Bab 38

37 3 0
                                    

"Aduh penatnya", rungut Zafirah setelah dia berbaring di katil rumah baru mereka.

"Kesian sayang abang ni. Penat layan tetamu ke?", Farhan mula duduk di sebelah Zafirah. Tangannya mengusap pipi Zafirah.

"Haa lah. Ramai juga orang datang majlis doa selamat untuk rumah kita. Tak menang tangan nak layan", balas Zafirah.

"Tulah. Sampai tak sempat abang nak peluk sayang", Farhan memicit pipi Zafirah.

"Ish abang ni. Dah lah. Ira nak tidur", Zafirah menolak tangan Farhan kemudian dia menyelimuti seluruh tubuhnya dan berpusing ke arah lain. Segera Farhan menutup lampu dan berbaring di sebelah isterinya.

"Sayang", Farhan memanggil Zafirah. Kemudian Zafirah menurunkan selimutnya lalu memandang Farhan.

"Abang dah suruh Kak Ros buat job advertisement. Nanti sayang tolong handle interview session tau", ujar Farhan sambil mengusap rambut Zafirah. Perbuatan itu sudah mula menjadi tabiat Farhan sejak mereka berkahwin dan Zafirah tidak menolak kerana dia juga suka diperlakukan begitu.

"Okay. Nanti listkan characteristics qs yang abang nak", balas Zafirah.

"Up to you. Baik untuk sayang baik lah untuk abang",

"Okay lah sweet talker", Zafirah memicit pipi Farhan.

"Mana ada lah. Sayang penat lagi ke?", Farhan memandang Zafirah.

"Tak sangat. Kenapa?", tanya Zafirah pelik.

"Can you be my perfect wife tonight?", Farhan mendekati Zafirah.

"Yes sure", Zafirah mengangguk malu.

Setelah Farhan mendengar jawapan daripada Zafirah, dia mula membaca doa bersama Zafirah sebelum mereka mula melakukan tugas sebagai suami isteri yang sah.

*****

"Sayang. Bangun mandi. Dah nak masuk subuh ni", Farhan mengejut Zafirah bangun daripada tidur.

"Jam pukul berapa?", Zafirah menggosok matanya perlahan.

"Pukul 5. Cepat. Abang dah set kan air panas", Farhan masih duduk di sisi Zafirah.

"Erm yelah", Zafirah mula bangun lalu dia mula bergerak ke bilik air sambil membawa tuala.

"Aik. Zafirah period ke?", Farhan melihat setompok darah di atas cadar mereka. Segera dia mencabut dan melipat cadar tersebut sebelum diletakkan di atas lantai. Setelah dia memasang cadar baharu, kedengaran pintu bilik air terbuka.

"Sayang period ke?", tanya Farhan setelah dia melihat Zafirah yang keluar daripada bilik air dengan hanya memakai tuala.

"Tak lah. Kenapa?", tanya Zafirah pelik sebelum dia mendekati suaminya.

"Kenapa abang tukar cadar?", Zafirah membelek cadar yang dilipat oleh Farhan.

"Ada darah. Abang ingatkan sayang period. Rupanya..",

"Nanti Ira basuh. Dah Azan ke?", laju sahaja Zafirah memotong percakapan Farhan. Tebal mukanya apabila mengingati perkara yang dilakukan oleh mereka semalam.

"Belum. Sempat lagi kalau nak..", Farhan sengaja meleretkan perkataan terakhirnya setelah dia memeluk Zafirah dari belakang.

"Tak payah nak mengada. Orang baru je lepas mandi", Zafirah menurunkan tangan Farhan.

"Kalau sayang selalu pakai macam ni, tak kuat iman abang", Farhan mengusik Zafirah.

CRUSH, I LOVE YOU!Where stories live. Discover now