"Opah. Zaf balik dulu eh. Terima kasih makan dengan minum dekat sini. Halalkan semuanya eh opah? Tak tahu bila kita boleh jumpa lagi", ujar Zafirah kepada opah sambil menyalam opah bersama sampul yang berisi sedikit wang sebelum dia pulang ke KL. Adelia hanya menunggu di belakangnya.
"Eh Zaf. Apadia ni? Opah ikhlas lah tolong hangpa. Nah nah. Ambil balik", opah cuba memberi semula sampul tersebut tapi ditolak oleh Zafirah.
"Alah opah. Zaf pun ikhlas juga bagi ni. Opah ambil eh", pujuk Zafirah.
"Haa yaa lah, terima kasih Zaf. Opah anggap sedekah. Nanti bila-bila nak mai, mai jaa lah. Rumah ni sentiasa terbuka untuk Zaf ", kata opah sambil memegang tangan Zafirah kejap.
"Sama-sama opah. In shaa Allah. Kirim salam dekat atuk nanti. Tak sempat pula nak jumpa", kata Zafirah.
Farhan yang berada di sebelahnya hanya memandang Zafirah sepi. Kemudian Zafirah bergerak ke arah kereta bersama Adelia tetapi diikuti oleh Farhan dari belakang. Terpaksalah Zafirah berhenti dan menegurnya. Nanti dikata tidak mengenang budi pula.
"Farhan. Terima kasih eh tumpangkan rumah opah awak. Terima kasih juga sebab care pasal saya", ujar Zafirah sambil menunduk. Adelia awal-awal lagi sudah memasuki kereta seperti memberi ruang kepada mereka.
"No problem. Hati-hati balik tu. Anything happen terus call saya as soon as possible. Suruh kawan awak drive carefully. Dah sampai terus inform saya. Lepastu nanti letak minyak gamat dekat luka tu", bebel Farhan seperti risau benar.
"Okay baik. Thank you", Zafirah mula bergerak ke arah kereta Adelia. Dia tidak pasti kenapa matanya tiba-tiba berair. Cepat-cepat dia menghala ke arah tingkap kerana tidak mahu Adelia tahu bahawa dia bersedih.
"Kau okay tak ni, Zaf? Farhan cakap apa dekat kau tadi?", tanya Adelia sambil mengundurkan keretanya kemudian dia terus memulakan perjalanan mereka.
"Dia suruh cakap dekat kau, drive carefully. Thats all", jawab Zafirah tenang.
"Haa cepat cerita dekat aku kenapa kau tak okay semalam. From A to Z", kata Adelia.
"Takde apalah. Kan aku kata, balik dari Kedah ni dia nak ajak parents dia pergi rumah Ziha. Diorang nak discuss pasal engagement tulah. Kau tahu tak, selama dekat rumah opah, dia caring gila pasal aku sampaikan aku rasa macam dia suka dekat aku. Sumpah aku rasa macam bodoh", cerita Zafirah sedih bercampur geram.
"What do you meant by caring?", tanya Adel.
"Macam ni, time aku pergi sawah sorang-sorang, dia bebel dekat opah dia kenapa aku ni berani sangat. Itu okay lah, aku tak kisah sangat. Time dia buang pacat dekat betis aku pun, dia macam takde apa sangat. Tapi time jari aku luka, dia punyalah risau gila sampai dia marah aku kata aku careless. Dia yang pakaikan plaster dekat aku. Setiap kali plaster aku basah, dia yang tukarkan. Time aku cakap kau nak ambil aku, dia tanya lelaki ke perempuan. Kalau kau jadi aku, apa yang kau rasa?", setelah Zafirah bercerita panjang, dia bertanyakan pendapat Adelia.
"Kau tak rasa ke benda tu normal di antara bos dengan pekerja dia? Maksudnya dia care pasal kau sebab kau kerja under dia. Pada pendapat aku lah", kata Adelia.
"Memang aku fikir macam tu pun. Tapi aku pelik kenapa dia marah bila aku rapat dengan Rizqi, officemate kiteorang. Lepastu haritu dia panggil aku sayang wei. Memang bagi harapan betul",
"Hah? Apa masalah si Farhan ni eh? Si Rizqi tu handsome tak? Lelaki ni memang perkataan sayang bagi diorang biasa ke macam mana?",
"Not bad lah tapi dia tu gatal masalahnya. Entah lah Adel",
"I think you should move on lah Zaf. Biar aku carikan jodoh untuk kau. Kau nak lawyer ke apa?",
"Hmmm. No, thanks. Aku taknak. Yang kau sibuk nak jadi penyatu jodoh kenapa?",