"Ehh Farhan, kenapa duduk dekat sini je? Kenapa tak masuk dalam?", tanya papa Zafirah yang melihat Farhan sedang duduk di bangku di halaman rumahnya sambil bermain telefon. Nasib baik ada kipas di siling halaman. Ibu bapa Zafirah baru sahaja pulang dari dewan.
"Haah. Kenapa tak duduk dekat dalam?", tanya mama pula sewaktu dia melihat Farhan mula bangun menyambut mereka.
"Farhan segan lah nak duduk dekat dalam. Tak tahu nak sembang dengan siapa", Farhan mengurut lehernya.
"Lah. Kenapa tak rehat dekat bilik? Zaf mana?", tanya mama lagi. Rasa bersalah pula dengan menantunya itu.
"Zafirah dekat bilik rasanya. Masa sampai tadi, Farhan pergi solat dekat bilik surau, Zaf naik tingkat atas", ujar Farhan.
"Bertuah punya budak. Ada ke dia biar suami dia terkontang-kanting dekat bawah ni. Pergi ambil beg. Mama tunjukkan bilik dekat atas", mama menepuk dahi.
"Eh takde apa lah mama. Zafirah pun rushing naik tadi. Takut tak sempat nak solat. Kejap Farhan pergi dekat kereta", segera Farhan bergerak ke arah kereta di halaman rumah.
"Tengoklah anak abang tu. Boleh pulak dia biarkan suami dia macam tu", rungut mama apabila Farhan mula ke arah kereta.
"Eh abang pulak yang kena. Diorang kan baru lepas majlis. Mestilah rasa janggal", ujar papa.
"Nasib baik kita balik awal, kalau kita balik malam, agaknya tertidur si Farhan dekat sini", mama menggeleng kepalanya perlahan. Risau benar dia dengan menantunya yang seorang itu.
"Haa jom Farhan. Abang pergilah rehat dulu", mama mengajak Farhan masuk ke rumah apabila Farhan datang ke arahnya.
"Haa yelah", papa menepuk perlahan bahu Farhan sebelum dia turut masuk ke rumah. Farhan sekadar tersenyum ke arah saudara mara Zafirah yang menonton televisyen di ruang tamu sebelum mereka mula naik ke tingkat atas.
Tokkk...tokkk...tokkk
"Zaf, buka pintu ni nak oii", ujar mama dari luar pintu Zafirah.
"Ehh mama dah...", terkejut Zafirah apabila melihat Farhan di sebelah mamanya apabila dia membuka pintu. Segera dia menutup rambutnya dengan tuala yang berada di tangan. Tertawa kecil Farhan melihat perlakuan Zafirah.
"Haa kenapa tutup kepala tu? Zaf lupa ke Zaf dah berkahwin? Kenapa biarkan suami Zaf ni dekat bawah sorang-sorang?", bertubi-tubi soalan keluar daripada mulut mamanya.
"Ehhh. Sorry sorry sorry. Jom saya tunjuk bilik awak", segera Zafirah keluar daripada bilik dengan tuala yang menutupi rambutnya.
"Lah. Farhan kan suami Zaf, jadi bilik ni bilik dia juga lah", mama menepuk lengan Zafirah.
"Eh takpelah mama. Maybe Zaf tak selesa lagi nak berkongsi bilik. Ada lagi ke bilik kosong?", kesian Farhan melihat Zafirah yang ditegur mamanya.
"Takde maknanya. Korang tu dah berkahwin. Lagipun bilik kosong takde. Saudara yang lain dah cop awal-awal dah", bebel mama sambil memandang Zafirah.
"Kalau macam tu takpelah. Farhan...",
"Ehh takpe takpe. Bilik ni ada kosong. Masuklah. Mama pergi rehat-rehat yaa dekat bilik. Kesian mama penat harini", Zafirah memotong percakapan Farhan.
"Haih. Zaf Zaf. Kena banyak belajar lagi ilmu rumah tangga ni", mama menggeleng kepala lalu dia mula menuruni tangga untuk ke biliknya yang berada di tingkat bawah.
Segera Zafirah menarik lengan Farhan yang masih berbalut dengan kemeja untuk masuk ke bilik. Laju sahaja dia mengunci pintu biliknya. Kemudian dia mengambil beg baju Farhan dan diletakkan di atas katilnya sebelum dia berdiri di hadapan Farhan.