Bab 22

75 4 0
                                    

Tokkk..tokkk..tokkk..

Farhan mengetuk pintu bilik kerja Zafirah ketika dia melihat gadis itu tekun mengira item di lukisan saiz A1. Zafirah yang mendengar, segera mengangkat kepalanya dan membenarkan Farhan masuk.

"Banyak lagi ke kerja awak, Ira?", tanya Farhan setelah dia duduk di hadapan Zafirah yang sudah menyambung kerjanya ketika dia melihat Farhan masuk ke dalam bilik kerjanya.

"Tak banyak dah bos. Tinggal nak kira panjang longkang je. Semua by metre", terang Zafirah tanpa memandang Farhan sambil tangannya giat memegang pembaris dan mengukur diatas kertas.

"Tapi dah pukul 5.30 ni, awak taknak balik ke?", tanya Farhan lagi.

"Alah, kejap lah. Bos balik dulu eh?", ujar Zafirah sambil memandang Farhan seketika.

"Nope. Saya nak tunggu awak. Awak ingat saya nak biar girlfriend saya duduk sini sorang-sorang dengan si Rizqi tu?", balas Farhan bernada cemburu.

"Lah, dia tak balik lagi ke? Kalau macam tu, kejap saya nak kemas barang", kata Zafirah sambil tangannya ligat memasukkan alat tulis ke dalam kotak pensel.

"Eh its okay. Awak kira dulu, saya teman awak", ujar Farhan lembut.

"Okay kejap eh. 15 minutes only", Zafirah membuat pengiraan untuk kerjanya semula.

"By the way, parents awak dah tahu ke pasal kita?", tanya Farhan sambil matanya tidak jemu memandang Zafirah yang sangat tekun melakukan kerja.

"Of course lah dah tahu. Saya dah cerita time kita balik daripada Terengganu haritu. Parents saya cakap, bila-bila nanti jemputlah family awak datang rumah kami", jawab Zafirah sambil memandang Farhan.

"Parents awak dah restu lah kan. Yesss. Nanti saya bagitahu mama dengan papa", ujar Farhan teruja.

"Excited pulak dia. Dah lah. Jangan kacau saya. Dah lari dah kiraan ni", marah Zafirah.

"Eleh, dia yang tak fokus, cakap orang pulak kacau dia", Farhan ketawa perlahan.

"Bos. Jangan lah kacau. Isshhh lahh", jeling Zafirah pada Farhan.

"Comel lah awak ni. Tak sabar lah nak kahwin. Nak picit-picit pipi awak kalau awak marah", Farhan ketawa lagi.

"650.40 metre", ujar Zafirah kuat sedikit seperti tidak mahu melayan Farhan sambil tangannya giat menulis jumlah kiraan di atas buku notanya.

"Dah siap", segera Zafirah mengemas alatan dan barang-barang yang berada di atas mejanya. Farhan juga turut membantu Zafirah menggulung lukisan bersaiz A1 lalu dia letakkan di atas meja Zafirah. Zafirah segera menutup suis lampu dan penghawa dingin di bilik kerjanya setelah mejanya dikemas rapi.

"Thank you bos", ujar Zafirah ketika mereka mula keluar daripada bilik kerja Zafirah.

"My pleasure sayang", Zafirah yang mendengar sekadar menggeleng kepala sambil kakinya melangkah arah lif.

"Esok saya ambil awak pukul 10 pagi eh", ujar Farhan setelah mereka masuk ke dalam lif.

"Alah, send je location, nanti saya pergilah sendiri. Kesian dekat awak nak kena ambil and hantar saya pulak", rungut Zafirah. Apabila keluar daripada pejabat mereka, automatik di akan menukar nama panggilan Farhan daripada bos kepada panggilan informal.

"Ish awak ni. Biarlah saya nak ambil. Lagipun boleh saya jumpa parents awak and minta permission nak bawa awak keluar jumpa parents saya", terang Farhan.

"Yelah yelah. As you wish", Zafirah malas mahu bertekak dengan Farhan. Dia tahu bahawa dia tidak akan menang jika berlawan kata dengan Farhan.

"Haa macam ni lah good girl", kata Farhan lembut sambil memandang Zafirah.

CRUSH, I LOVE YOU!Where stories live. Discover now