"Wow. Baru bertunang muka dah berseri macam ni, kalau kahwin wah macam matahari aku rasa", gurau Ammar setelah dia melihat Zafirah memasuki pejabat sambil tersenyum seorang diri.
"Eh kau ni. Memang selalu overreacted kan. Aku siku kejap lagi apa tak dapat", balas Zafirah sambil ketawa.
"Dah nak jadi wife orang ni, kurang-kurangkan lah garang tu. Nanti kalau aku nak lepak dengan Paan, kau tak bagi siaplah. Kita putus kawan", Ammar seperti berjauh hati.
"Ehh aku bukan queen control eh. Kau jangan risau", ujar Zafirah.
"Kalau macam tu okay lah. Boleh lah lepak sampai 2-3 pagi",
"Apa yang sampai 2-3 pagi tu Am?", tanya Farhan setelah dia melihat Ammar dan Zafirah sedang rancak berbual sewaktu dia masuk ke pejabat.
Terbit rasa cemburu di hatinya melihat mereka.
"Aku cakap dekat Zaf, nanti kalau aku ajak kau lepak, kalau dia tak bagi, kita putus kawan. Lepastu dia cakap jangan risau, dia bukan queen control. Aku cakaplah boleh lah lepak sampai 2-3 pagi", Ammar menerangkan kepada Farhan. Dia cepat mengesan riak wajah Farhan yang seperti sedang menahan cemburu.
"Ohh. Kalau kiteorang dah kahwin nanti, limit lepak sampai pukul 9 je. Aku nak balik awal", gurau Farhan sambil memandang Zafirah. Zafirah menjeling tajam ke arah Farhan.
"Wah kau. Tunggu aku kahwin nanti. Aku tak keluar langsung dari rumah lepas balik kerja", balas Ammar tidak mahu kalah.
"Amenda siak korang ni. Dah pukul 8, saya masuk office dulu eh", Zafirah malas mahu mendengar perbualan mereka. Laju sahaja dia memasuki bilik kerjanya sambil diikuti Farhan setelah Ammar turut berlalu ke bilik kerja.
"Sayang. Morning", ujar Farhan setelah dia melihat Zafirah duduk di kerusi. Dia segera duduk di hadapan Zafirah.
"Morning, boss", balas Zafirah sambil tersenyum.
"Apa bos pulak? Panggillah abang ke, baby ke, hubby ke", ujar Farhan sedikit manja.
"Isshh takyah nak mengada eh. Sekarang kita dekat office kan", balas Zafirah sambil membuka komputer peribadinya.
"So dekat luar boleh lah panggil semua tu? Jom keluar", gurauan Farhan bertambah.
"Wahai bos ku, Encik Farhan. Dah kahwin nanti saya panggil semua tu yaa. Sekarang tak boleh lagi", kata Zafirah.
"Yelah yelah", Farhan mengalah.
"By the way, saya nak tanya, awak jealous ke Ammar bersembang dengan saya?", tanya Zafirah takut-takut.
"A bit lah. Tapi tadi tu sebab misunderstanding. Yelah, saya masuk tadi tiba-tiba dengar lepak sampai pukul 2-3 pagi. Memang lah saya jealous", rungut Farhan.
"Nasib baik lah awak tanya dulu. Kalau tak, bergaduh lah dua orang kawan baik ni", Zafirah lega.
"Itulah. Kalau dia bukan Ammar, saya dah tumbuk dah. Just kidding", Farhan ketawa seorang diri.
Zafirah sekadar diam kerana risau jika Farhan seorang yang cemburu buta.
"Hey, don't worry. Im not going to do things like that okay. I will ask first", Farhan memujuk Zafirah setelah dia melihat muka Zafirah seperti risau benar.
"Promise okay", Zafirah menunjukkan jari kelingkingnya.
"Okay promise", Farhan mengikuti perbuatan Zafirah.
"Dah dah, pergi masuk office. Saya banyak kerja ni", Zafirah seakan menghalau Farhan.
"Okay fine. Nanti kita pergi tengok cincin nikah eh", ajak Farhan.