Bab 26

35 3 0
                                    

"Kalau bagitahu Adel ni, mesti dia terkejut. Haish", ujar Zafirah sendirian sambil berfikir-fikir untuk menelefon Adelia. Kemudian dia segera menekan butang call. Seketika kemudian terdengar suara Adel dari hujung talian.

"Hello Assalamualaikum cik Zafirah. Anda memerlukan khidmat guaman ke?hahaha", kedengaran suara Adel ketawa di hujung talian.

"Waalaikumussalam. Dia buat lawak, dia gelak sendiri. Amenda lah", jawab Zafirah.

"Ish kau ni. Support lah aku", rungut Adel.

"Wei Adel. Aku ada something nak bagitahu kau ni. Kau tengah makan ke?", ujar Zafirah takut-takut.

"Tak, aku tengah rehat je ni.Apa dia? Cepat bagitahu", Adel sedikit gelabah.

"Next month aku tunang. 6 haribulan. Kau datang tau", ujar Zafirah.

"What? Seriously? With Farhan? Wei congrats", Adel menjerit teruja di hujung talian.

"Yaa Allah. Sakit telinga aku Adelia. Yaaa seriouslah. Datang tau",

"Wei aku excited kot. Kawan baik aku dah nak bertunang. Mestilah aku datang. Wei, aku tak sabar tau tak?", jerit Adel lagi.

"Yaaa aku boleh dengar reaction kau yang tak sabar tu. Bawak bertenang ehh",

"Hehehe. Korang tunang berapa lama ni?", tanya Adel.

"Ermm sebulan je" kedengaran Adel sedikit menjerit dengan jawapan Zafirah.

"Omooo omooo omooo. Seriously? Aku yang tunang dulu tapi korang kahwin dulu eh. Baguslah Farhan tu. Nak halalkan cepat-cepat. Aku ni haa ambik kau. 5 bulan", rungut Adel.

"Hehehehe sorry eh Adel. Aku kahwin dulu. Alah 5 bulan tu tak lama lah. Korang pun masing-masing busy", Zafirah memujuk Adel.

"Takpe. Aku tak sabar dah ni nak makan nasi minyak korang",

"Banyak lah kau. Dah lah, pergi sambung rehat tu. Aku ada hal ni. Bye Assalamualaikum", ujar Zafirah sebelum dia mematikan talian mereka.

"Lagi 5 hari je lagi nak majlis. Barang apa semua tak beli lagi ni. Baik pergi harini", ujar Zafirah sendirian sebelum dia mula membersihkan diri dan bersiap untuk ke pasaraya berdekatan untuk membeli barang hantaran.

"Mama. Mama nak ikut tak Zaf pergi Aeon. Zaf ingat nak beli barang hantaran sikit lah", ujar Zafirah ketika dia melihat mama sedang menonton televisyen. Papa nya ke universiti untuk menghadiri mesyuarat bersama staf.

"Eh boleh. Jom. Kejap mama siap. Tanya dekat Farhan, berapa dulang diorang hantar", ujar mama sebelum dia memasuki biliknya untuk bersiap. Segera Zafirah mencapai telefonnya yang berada di dalam handbag untuk menghantar pesanan kepada Farhan.

Bos
Online

Assalamualaikum awak
Sorry ganggu
Awak hantar berapa dulang eh nanti?

Waalaikumussalam Ira
Eh takdelah. Saya tgh tngok chat dlm group je ni.
7 would be okay kan?

Ouh orait
Okay je
Tu je nak tanya
Bye

Sayang
Awak nak prgi beli brg hntaran dgn mama ke?
Take care tau❤️

Haah
Iyaa thank you ❤️

Most welcome sayang❤️❤️

Zafirah sekadar seen sahaja chat daripada Farhan setelah dia melihat mama nya keluar daripada bilik.

CRUSH, I LOVE YOU!Where stories live. Discover now