"Mama, papa. Zaf pergi dulu tau. Jangan rindu-rindu. Hehehe", ujar Zafirah sambil menyalam kedua orang tuanya.
"Haa jaga diri Zaf, anak kami seorang ni. Kalau ngantuk, berhenti dulu dekat rnr tau", pesan mama.
"Yaa mama. Zaf dah bawa banyak stock gula-gula ni. Jangan risau okay. Zaf pergi dulu tau. Mama dengan papa jaga diri tau. Nanti sampai mana-mana, Zaf bagitahu", Zaf berjalan menuju ke arah kereta miliknya lalu dia mula memandu keluar.
Setelah 20 minit memandu, akhirnya Zafirah sampai di company tempat sepatutnya mereka berkumpul. Setelah Zafirah keluar daripada keretanya, dia melihat Farhan tersenyum manis memandangnya.
'Adui macam mana boleh matching pula baju aku dengan dia ni', desis Zafirah di dalam hatinya sambil melihat blouse bewarna nude yang dipakainya.
"Oi Zaf. Menung apa haa?", Ammar mengejutkan Zafirah.
"Ammar. Sengal lah kau ni. Terkejut aku", Zafirah memarahi Ammar yang berjalan ke arahnya.
"Takdelah. Aku panggil kau dari sana tadi kau tak dengar. Tu yang aku datang sini. Kau menung apa?", Ammar berdiri di sebelah Zafirah.
"Ye ke wei. Sorry doh, aku tak dengar. Mana ada menung. Terlelap je hahahaha", Zafirah bergurau. Matanya kadang-kadang melirik ke arah Farhan yang sedang rancak bersembang dengan staf yang lain.
"Lelap acik kau. Takkan tengah berdiri pun boleh terlelap. Jom lah pergi dekat Paan. Dia nak briefing sikit", Ammar mula bergerak ke arah Farhan sambil Zafirah mengikutnya dari belakang.
"Semua dah ada kan? Okay, kalau boleh saya nak kita bawa 10 buah kereta sahaja sebab saya dapat call dari owner resort, parking terhad sebab ada construction dekat situ. So, kita semua kena bertolak ansur, boleh kan?", terang Farhan kepada semua staf yang berada di hadapannya.
Ketika semua staf sedang berbincang sesama sendiri, Farhan mendekati Zafirah yang kelihatan sedang bersama dengan beberapa orang staf yang lain.
"Zafirah, sini kejap", Farhan memanggilnya lalu dia menjauhi staf yang berada bersama Zafirah. Zafirah mula mengikuti langkah Farhan.
"Kenapa bos? Ada apa-apa yang tak kena ke?", tanya Zafirah pelik.
"Awak naik kereta dengan saya eh? Saya kena ada kawan sembang dalam kereta. Nanti ngantuk", ujar Farhan sambil tangannya memeluk tubuh.
"Tapi bos, saya dah cakap dekat Wati yang saya naik kereta dengan dia", jawab Zafirah sambil memandang ke arah kawan-kawannya yang baru dikenali sebentar tadi.
"Alah awak ni. Diorang kan ada 3 orang tu. Takpe kalau awak takde pun. Ringan sikit kereta diorang", Farhan mengusik Zafirah. Zafirah hanya menjeling tajam ke arah Farhan.
"Tapi bos, Ammar kan ada", kata Zafirah.
"Takde takde. Saya suruh dia drive sendiri. Lagipun dia nak bawa gf dia. Awak lupa ke dia dah ada gf. Dah, biar saya cakap dekat diorang yang awak pergi dengan saya", tegas Farhan kemudian dia mula mendekati Wati yang bersama dengan Zafirah sebentar tadi.
"Tapi bos..", Zafirah menghentak kakinya tanda protes.
"Haa hentak lah kaki tu. Biar collapse company ni", Farhan tidak mengendahkan Zafirah.
"Eeii annoying lah bos ni. Mentang-mentang dia bos, senang-senang je arah aku itu ini", Zafirah marah dengan suara perlahan ketika melihat Farhan bercakap dengan Wati.
Kemudian Zafirah mula bergerak ke arah keretanya untuk mengeluarkan bagasi kecilnya. Dia turut mengeluarkan makanan dan air mineral yang dibawanya dari rumah.
"Ni je ke barang awak?", Farhan mula mendekati Zafirah yang sedang bersandar di keretanya sambil bermain dengan telefon.
"Hmmm", Zafirah tidak mengendahkan Farhan.