Bab 9

342 17 9
                                    

Minggu yang ditunggu-tunggu pun tiba.Aku dan ahli keluarga aku yang lain sudah siap memasukkan barang-barang yang akan dibawa balik ke kampung ke dalam kereta papa.

Mama dengan papa pun sudah aku beritahu yang Newt akan turut serta untuk balik ke kampung pada kali ini dan mereka tidak menyangka yang bukan-bukan dan hanya menerima dengan hati yang terbuka.

Newt sampai tepat pada masanya dengan dihantar oleh daddynya di hadapan rumah kami.Barang-barangnya turut diangkut ke dalam kereta papa.Papa dan mama bersalaman dengan daddy Newt sekejap sebelum kereta daddy Newt meluncur pergi dari situ.

Nampaknya mama dengan papa gembira dengan kedatangan Newt,entahlah mungkin aku yang terlampau gembira.Abang hanya tersenyum-senyum sejak tadi melihat keterujaan aku.

"Akhirnya,saya boleh bersama dengan kau juga," Newt berbisik di sebelah aku.Diam-diam dia mencuit pinggangku lembut membuatkan aku menampar lengannya.Memang tangan dia ni gatal sangat ke tak boleh duduk diam?

Kami pun memulakan perjalanan kami pada hari itu selama tiga jam.Papa membawa sebuah van yang agak selesa dengan muatan barang yang boleh tahan banyak.Aku dan Newt duduk di kerusi paling belakang dan abang macam tu lah hidup sorang-sorang siapa suruh tak bawa balik girlfriend dia.Mama pula duduk di sebelah pemandu.Dan yang paling penting aku boleh bersama dengan Newt sepuas-puasnya hahaha.

"Nak tidur," ucap aku setelah perjalanan kami memakan hampir setengah jam.Suasana di jalan raya memang sepi kerana kurang kenderaan manakala panorama di sekeliling hanya kelihatan pokok-pokok yang menjadi hutan tebal.

"Tidur ah dekat sini," balas Newt sambil menepuk pahanya.

"Betul ni?" Soal aku untuk mendapatkan kepastian.Seperti orang mengantuk disorongkan bantal terus aku bering dengan berbantalkan pahanya setelah dia mengangguk mengiyakan.

Aku memandang ke atas,terlihat dagu Newt yang sudah ditumbuhi janggut-janggut liar.Aku merenung wajahnya yang manis.Maksud aku kacak.

"Kenapa?" Newt memandang aku apabila menyedari yang aku merenungnya sejak tadi.

"Kacak juga kau ni,kan?" Kata aku sambil tergelak.

"Eh,mestilah." Newt menyapu rambutnya dengan gaya macho.Eleh,kembanglah tu.

Newt menyentuh pipi aku kemudian ke arah mata aku,lepas tu rambut aku dan ke seluruh bahagian muka aku,akhir sekali di bibir aku.

"Saya tak tahan tengok bibir kau,seksi sangat," Newt mengelus bibir aku.

"Hmm.." aku mengeluh keenakan apabila dia mengelus bibir aku lembut.

"Nak cium boleh tak?" Pantas aku membuka mata luas-luas.

"Kau nak mati ke?" Aku mencerlung memandang ke arahnya.

"Hehe,gurau je lah." Katanya dan aku kembali melelapkan mataku.Terasa tangan aku dicapainya lalu jari kami bersilang antara satu sama lain.

"I can't wait for tonight," usik Newt dekat di sisi telingaku.Aku yang masuk sedar separuh menumbuk dadanya perlahan.Kedengaran dia tergelak kecil sebelum aku betul-betul terlelap.

Seperti baru beberapa minit aku terlelap,bahu aku sudah terasa digoncang oleh seseorang."Art,bangun kita berhenti rehat dulu." Ucap Newt.

Aku bangun daripada perbaringan sambil terpisat-pisat.Kereta sudah berhenti di sebuah restauran agak besar yang terletak di tepi jalan raya.

"Jom,jom turun,saya dah rasa nak terkencing ni," Newt menolak bahu aku supaya aku segera turun.Papa,mama dan Ammar sudah turun keluar daripada kereta.Aku berjalan perlahan untuk keluar dari kereta dalam keadaan yang masih mamai.Siapa suruh enak sangat tidur atas paha orang lain?

Newt menarik tangan aku supaya menemaninya untuk ke tandas.Aku hanya menurut lagipun aku nak basuh muka yang sudah serabai.

"Syok sangat ke tidur atas paha saya?" Newt mengusik aku semasa aku membasuh muka.

"Sedap sangatlah," aku merengek sambil sengaja meletakkan kepala di atas bahu kanannya.

"Adeh,manja betullah kau ni," Newt mencubit pipi aku lembut.Oleh kerana rambut dan muka aku yang masih basah,baju Newt di bahagian bahunya turut basah haha kesian.

"Nah sapu tangan,lap muka kau tu," ucap Newt sambil menyerahkan sebuah sapu tangan kecil berwarna biru kepadaku.Aku mencapainya dan melap muka yang masih basah.

Kemudian kami kembali ke tempat mama,papa dan Ammar berada.Kami mengisi perut sebelum melanjutkan perjalanan kami yang tingga sejam lebih.Sebelum naik ke kereta sempat aku memborong aiskrim pelbagai perisa dan gula-gula pedas untuk menghilangkan mabuk kereta.

"Yeahh,lepas ni naik perahu pulak.Dah lama saya tak naik perahu," aku menjerit kecil sambil menjulang tangan ke atas yang memegang beberapa batang aiskrim.

"Perahu tu apa?" Krik-krik,persoalan Newt itu membuatkan aku terdiam seribu bahasa dalam keadaan pegun.

"Sekejap," Newt melap mulut aku yang mungkin agak comot ketika itu dan merebut aiskrim di tanganku lalu memakannya.Bukan tadi dia pun ada aiskrim sendiri ke?Kenapa nak ambil yang aku punya lagu?Aku membuat muka masam.Apabila melihat reaksi aku,Newt menjilat aiskrim aku sebelum mengembalikannya kepada aku.Aku hanya menerima kembali dengan hati yang pasrah.

"Perahu tu apa?" Soal Newt lagi apabila persoalannya masih belum terjawab.

"Perahu tu kenderaan atas air,yang boleh bawa orang terapung atas airlah.Ada enjin lepas tu mengangkut orang dan barang-barang dari satu tempat ke satu tempat yang lain," jelas aku dengan penuh terperinci.

"Hmm.." Newt menggaru kepalanya yang tidak gatal.Wajah bingung dipamerkan.

"Nanti kau taulah juga tu," balas aku malas mahu menerangkan Newt dengan lebih lanjut.Aku pun meneruskan niat aku nak makan aiskrim.

Newt menyentuh bibir aku dengan telunjuknya dan menjilat jarinya itu.

"Apa kau buat?" Kataku dengan geram.

"Aiskrim meleleh di bibir kau tadi.Sayang.."

"Ada-ada je kau ni," malas aku melayan Newt dan aku pun menikmati aiskrim aku sambil memandang pemandangan di sepanjang jalan.Aku biarkan saja tangan Newt yang asyik merayap ke pinggangku.Bukan siapa pun,boyfriend aku juga haha.

SEBELUM BERAKHIR (BL)Where stories live. Discover now