"Welcome to this site", ujar Sarah setelah melihat Zafirah dan Farhan keluar daripada kereta. Setelah bersalaman dengan Zafirah, Sarah menghulurkan tangan kepada Farhan tetapi Farhan sekadar mengangguk tanda hormat sahaja. Sudah berubah mungkin. Kemudian mereka mula memasuki tapak pembinaan yang sudah dipasang hoarding di sekeliling tapak bina.
"So based on our survey and some research that we have done, dalam 100 meter di hadapan ada IPT dan kawasan perumahan dan hanya ada Giant supermarket dalam 1 km dari sini. Most of the residents memang recommend untuk buat mall dekat sini", terang Sarah kepada mereka. Zafirah sekadar mengangguk tanda memahami penerangan Sarah.
"So far, tanah dekat sini okay ke? Dah try bawa jentera masuk? Risau kalau tanah tak kukuh, and kami guna piling je memang collapse mall tu nanti", kata Farhan sambil memandang sekeliling.
"Jangan risau Encik Farhan. Kami dah cuba bawa masuk crane, excavator and bulldozer. Memang tanah tak mendap", jawab Sarah. Kemudian Zafirah mula berjalan mengelilingi kawasan tapak bina tersebut.
"Bos, kalau Cik Sarah cakap macam tu, kita dah boleh buat asas tapak lah kan?", tanya Zafirah setelah dia mendekati Farhan. Dia menukar nama panggilan Farhan kepada bos kerana sekarang adalah waktu kerja. Zafirah cuba untuk bersikap profesional.
"Yup. Next week Monday dah boleh lah kami buat asas tapak dulu", ujar Farhan kepada Sarah.
"Okay kalau macam tu, Encik Farhan tolong sign agreement ni", Sarah memberikan beberapa helai kertas kepada Farhan. Segera Farhan menyelak dan baca satu persatu isi dari surat perjanjian itu. Walaupun kandungannya sama seperti surat sebelum ini, dia tetap mengambil langkah berjaga-jaga. Setelah berpuas hati, barulah dia menandatangani perjanjian tersebut.
"Okay dah settle. Terima kasih ye Encik Farhan dan Cik Zafirah. Semoga berjumpa lagi", kata Sarah kepada mereka. Mereka juga turut mengucapkan terima kasih kepada Sarah kerana meluangkan masa bersama mereka.
Kemudian Zafirah mula mengikuti langkah Farhan ke arah kereta. Senyap sunyi sahaja suasana di dalam kereta ketika Farhan sedang memandu.
"Awak, ada orang call", ujar Zafirah setelah dia melihat iphone milik Farhan yang diletakkan di ruang kosong bersebelahannya bercahaya dan terdapat nama pemanggil pada skrin.
"Siapa? Cuba tengokkan", ujar Farhan yang sedang tekun memandu.
"Aaa Naziha lepastu ada love", jawab Zafirah jujur. Walhal hatinya sudah sakit melihat nama itu. Setelah mendengar nama yang disebut oleh Zafirah, segera Farhan mengenakan airpods pada telinganya sebelum dia mula menjawab panggilan tersebut.
"Hello. Ye sayang. I miss u too. I baru balik dari site visit ni. Esok I balik okay. Pergi dengan qs I. Lah, buat apa I nak suka dia? I kan dah ada U",
Zafirah yang berada di tempat penumpang berpura-pura menutup mata seperti tidur padahal telinganya dapat menangkap perbualan antara Farhan dan Naziha. Sungguh hatinya kecewa pada saat ini. Hampir saja air matanya menitis tetapi dia cuba menahan. Dia harus sedar siapa dirinya. Dia tidak mahu digelar perampas tetapi dia amat menyukai lelaki itu.
"Dont worry okay? Haa? Daddy suruh merisik U? Tunggu I balik KL dulu. We'll discuss later. Nanti I suruh parents I datang rumah U. Tunang bulan 7? Tengoklah dulu macam mana. I tengah drive ni. I'll call U back. Yaaa I love u too", Farhan menamatkan panggilan daripada Naziha.
"Zafirah, Zafirah. Cepat betul dia ni tidur", ujar Farhan setelah Zafirah tidak menyahut panggilannya. Zafirah dengar Farhan memanggil namanya tetapi dia tidak mampu untuk memandang Farhan kerana dia takut air matanya mengalir.
'Tunang? 2 months from now. Kenapa aku kecewa sangat ni', desis Zafirah kesedihan.
Setelah sampai di halaman rumah opah, segera Zafirah membuka pintu kereta dan bergerak keluar dari kereta.