Bab 1

234 5 0
                                    

Hari ini merupakan hari konvokesyen buat pelajar degree di UKM. Penuh satu universiti dengan kehadiran keluarga pelajar yang berjaya menggenggam segulung ijazah.

"Tak sangka kita dah grad wei. Alhamdulillah", ujar Zafirah kepada rakannya Nur Adelia atau nama singkatan namanya adalah Adel dengan perasaan teruja semasa mereka sedang menunggu majlis bermula. Sempat mereka berjumpa dengan keluarga sebelum memasuki dewan tersebut.

"Tulah. Alhamdulillah, eventhough CGPA aku tak tinggi macam kau, aku still bersyukur lah", balas Adel.

"Eleh berapa je pun beza. Kau tu course law, aku ni course quantity surveying je", balas Zafirah.

"Alah yelah Zaf. Aku tahu kau nak menang. Eh aku nak keluar kejap tau. Aku nak jumpa Irfan. Hehehe", kata Adel sambil mengukirkan senyuman lebar.

"Jarang aku dengar lawyer bagi pembangkang menang ni.Pergilah jumpa buah hati kau tu. Jangan lama-lama, event dah nak start ni", bebel Zafirah.

"Yelah mak cik. Aku nak jumpa kejap je. Jaga tempat aku ni tau" segera Adel melangkah ke luar dewan.

Sebut sahaja nama Irfan, berseri muka Adel. Maklumlah cinta crush dibalas. Mereka kelihatan secocok benar kerana mereka mempunyai paras yang kacak dan cantik. Adel mula menyukai Irfan sejak mereka berada di semester 1 lagi tetapi dia tidak mengkhabarkan langsung kepada lelaki itu. Setelah final exam berakhir, Irfan tiba-tiba memberitahu kepada Adel bahawa dia menyukai Adel sejak dia melihat Adel ketika di cafe semasa semester 2. Bahagia benar Adel ketika Irfan meluahkan perasaannya kepada Adel. Sudahlah course mereka berdua sama dan kedua-kedua mereka berjaya menghabiskan ijazah dengan pointer yang boleh dikatakan cemerlang.

Nur Zafirah merupakan antara top student dalam course yang diambilnya iaitu quantity surveying atau dalam bahasa melayunya adalah ukur bahan. Zafirah sering mendapat anugerah dekan pada setiap semester. Dia rapat dengan Adel kerana mereka merupakan rakan sebilik sejak dari semester 1. Zafirah tidak mempunyai teman lelaki walaupun ramai yang cuba menawan hatinya. Tidak dinafikan bahawa dia lebih cantik daripada Adel. Tambahan pula, dia jenis gadis yang kebanyakkan masanya dihabiskan di perpustakaan dan kelas sahaja. Oleh sebab itu, ramai lelaki yang kecewa apabila Zafirah tidak melayan mereka.

"Kau termenung apa doh?sampai aku ada dekat sebelah pun tak perasan", Adel menepuk bahu Zafirah yang leka termenung sambil memandang pentas.

"Hah. Eh sorry sorry. Mana ada aku termenung lah. Im just wondering macam mana life kita lepas ni, mesti kita jarang jumpa nanti kan", ujar Zafirah seperti sebak.

"Alah rileks lah. Kau mesti cari kerja area KL jugak kan?aku akan spend time dengan kau punya. Jangan risau eh", balas Adel.

"Mestilah aku kerja dekat KL, dah family aku stay KL hahahahaha", kata Zafirah.

"Haah lah. Lupa pulak. Ehh crush kau tak wish ke kau dah grad ni?", Adel mengubah topik.

"Crush yang mana pulak ni?", Zafirah blur.

"Ish farhan lah. Yang kau minat tu. yang senior kita tu. Dia ambil course apa entah, aku lupa", Adel cuba mengingatkan Zafirah.

"Ouh dia tu. Buat apa dia nak wish dekat aku. Dia bukannya kenal aku pun. Dia course Civil. Dah kerja agaknya dia tu. Entah-entah dah kahwin dengan gf dia tu", Zafirah kecewa.

Memang Zafirah meminati lelaki itu sejak dia berada di semester 1 lagi. Ketika itu Farhan berada di semester 3. Lama Zafirah menaruh hati kepada lelaki itu walaupun lelaki itu sudah mempunyai teman wanita yang boleh dikatakan hot di UKM kerana kecantikan dan keseksiannya dalam berfesyen. Teman wanita Farhan merupakan satu batch dengan Zafirah tetapi dia mengambil course business management. Mereka memang sesuai kerana Farhan juga menjadi rebutan para gadis di Universiti tersebut.

CRUSH, I LOVE YOU!Where stories live. Discover now