"Ira. Awak nak jumpa Adel kan? Saya tunggu dekat sini tau", ujar Farhan setelah mereka tiba di rumah Adelia.
"Alah. Takkanlah saya nak tinggalkan awak sorang-sorang dekat sini. Kita tunggu sampai Adel keluar, okay", balas Zafirah sambil mula duduk di kerusi yang disediakan di bawah khemah bersama Farhan.
"Saya okay jelah, Ira. Awak pergi je masuk. Kalau saya bosan saya ajaklah that girls borak dengan saya", gurau Farhan sambil matanya menjeling ke arah sekumpulan gadis yang sedang berborak sambil memandang Farhan.
"Ouh. Okay", segera Zafirah bangun tanpa memandang Farhan.
"Eh sayang. Saya gurau jelah. Temanlah saya dekat sini. Nanti kalau diorang datang dekat saya macam mana. Teman saya eh", pujuk Farhan sambil memegang hujung lengan baju kurung milik Zafirah. Jika dipegang lengan Zafirah walaupun berlapik, sudah pasti Farhan menempah maut dengan Zafirah.
"Lah. Tadi awak yang nak borak dengan diorang kan. Sekarang taknak pulak. Diorang pun berkenan sangat dengan awak tu. Pergilah try. Untung-untung dapat penuhkan 4 kuota tu" ujar Zafirah dengan muka yang masam, tetapi dia tetap duduk seperti yand disuruh oleh Farhan.
"Ish taknaklah. Ada sayang sorang pun dah cukup. Kalau ada 4 nanti peninglah nak jaga", kata Farhan sambil matanya tidak lepas memandang Zafirah.
"So saya ni memeningkan awak lah? Okay fine", rajuk Zafirah lagi. Dia pun tidak tahu kenapa dia begitu sensitif benar dengan Farhan pada hari ini.
"Ish tak lah sayang. Kesitu pulak fikirnya. Dah, jangan merajuk. Saya gurau je, okay", ujar Farhan tenang.
"Yelah yelah", Zafirah senyum sedikit.
"Eh, Zafirah kan?", ujar seseorang yang menarik kerusi untuk duduk di sebelah Zafirah yang sedang berborak bersama Farhan.
"Eh Azim. Kau pun ada dekat sini", Zafirah sekadar berbasa-basi dengan Azim sebelum dia menggerakkan kerusinya berdekatan Farhan.
"Eh mestilah ada. Irfan dengan Adel kan kawan aku jugak. Kau sihat?", tanya Azim sambil matanya tidak lepas memandang Zafirah.
Farhan yang berada di sebelah Zafirah sudah berasa panas hati melihat perbuatan Azim. Bukan dia tidak tahu bahawa Azim menaruh perasaan terhadap Zafirah.
"Sihat Alhamdulillah. Eh kenalkan, ni Farhan. Tunang aku", Zafirah mula mengenalkan Farhan sebagai tunangnya supaya Azim tidak menganggunya.
"Tunang? Ouh. Aku Azim. Satu department dengan Zaf time dekat uni", Azim cuba menyembunyikan rasa terkejut sambil menghulurkan tangan pada Farhan.
"Ouh I see. Farhan, Zafirah's fiancee", Farhan cuba berlagak biasa sambil menyambut huluran tangan Azim.
"Eh tapikan, aku macam pernah nampak kau. Kita satu uni ke?", tanya Azim setelah dia melihat Farhan lama.
"Yup. Tapi aku senior", jawab Farhan malas.
"Ouh patutlah. Nice to know you", ujar Azim.
"Eh, Zaf. Bila kau tunang? Tak ajak pun kan. Melepaslah aku", gurau Azim sambil memandang Zafirah. Belum sempat Zafirah menjawab, Farhan sudah bangun dan memotong percakapannya.
"What do you mean by melepaslah aku? Ouh lupa. U have a crush on her, right? Sorry but she's mine now" ujar Farhan panas.
Terkedu Azim dan Zafirah mendengar jawapan yang dikeluarkan oleh Farhan. Segera Zafirah bangun dari kerusi ketika dia melihat beberapa orang di sekeliling mereka sudah mula memandang mereka.
"Azim. Kiteorang masuk rumah dululah. Nak jumpa Adel. Jom, sayang", Zafirah memegang lengan Farhan yang dibalut dengan kemeja lengan panjang.
Sejuk sedikit hati Farhan dengan perbuatan Zafirah. Segera dia mengikut langkah Zafirah setelah dia menghadiahkan jelingan penuh amarah pada Azim.