Tokkk tokkk tokkk..
"Masuk", ujar seseorang dari dalam.
"Assalamualaikum", Zafirah mula memberi salam setelah dia memasuki bilik meeting tersebut.
"Waalaikumussalam. Eh kau Zafirah kan", tanya Amar seperti terkejut setelah dia melihat Zafirah.
"Haah saya Zafirah. Awak owner company ni ke Ammar?", tanya Zafirah. Dia menukar nama bahasa panggil mereka agar nampak lebih formal tidak seperti sebelum ini mereka hanya menggunakan kau aku.
"Ehh tak payah nak formal sangat lah. Duduklah dulu. Aku baru je grad tahun lepas, takkan lah nak ada company pulak. Lainlah kalau company ni papa aku punya", jawab Ammar panjang lebar.
"Kenalah formal. Dah lah baru interview. Awak kerja dekat sini as Architect lah?", tanya Zafirah lagi.
"Yup, aku architect. So QS yang kami nak hire ni akan cooperate dengan aku, engineer and contractor. Tapi dekat sini contractor dengan engineer orang yang sama. Terlebih pandai samgat orangnya", cerita Ammar.
'Dia ni, memang semua yang masuk iv ni dia akan explain one by one ke?mesti kering tekak ni', desis Zafirah.
"Ouh like that. Contractornya must be lelaki lah kan", tanya Zafirah.
"Yup. Muda lagi tapi dah ada buah hati", Ammar cuba menarik perhatian Zafirah tetapi malangnya gadis itu seperti tidak peduli.
'Paan mesti excited kalau dapat tahu si Zafirah ni datang interview hari ni', desis Ammar.
"Ouh okay. So kita boleh go on ke sesi iv. Kesian orang lepas saya nak kena tunggu lama pulak", Zafirah jadi kekok pula apabila Ammar membuka cerita tentang lelaki yang bakal bekerja dengannya.
"Zarif, is there anyone waiting outside", tanya Ammar kepada seorang lelaki yang sedang menunggu di sofa. Segera lelaki bernama Zarif itu bangun lalu menjengukkan kepalanya ke luar pintu.
"There is no one, sir. Cik Nur Zafirah orang yang terakhir", Zarif menyebutkan nama Zafirah daripada senarai nama yang dipegangnya.
"Okay awak boleh pergi sambung kerja awak. Thanks Zarif ", Zarif mula keluar apabila diberi arahan oleh Ammar.
"So, dah ada pengalaman ke?", Ammar memulakan sesi interview sambil membelek resume milik Zafirah.
"Saya fresh graduate. Jadi saya tiada pengalaman bekerja. Saya hanya menjalani latihan industri selama 6 bulan semasa diploma dan 6 bulan latihan industri semasa degree. So in total setahun", jawab Zafirah panjang lebar.
"Kalau macam tu, susah lah pihak kami nak ambil kau bekerja kalau kau takde pengalaman. Sebab bos dah tetapkan syarat yang dia nak. First sekali dia nak yang berpengalaman", Ammar membalas. Dia sebenarnya hanya mahu melihat reaksi Zafirah sahaja.
'Dont worry Zafirah. Aku akan ambil kau kerja dekat company ni tapi kau kenalah lalui interview ni dulu', desis Ammar seperti kejam benar.
"Mana boleh macam tu. Kalau dah namanya experience mestilah dia dah bekerja dekat company dia. Yang fresh graduate ni nak kerja apa kalau semua company nak yang ada experience je?better tak payah buat universiti kalau nak ambil orang yang ada pengalaman je. Buat apa belajar sampai 7 tahun kalau keluar je daripada U dah tahu tak dapat kerja?", Zafirah mula mengeluarkan hujahnya. Panas hati dia dengan ciri-ciri yang diletakkan oleh bos mereka.
'Pergh dia ni. Boleh tahan jugak ehh hujah dia. Aku nak balas pun jadi takut ni', desis Ammar lagi.
"Okay chill. Aku akan check balik syarat yang first ni. Syarat yang kedua dan ketiga kau dah pass sebab kau lady dan kau tutup aurat. Fourth, English kau pun aku tengok fluent jugak. So kau dah pass lah semua ciri-ciri ni", ujar Ammar.