Bab 21

191 15 0
                                    

Sekolah kembali beroperasi bagi sesi pada tahun itu.Banyak yang perlu aku lakukan dan siapkan untuk tahun itu bagi menghadapi SPM.Mungkin juga aku tidak mempunyai banyak masa memikirkan hal lain selain fokus kepada ulang kaji pelajaran pada setiap waktu yang lengang.

Selepas habis pembelajaran di dalam kelas,aku akan sambung belajar di perpustakaan sekolah yang buka sehingga jam 5.00 petang nanti.Kadang-kala seorang diri,kadang-kala berteman dengan sesiapa sahaja yang sudi belajar bersamaku.

Tambahan pula,aku tidak punya teman yang rapat sangat sejak tingkatan satu.Aku sebenarnya agak anti-sosial.Aku lebih suka bersendirian kerana aku kurang berminat untuk bergaul dengan oranf lain.

Sekiranya ada masa yang sangat luas,maksud aku selepas aku penat memerah otak dan tenaga aku akan berbalas mesej dengan Newt.Walaupun rindu yang mencengkam di dada sedikit mengganggu,namun aku cuba mengusirnya jauh-jauh dulu.Aku tidak mahu kehilangan fokus hanya kerana perasaan yang entah apa-apa ini aku layan lebih.

"Hei Art!" Semasa aku merenungu soalan addmath yang jawapannya tidak kunjung tiba,seseorang menyapa aku dari depan.Aku memandangnya,Erylin sedang berdiri di hadapanku kini.

"Hei!" Balasku.Kami berbalas senyuman sebelum dia meminta izin untuk duduk di hadapanku.

"Boleh saya duduk dekat sini?" Aku hanya mengangguk mengiyakan.Dalam masa yang sama aku mendapat idea untuk menyelesaikan soalan addmath tadi maka masa untuk melayan Erylin menjadi sangat kurang.

"Kau belajar apa?" Soalnya.

"Math..matematik tambahan." Aku menjawab tanpa mengalihkan pandangan kepadanya.

"Ouh.."

"Kau?" Soalku pula cuma hendak berbasa-basi.

"Samalah,baguslah kau boleh ajar saya yang ini tak?Soalan ni tak boleh KBAT lagi ke?" Erylin merungut-rungut dengan soalan yang dirasakannya menyusahkan itu.Sampai sekarang dia tidak tahu kenapa dia ambil matapelajaran matematik tambahan itu padahal susahnya lebih susah daripada memanjat pokok kelapa.

"Mana satu?" Selepas Erylin menunjukkan mana satu soalan yang tidak difahaminya,aku pun cuba mengamatinya.

"Ouh,ni bab hukum linear kan?Rumusnya bagaimana?Y sama dengan m,x tambah c,kan?" Lalu aku pun menunjukkan langkah-langkah penyelesaian kepadanya.

"Oh,mudahnya.Tadi,susah sangat bila baca soalannya tak sangka pula kau ajar boleh jadi mudah macam ni.Thanks,Art."

"Sama-sama." Aku berasa senang apabila ada orang yang memahami apa yang aku ajarkan kerana dalam bab-bab mengajar ni aku agak slow sebab aku tak tahu macam mana nak terangkan dengan teliti dan cepat faham seperti apa yang cikgu ajarkan.Tapi kalau ada yang memahami ajaranku dengan mudah,syukurlah.

Setelah sejam belajar bersama,Erylin pun meminta diri kerana dia sudah dijemput pulang oleh bapanya.Tinggal aku seorang di situ.

Jam 4:30 petang nanti baru aku balik,lagipula aku guna motor sendiri jadi tidak kesah bila aku nak balik.Mama dengan papa pun sidah maklum akan rutin harianku kini.Aku mengerling jam,lebih kurang sejam lagi masa aku yang tinggal.Dalam perpustakaan itu pun ada dua tiga orang lagi yang tinggal.

"Art!" Namaku dipanggil lagi oleh seseorang.Seseorang daripada kaum adam dan suaranya amat kukenali.

"Eh,Venish kau belum balik ke?" Aku memandangnya,bukan ke dalam matanya seperti dulu.Seperti dulu-dulu masa dia masih crush aku.Crush lama je weh.Sekarang dah takde perasaan kerana aku dah ada Newt.Yang lebih ganteng dan keren,ahaks.

"Belumlah,dah kau nampak saya ada dekat sini takkan dah balik pula." Venish cuba bergurau,aku hanya tergelak kecil.Pandai budak ni buat lawak bikin kering gusi.

"Oh yelah,ada apa?" Soalku bertanya akan hal dia tiba-tiba menyapa aku.Bukan selalu dia sapa aku macam ni tahun lalu,ni baru minggu kedua buka sekolah dia sudah muncul depan aku.Rindu aku ke,satu kelas juga pun?Eh,perasannya aku ni.

"Takde pape,tetiba nampak kau masa lalu sini tadi.Ingat nak balik tapi tengok kau tekun sangat study,itu yang saya gerak hati nak kacau kejap.Stress sangat saya tengok kau dari jauh," katanya.Aku memandangnya dengan muka tidak percaya,aku manada stress suka hati dia je cakap orang stress.

"Dahlah,blah ah kau!" Aku menghalaunya.Ingatkan ada perkara yang penting sangat.

"Uih,mengusir nampak."

"Taklah,kau buang masa saya je." Jawab aku selamba.

"Yeke?Okaylah saya temankan kau sekejaplah." Eh,lain yang aku cakap tadi lain pula yang dibalasnya.Buat apa nak teman aku?Aku bukan budak kecik pun.

"Tak payahlah,kau balik je dulu." Suruhku lagi.Walaupun aku tergoda sikit dengan kebaikan hatinya dan wajahnya yang aku idam-idamkan namun cepat-cepat aku mengingat Newt kembali.Bahaya betul jiwa aku ni.

Telefon aku tiba-tiba bergetar dan aku lupa yang aku meletaknya tadi di atas meja.Tanpa disangka,Venish menyambarnya sebelum sempat tangan aku mencapainya.

"From My Handsome Candy;Sayang hari ini saya belanja kau gambar salji yang hampir berakhir ini."

Sekejap,itu Newt kan.Dan noti itu masuk dalam telefon aku tadi dan aku setkan telefon aku kepada show content pada notifications on lock screen.Wah,elok pula tu dia baca.

SEBELUM BERAKHIR (BL)Where stories live. Discover now