Final

16 0 0
                                    

"Ma, pa, Art nak bagi sesuatu." Aku akhirnya membuat keputusan untuk memberita ibu bapaku perihal diriku yang suka malah sedang bercinta dengan sesama jenis. Kami sedang makan malam ketika itu.

"Kenapa Art?" Soal mama, papa hanya diam.

Aku menghembuskan nafas perlahan sebelum berkata, "sebenarnya Newt tu boyfriend Art. Art suka dengan kaum sejenis."

Suasana menjadi sangat sepi selepas itu. Dada aku berdebar menunggu reaksi mereka berdua. Tapi selama ini, diorang tak pernah lagi curiga dengan keintiman aku dengan Newt.

"Art bagi mama, mama terpulang dengan kehendak Art. Sebab itu pilihan Art dan mesti Art tau mana yang terbaim untuk Art." Aku tersenyum kelegaan mendengar kata-kata mama itu. Kini, aku menunggu reaksi daripada papa pula.

"Papa pun tak kesah, asalkan Art gembira tu je yang kami harapkan daripada Art." Aku rasa sangat terharu sebab dapat ibu bapa yang open-minded macam ni.

"Terima kasih mama, papa..." aku berdiri dan memeluk mereka berdua dengan perasaan yang sangat gembira kerana sekarang aku tidak perlu untuk menyembunyikan apa-apa lagi daripada mereka.

Masuk saja ke dalam bilikku, aku terus menelefon Newt dan mengkhabarkan berita itu. Newt pun berasa lega mendengarnya. Sekarang ni, apa yang tinggal hanyalah perkara-perkara esok yang belum pasti. Perjalanan kami jika diizankan bakal masih panjang dan banyak cabaran. Terpulang sama ada kami kuat mendepaninya atau tidak kelak.

Masa berlalu sangat pantas, hari itu merupakan hari pendaftaran untuk kemasukkan aku di sebuah universiti. Malangnya, aku tidak mendapat tempat universiti yang sama dengan Newt.

Lagipula Newt kebanyakan memih universiti di luar negara. Aku pun tak boleh nak menghalang dia sebab ikutlah pilihan masing-masing. Lagipun, kami kena belajar hidup sendirian.

Apapun, dalam diam aku menangis juga kerana aku akan berpisah lagi dengan Newt dan pasti aku akan menanggung rindu yang sangat berat.

"Art..." panggil Newt perlahan. Kami berada di satu sudut yang jauh daripada yang lain. Aku memandangnya, rasa macam berat sangat nak berpisah. Tapi itulah realiti yang harus dijalani. Newt tak boleh terus menetap di sini, dia bakal mewarisi bisnes keluarganya di luar negara. Manakala aku masih tidak boleh berjauhan dengan mama sebab mama adalah segalanya bagitu. Jadi, itulah yang membuatkan kami tidak dapat bersama dimana-mana.

"Jaga diri elok-elok tau. Newt sangat sayangkan Art, lebih dari segalanya. Tapi, malangnya tak cukup untuk kita selalu bersama."

Aku menahan air mata yang hampir tumpah, dia menarik aku ke dalam pelukannya dan diusapnya belakang rambutku dengan lembut.

"Bila semua ini berakhir, kita akan bersatu semula. Taklah Art bosan kalau nampak Newt je setiap hari, hehe." Aku menampar bahunya. Aku lebih rela bosan nampak dia hari-hari daripada jarang melihatnya. Tapi, apakan daya.

"Take care of yourself, I love you so much and always will." Itulah kata-kata terakhirnya sebelum mereka semua berangkat pulang. Meninggalkan aku seorang diri di sini. Kerana aku juga perlu belajar berdikari sendiri.

Semoga, pada akhirnya semua ruang-ruang kosong di antara kita dapat diisi semula dan menjadi karya yang paling manis dalam hidup ini. Aku memandang ke arah dua patung kecil di tanganku yang diberikan okeh Newt tadi. Di baju pada patung itu masing-masing tertulis nama, Newt dan Art.

SEBELUM BERAKHIR (BL)Where stories live. Discover now