"Siapa ni?" Soal mama sebaik melihat kelibat asing berada di ruang tamu rumah bersama aku.
"Kawan lama saya,ma." Kali ini aku pula yang menggunakan gelaran 'kawan lama' untuk memperkenalkan Newt kepada mama.Papa hanya tersenyum sekilas ke arah Newt dan meneruskan langkahnya ke arah dapur.
"Oh..ingatkan kereta siapa tadi," selepas Newt menyalam mama,mama juga berlalu ke dapur.Aku membersihkan meja di ruang tamu.
"Art,jom ah keluar kita jalan-jalan kejap.Tak bosan ke duduk dekat rumah je sepanjang hari," Newt mengajak aku.Aku hanya menganggukkan kepala.
"Okaylah,saya tukar baju kejap.Buruk sangat ni," kata aku.Memandangkan ketika itu aku pakai baju t-shirt dengan seluar pendek je,jadi kena pakai seluar panjang sikit dan baju lengan panjang sebab cuaca di luar agak panas juga.
"Kau mana pernah buruk duh,kau ni."
"Eh,setiap masa saya kelihatan buruk okay!" Selepas berkata begitu aku berjalan ke arah bilikku.
Baru hendak menanggalkan baju,pintu ditolak dari luar.
"Huh,kau buat apa kat sini?" Aku memandang Newt tak puas hati.Tak jadi pula nak buka baju sebab malu.
"Alah buka je lah baju,apa salahnya saya tengok?" Newt mengusik.Dengan selamba dia naik ke atas katil aku.
"Masalahnya saya malu bengong," aku menjelingnya geram.Aku harap takdelah orang muntah sebab bila aku nak gedik,memang gedik punyalah haha.
"Nak malu apa?" Aku tidak menjawab soalan Newt.Pantas aku membelakanginya dan menebalkan muka untuk membuka baju.
"Uhuk!" Kedengaran seperti Newt sengaja pura-pura batuk.
"I want to touch you,baby." Newt berdiri dan cuba mendekati aku.
"No,jangan datang dekat!" Aku memberinya amaran.
"Why?" Newt bertanya tidak puas hati.
"Siapa baby kau?Saya dah besarlah," pantas aku mencapai sehelai baju panjang lengan dan memakainya.
"Kaulah baby saya.Tadi kau boleh pula minta peluk dengan saya."
"Tadi tu em..tadi sebab saya terharu sikit.Lepas ni,tiada lagi macam tu.Okay saya minta maaf."
"Kenapa begitu?" Newt duduk semula di atas katil aku dengan riak wajah yang jelas tidak puas hati.
"Kau jangan tegang sangat.Saya bukan sayang kau pun.Kalau kau merajuk,sorry saya tak akan pujuk lah," aku sengaja menguji perasaannya.Selepas menukar seluar.Aku melihat cermin sebentar.Melalui pantulan cermin tersebut,kelihatan Newt yang berpeluk tubuh dengan wajah penuh kekesalan.
"Jomlah," ajak aku selepas aku siap bersiap.Namun tiada sambutan daripada Newt.Aku berpaling ke arahnya.Dia masih pegun di tempat duduknya tadi.
"Jomlah.." ajak aku sekali lagi.Melihat keadaan Newt yang kekal pegun,aku akhirnya mendekatinya.
"Nak jalan ke tak ni?" Soal aku.
"Pergilah jalan sorang-sorang,biar saya tinggal sini sampai esok." Newt menjawab dingin.
"Hah!" Aku membuat muka tak faham sebelum menghembuskan keluhan kecil.Merajuklah tu.
"Hmm.." Newt diam dan tidak memandang aku.
"Newt.." aku melembutkan suara.Adeh,meremang bulu roma orang tengok drama kita ni Newt.Nasib baik sayang,kalau tak dah lama halau dari rumah ni.
"Wahai Newt yang handsome,saya gurau je lah," nak tak nak,aku pujuk juga lelaki sorang ni.Newt masih diam.Okay,terus terang katakan yang aku kurang fasih dalam bab-bab memujuk ni.Aku mana ada boyfriend sebelum ni,girlfriend apatah lagi.Siapa yang nak tong sampah macam saya kan?Uhg!
"Okay takdelah,saya sayang Newt jugalah.Sayang nak kawan sebab Newt kan baik.." tetap diam.
"Herm,taulah saya tak kacak.Nak pandang pun orang tak sudi," jap sekarang ni aku pun rasa nak join merajuk juga ke?
"Siapa cakap?" Akhirnya,dia bersuara juga.
"Hati kau cakap."
"Bila?"
"Tadi."
"Kau rasa diri kau tak kacak?"
"Mestilah."
"Kau rasa kau boleh jadi bintang tak?"
"Mestilah tidak!"
"Kau memang tak boleh jadi bintang di angkasa tapi kau mungkin akan jadi bintang di hati saya.Sekurang-kurangnya kau ada rupa,kau kacak.Bersyukurlah,sebab tu saya sayang kau.Walaupun kau tak kacak macam saya,tapi saya terima segala kekurangan kau." Diam.
"Eh apa kau cakap tadi?" Aku silap dengar ke.Kurang asam betul lelaki ni.Newt mengeluarkan gelak.
"Takdelah saya gurau je," Newt menarik tangan aku sehingga aku terduduk di sebelahnya.
"Kenapa bibir kau seksi sangat?" Pantas aku menutup mulut aku dengan tangan.
"Eih kau ni,boleh tak kalau saya buat scene sweet-sweet kau support je saya." Newt menjadi geram.Dia menarik tangan aku daripada menutup mulutku.Lalu dia menarik bahu aku mendekatinya.Aku pandang ke dalam matanya.Lalu turun di bibirnya,dia menjilat bibir buat aku tersentak.
"Wei,wei,kalau nak buat pun tutuplah pintu dulu.Mati saya kedapatan dengan mama dan papa," aku pantas menolak tubuhnya dan berdiri.Tanpa menoleh ke arahnya lagi,aku berjalan ke arah pintu namun baru dua langkah pergelangan tangan aku ditarik semula membuatkan aku tidak dapat menyeimbangkan badan lalu terhempas di atas katil.Newt naik menindih aku.
"Kau tak boleh lari dari saya," Newt merenung aku tajam membuatkan aku berasa sedikit seram.Pintu yang terselak sikit juga menambah kerisauan di dada.
"Kau pun sayang saya kan?"
"Mestilah,sayang sebagai kawan.Kau baik.."
"Tak,tak,bukan sayang yang itu."
"Habis tu?" Sengaja aku buat muka bingung.
"Hmm kau memang nak kena,kan?" Newt mendekatkan wajahnya ke wajahku.
"Janganlah,ingat saya tak boleh lawan kau ke." Aku mengancamnya namun Newt tidak mengendahkan aku lalu terus mendekatkan wajahnya kepadaku.Aku menutup mataku,pura-pura pasrah aduh.
"Art ka.." tiba-tiba pintu bilik aku ditolak dari luar.Newt terhenti daripada melanjutkan aksinya tadi.Aku betul-betul jadi ais batu.Rasa seram sejuk menyelinap ke segenap sanubari.Matilah nak..
![](https://img.wattpad.com/cover/169587817-288-k402743.jpg)
YOU ARE READING
SEBELUM BERAKHIR (BL)
Romance[Completed] "I want to love you with all my heart before you gone, before all this be ended. I want to be your last, your comfort and your euphoria." (Started: 06 Dec 2018, Ended: 27 Dec 2018)