammar.

"Kau ni, takkan lah takde langsung perasaan dekat Paan? Mana tahu dia pun suka kau ke",

"Eeii kau ni kenapa? Cepat bagitahu ada apa nak jumpa aku ni?", paksa Zafirah.

Zafirah takut jika Farhan nampak mereka bersembang ketika kerja. Sudahlah seminggu lebih dia tidak bercakap dengan Farhan. Dia pun tidak tahu mengapa. Zafirah menganggap bahawa mungkin Farhan mahu menjaga hubungannya bersama Naziha.

"Pasal tu je aku nak cakap. Fikir-fikirkan lah apa yang aku cakap tadi tu", kata Ammar.

"Aku dah lupa dah apa yang kau cakap dan aku tak kisah pun. Bye Am. Jumpa time lunch nanti okies", segera Zafirah bergerak ke bilik kerjanya semula.

'Siapalah yang si Farhan tu suka agaknya eh? Untungnya jadi perempuan tu', desis Zafirah. Dia malas untuk berharap lagi pada Farhan.

Kemudian Zafirah mula menyambung kerjanya yang terbengkalai akibat dipanggil oleh Ammar. Tekun dia membuat kerja sehingga tidak sedar waktu makan tengah hari telah tiba.

"Zaf, jom lunch sama-sama. Aku dah lapar ni", ujar Ammar setelah dia membuka pintu bilik Zafirah.

"Okay Am. Kau gerak dulu. Aku nak kemas barang kejap", balas Zafirah sambil tangannya ligat mengemas mejanya yang sedikit berselerak akibat dia mengira item untuk projek di Kedah.

CRUSH, I LOVE YOU!Where stories live. Discover now