Akhirnya krismas yang ditunggu-tunggu telah tiba juga.Aku dan yang lain sedang bersiap-siap untuk bergerak ke tapak gereja di kampung itu bagi krismas pada sesi pagi itu.
Semalam agak meriah kampung itu dengan letupan bunga api.Mungkin ramai keluarga penduduk di kampung itu yang sudah balik ke sini untuk memeriahkan krismas yang disambut pada setiap tahun.
"Art okay dah ke?" Newt bertanya pendapatku tentang penampilan dirinya ketika itu.Dia mengenakan kemeja lengan panjang yang disalut dengan warna biru dengan seluar tuksedo.Nampak sangat kacak di situ.
"Okay dah tu," balasku ringkas membuatkan Newt kurang berpuas hati denganku.Aku hanya memakai baju putih lengan panjang bercorak beberapa ekor rusa yang sedang menarik Mr.Santa Clause bersama seluar yang sedondon.
"Okay je?" Soalnya lagi.Dia ni memanglah,aku cakap buruk kang baru tau.
"Okay banyaklah," balasku sengaja membuatkan dia kurang berpuas hati.
"Hah?!" Newt mengerutkan wajahnya.Dia duduk di atas kerusi yang menghadap sebuah cermin besar bilik aku.
"Tak kacak ke?" Soalnya perlahan sambil menyikat rambutnya agar serapi-rapinya menambahkan auranya yang cukup menarik perhatian.Fuh,terancam anak gadis kampung ini karang!
"Perlu ke saya cakap?" Aku melontarkan soalan kembali kepadanya sambil menayangkan wajah menyakatnya.
"Perlulah,saya hanya perlu pujian daripada kau.Nanti kalau orang lain yang puji dah takde feel-nya.Last-last kau jugak yang cemburu."
"Ewah,ewah!Enak aja kau mengata saya macam tu ya," kali ini aku pula yang tidak berpuas hati dengannya.Memanglah aku akan cemburu,tidak perlu dipertikaikan lagi.
"Kenyataan sayang.."
"Samyang kau basi!" Aku bergerak ke sebuah almari yang menempatkan beberapa pasang kasut di situ.Setelah memilih satu,aku mencari stoking di dalam satu laci pula.Semuanya memang serba putih.
"Ah mai sini,saya sikat rambut kau." Newt nampaknya lebih memilih untuk memanggil aku.Aku yang baru teringat rambut aku belum terurus hanya menuruti katanya.Aku duduk di atas kerusi setelah dia berdiri di belakangku.
"Sikat bebaik eh.Sejujurnya saya kurang kacak jadi kau jangan tambah kehodohan di wajah ini.Apapun saya cukup bersyukur kerana sekurang-kurangnya saya masih punya wajah," aku berkata selamba kepadanya.
"Siapalah yang cakap kau kurang kacak?Bagi saya,kau terlebih kacak daripada segala-galanya tapi itulah kurang kacak daripada saya.Maaf itu memang fakta yang sukar ditidakkan oleh sesiapa," aku menjelingnya melalui pantulan cermin.Dia hanya tergelak dan mencuit pipiku.
"Tapi kecomelan kau sukar dinafikan..lah." Sambungnya.
"Hah,cepatlah sikat nanti lambat pula." Aku menggesanya apabila melihat dia leka mengusik aku.Nanti tidaklah kami dapat menyambut krismas pada pagi itu.
Selepas siap segalanya,aku dan Newt keluar dari bilik menemui yang lain.Abang pun sudah segak berpakaian.Begitu juga dengan mama dan papa.Newt mula memegang lehernya.
"Eh kejap mana necktie saya,Art?" Newt menanya aku yang kalau boleh mahu menendang dia ketika itu juga kerana necktie Newt merupakan bukan tanggungjawab aku.Akhirnya apabila tidak mendapat sebarang balasan daripada aku,Newt kembalu ke bilik seorang diri.Tidak lama kemudian dia sudah berada di sisi aku semula dengan necktie warna kuning di lehernya.
Mata tolong jangan tengok lama-lama,nanti hati yang merana.Otak mula menasihati.
"Kenapa tengok macam tu?" Soal Newt di telingaku sambil tersengih macam kerang berbau.Aku hanya menampar lengannya kuat sehingga dia mengaduh kecil.Siapa suruh bercakap perkara yang tidak penting.
Kami pun memulakan perjalanan kami ke atas bukit di mana terletaknya gereja di kampung itu.Sepanjang jalan dipenuhi dengan cebisan-cebisan seperti kotak hadiah yang kecil-kecil berwarna-warni.Sampailah di sebuah gereja separuh batu dan separuh lagi kayu.
"Hmm,tenang betul jiwa bila tengok gereja ni." Ucap Newt seperti bercakap kepada dirinya sendiri,namun cukup sampai ke gegendang telingaku.
"Kan?" Sambutku.Newt melemparkan senyumannya kepadaku yang kalau gadis-gadis yang tengok sekali kena mesti nak lagi.Huwa,apa aku merepek ni.
"Kau jangan sembarangan senyum kat sini okay." Kataku tegas.Entah kenapa tiba-tibas risau dengan keberadaan Newt di situ.Aduh aku tidak patut berfikiran begini kerana sebentar lagi aku akan memasuki ruang gereja.
"Hah?" Soal Newt kebingungan.
"Takdelah,saya gurau je." Aku akhirnya menutup saja rasa yang menyinggah di jiwa.Rasa macam tidak baik pula berbuat seperti itu.
Kebaktian pada hari itu berjalan dengan lancar dan penuh meriah.Penuh ruang gereja itu dengan orang,tambahan pula semua penduduk di kampung itu beragama kristian.
Selesai saja sesi krismas pada pagi itu,kami dijemput untuk menikmati juadah yang disediakan.Kebiasaannya memang macam tu,lepas sembahyang mesti ada jamuan makan-makan yang telah dibuat oleh pengurus gereja kaum ibu-ibu mahupun kaum pemuda-pemudi.Kalau nak diterangkan secara terperinci,memang tak habis satu bab.
"Art dengan Newt balik dulu lah.Mama dengan papa ada mesyuarat sikit dengan ahli gereja yang lain.Ammar pun kalau nak balik dulu,balik je.Mungkin mesyuarat kami ambil masa sikit." Kata mama.Aku,Newt dan abang hanya mengangguk mengiyakan.
"Bestlah duduk dekat sini.Kalau duduk sini lama-lama pun saya takkan pernah bosan.Walaupun tanpa internet ataupun hiburan lain.Yang penting ada Art,hehe.." semasa berjalan pulang,sempat Newt berkata begitu.
"Ehem.." aku dan Newt sama-sama berpaling ke arah Ammar yang berada di paling belakang.
"Hehe abang kan sporting," Newt menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal.Aku hanya mengetawakannya.Aku tahu Newt sedar abang ada bersama kami tadi.
"Kau jangan sweet sangatlah,Newt.Nanti adik abang ni mencair je kerjanya," ucap abang lantas tergelak besar disambut tawa Newt.
Aku hanya membuat muka selari,tau tak muka selari tu macam mana?Macam ni,😑.
Newt yang perasan akan mimik muka aku pantas memaut bahu aku.Kami akhirnya jalan beriringan sambil bernyanyi-nyanyi kecil.Aku tertanya juga,ada berapa masa je yang tinggal untuk kami bersama macam ni?
Aku cuma nak luangkan sebanyak masa bersamanya.Sebelum segalanya berakhir.Namun aku harap ia tidak terus berakhir.Aku yakin pasti ada sambungannya.
YOU ARE READING
SEBELUM BERAKHIR (BL)
Romance[Completed] "I want to love you with all my heart before you gone, before all this be ended. I want to be your last, your comfort and your euphoria." (Started: 06 Dec 2018, Ended: 27 Dec 2018)