Di Cafe Litium.
"Apa yang perlu saya lakukan?" Aku memegang dahi sambil mengacau air coklat berkrim di atas meja.Nampak tahap stress di situ.
"It's okay sayang,don't think too much nanti kau sakit."
"Siapa sayang kau bodo?" Terasa ringan tangan aku nak siram dia dengan air minuman sejuk aku ni.
"Hei,apa phone number kau?Nanti saya sepi takde nak kacau memalam," nampaknya Newt sengaja mengubah topik.Padahal aku masih risau dengan penerimaan abang aku ni.Eih,kenapalah Ammar masuk ke dalam bilik aku pada masa yang salah.Kalau tak,aku boleh keluar rumah tadi dengan tenang dan cool je.Nasib baik abang je yang masuk,kalau mama ataupun papa haih tak taulah macam mana hidup aku nanti.
"Saya takde phone number," aku sengaja menipunya.
"Kalau macam tu,number abang kau apa?"
"Hah?"
"Kalau kau takde phone number,mungkin abang kau ada."
"Kau nak buat apa dengan nombor telefon abang saya?"
"Nak mengurat dialah.." aku terdiam,sebelum mengalihkan pandangan ke sekeliling kafe.Kurang orang bermakna oksigen yang dibekalkan di dalam kafe mencukupi buat aku.Tapi,rasa macam tak cukup nafas je ni.Sesak semacam.
"Asal diam?"
"Oh takde.." aku membalasnya perlahan.
"Cemburu ke?Astaga,saya bergurau je lah.Saya cuma nak nombor telefon kau dan abang kau.Nanti saya mesejlah abang kau supaya dia tak marah ataupun buat kau macam aksi WWE.Saya belum sanggup kehilangan kau," aku memandang wajah Newt sepi.
"Boleh tolong tak?" Ujar aku masih perlahan,entah rasa kurang bersemangat pula nak bercakap mungkin sebab kata-kata Newt nak mengurat abang aku masih terkesan di hati.Rasa sakitnya tu di sini pula.
"Hah,boleh,boleh.Anything for you." Newt berkata sambil tersenyum ke arahku.
"Tolong berhenti.." kata aku tersekat.
"Berhenti?Berhenti apa?Berhenti mencintaimu?No,big no!Kau ingat senang ke nak jatuh cinta lepas tu nak jatuh benci macam tu je?"
"Tak bukan itu," aku mengeluh.
"Habis tu?" Soal Newt dengan tidak sabar.
"Tolong berhenti buat saya jatuh cinta dengan kau.I'm so sick of this feeling," aku pura-pura memandang kasut di bawah meja selepas habis berkata.Malu pula.Aku baru meluahkan perasaan ke?Kenapa Newt diam je?
"Finally.." Newt mengangkat dagu aku supaya melihat ke arahnya.Sesaat mata kami bersatu antara satu sama lain.
"Jangan sentuh-sentuh,manatau ada orang yang mengenali saya di sini.Maruah saya perlu dijaga juga," aku menepis tangannya dengan lembut.Newt hanya mengalah.
"Thank you,Art.." ucapnya lembut.
"For what?"
"Sebab tak buat cinta saya bertepuk sebelah tangan."
"Sudah tentu tidak,kau sudah mencairkan saya pada pandangan pertama kau malam hari tu."
"Oh ya?" Aku hanya mengangkat kedua-dua bahu.
"Jom raikannya!" Newt menjerit kecil.Apabila di zoom out,kelihatan dua orang remaja 16 tahun sedang bergurau-senda di dalam Kafe Litium.Sangat manis,cuma itulah hanya dua hati itu yang memahami maksud tersiratnya.
"Nak rai apa?"
"Untuk hari kita lah," Newt berkata dengan penuh teruja.Selepas itu dia menarik minumannya dan tangan aku supaya berdiri.Sempat juga aku mencapai minuman aku yang masih tertinggal separuh dan menuruti langkah Newt.Tadi,minuman tersebut sudah dibayar untuk pengetahuan tambahan.
Kami masuk ke dalam kereta,dan Newt memandu kereta tersebut ke suatu tempat yang sunyi.Di pinggir sebuah tasik.Enjin kereta dimatikan.
"Okay now!" Newt menarik bahu aku dan dalam sekelip mata,bibir kami bersatu.Aku tidak menolak kali ini.Perasaan aku sukar diungkap ketika itu.Bagi aku,Newt adalah seorang lelaki yang baik dan seorang yang sangat penyayang.Aku yakin dengan dia.Walaupun perkenalan kami singkat sesingkat-singkatnya tetapi aku tahu dia ikhlas dan aku tidak kesah untuk berada di sampingnya sampai bila-bila pun.
"Your lips are so sweet," ucap Newt sebaik pelukan kami terlerai.
"Yuck,dahlah tu.Jom balik,muntah darah orang dengar cerita kita," aku tergelak kecil.
"Malam ni saya nak tidur dengan kau," kata Newt selamba.
"Eih,kau dah kenapa?" Aku menjelingnya.
"Saja,nak meluangkan masa yang tinggal semasa cuti bulan 12 ni bersama kau.Nanti kena balik dekat luar negara juga,my daddy kerja dekat sana so kena tinggal sana.Lepas tu jaranglah dapat jumpa kau,auch." Aku terdiam.Kedengaran seperti agak menyedihkan.Tahun depan memang kena fokuslah sebab dah nak SPM.Tapi,tengok gayanya terpaksa menahan rindu dengan buah hati seorang ni.Aduh..
"Minggu depan saya balik kampung keluarga saya," beritahu aku.
"Hah,kampung mana lagi ni?" Soal Newt dengan riak terkejut.
"Adalah satu lagi kampung kami dekat pedalaman.Kalau bagitau nama pun kau mesti tak kenal.Tak popular lah katakan," jawab aku.
"Okay,nak ikut."
"Hah!" Kali ini giliran aku pula yang terkejut.
"Tak dengar ke sebab excited sangat saya nak ikut?" Dia mula mengusik.
"Mana ada,kau buat apa nak ikut?" Soal aku kerana kurang percaya dengan kata-kata Newt.
"Nak ikut kau pun salah ke?" Newt mengerutkan dahi dengan riak yang tidak puas hati.
"Takdelah,cuma ibu bapa kau bagi ke?"
"Mesti bagi punya,kalau tak saya akan buat mogok."
"Eh tak baik buat macam tu dengan ibu bapa."
"Hahaha takdelah,diorang mesti bagi punya sebab mereka percayakan saya.Lagipun belum ada aktiviti nak buat dekat sini.Bosanlah nanti tanpa kau."
"Ah yelah,yelah.." selepas beberapa ketika,Newt pun menghantar aku balik ke rumah.Sempat lagi dia tagih nombor telefon aku dan abang aku.Oleh kerana aku kurang baik kali ini,aku hanya bagi dia nombor telefon aku manakala nombor telefon abang aku pula aku tak bagi haha.
"Kau boleh ke hadap abang kau seorang diri?" Soal Newt sedikit risau.
"Mestilah boleh,dia abang saya."
"Okaylah kalau macam tu,bye.Jumpa nanti," ucap Newt sambil mengenyitkan sebelah matanya.Aku hanya tergelak kecil melihat tingkahnya.
"Ye,bye!"
![](https://img.wattpad.com/cover/169587817-288-k402743.jpg)
YOU ARE READING
SEBELUM BERAKHIR (BL)
Romansa[Completed] "I want to love you with all my heart before you gone, before all this be ended. I want to be your last, your comfort and your euphoria." (Started: 06 Dec 2018, Ended: 27 Dec 2018)