"Hello. Impiana Construction. Ada apa-apa yang saya boleh bantu?", jawab Kak Ros iaitu kerani pejabat Impiana Construction setelah dia mengangkat panggilan telefon.
"Saya Sarah, dari Jaya Bina. Boleh sambungkan panggilan kepada Cik Zafirah?", jawab Sarah daripada hujung talian.
"Okay tunggu sebentar yaa", Kak Ros terus menyambungkan panggilannya kepada Zafirah.
"Hello. Ada apa-apa yang saya boleh bantu?", Zafirah segera menjawab setelah telefon pejabat di biliknya berdering.
"Hello Cik Zafirah. Saya Sarah, qs dari Jaya Bina. Based on quantities yang Cik Zafirah calculate ni, we are agreed untuk sign kontrak dengan Impiana Construction. Kami akan sediakan tender dalam masa seminggu", terang Sarah.
"Ouh really? Alhamdulillah. Pihak kami juga akan sediakan drawing and bq dalam masa terdekat. Thank you in advance", ujar Zafirah.
"You're welcome Cik Zafirah. Let me know if there's any problem", setelah Zafirah mengatakan okay, barulah Sarah mematikan panggilan telefon.
'Nak kena inform dekat bos ni', desis Zafirah lalu dia bergerak ke arah bilik kerja Farhan.
Tokkk tokkk tokkk..
"Masuk", arah Farhan tanpa memandang ke arah pintu.
"Bos, saya ada good news ni", ujar Zafirah teruja sambil memandang Farhan. Haishh hari hari handsome.
"Make it fast. Saya banyak kerja ni", tegas Farhan. Zafirah menjeling ke atas.
"Jaya Bina setuju nak buat contract dengan kita. Cik Sarah akan sediakan tender dalam masa seminggu ni", cerita Zafirah.
"Okay. You may leave now. Pergi sediakan contract tender. Submit dekat saya esok", arah Farhan sambil memandang skrin komputer.
'Tu je respon dia. Projek 2 juta kot. Aku pulak yang excited mengalahkan dia', desis Zafirah geram.
"Hah tercegat apa lagi dekat sini. Dont waste my time Zafirah. Banyak kerja yang saya nak kena buat ni. Ingat saya bayar gaji awak untuk berdiri dekat sini je ke? Dah pergi keluar. Dont disturb me", ujar Farhan bernada marah bercampur sinis.
"Baik bos",
Segera Zafirah berlalu keluar dari bilik kerja Farhan. Sampai sahaja ke dalam bilik kerjanya, air mata Zafirah tiba-tiba mengalir laju. Dia tidak tahu kenapa dia terasa benar dengan kata-kata Farhan. Sedaya upaya dia cuba untuk menyibukkan diri dengan kerjanya tetapi air matanya tidak berhenti mengalir. Kemudian dia mula bangun dan bergerak ke tandas. Dia hanya menunduk saja semasa keluar dari bilik.
"Zafirah, are you okay?", tanya Rizqi sewaktu dia bertembung dengan Zafirah. Zafirah hanya menganggukkan kepalanya tanda dia okay lalu meneruskan langkahnya ke tandas. Setelah 10 minit dia berada di tandas, barulah dia keluar. Tetapi matanya masih kelihatan merah dan sembab.
'Kau ni Zaf. Baru kena marah sikit, dah menangis. Kau ingat bos nak minta maaf ke? Cengeng lah kau ni', Zafirah memarahi dirinya sendiri sewaktu di sudah balik ke bilik kerjanya.
Setelah reda, barulah dia memulakan tugasnya membuat contract tender seperti yang diarahkan. Lama dia berteleku di dalam bilik kerjanya sehingga dia tidak sedar waktu lunch sudah tiba. Itupun setelah pintunya diketuk oleh Rizqi.
"Yaa Rizqi. Any problem that I can help you with?", ujar Zafirah setelah dia membenarkan Rizqi masuk.
"Eh nothing. Awak taknak lunch ke Zafirah? Dah time lunch ni. Jom pergi kafe sama-sama", ajak Rizqi.
"Sorry. Im busy actually. Saya kena siapkan tender ni. Nak kena submit dekat bos esok. Kalau tak siap, mati saya", cerita Zafirah.
"Alahai kesiannya. Nak saya tapaukan apa-apa tak?", Rizqi mengambil berat tentang Zafirah.