Bab 1

1.3K 36 47
                                    

Aku membaca mesej tersebut sekali imbas.Mesej keberapa entah aku pun dah malas nak kira.Ikutkan hati,nak stay rumah je hari ni.Tapi Alvin dah berkali-kali ajak jadi rasa bersalah pula nak menolak.

Art, jangan lupa malam ni kita gi rumah kawan saya tau.

Begitulah bunyi mesejnya yang sama sejak petang tadi.Aku pula dah lama tak keluar rumah sejak bulan Disember ni membuka pintu.Tak tahu nak buat apa dan malas nak buat rancangan.

6:53 p.m.

Aku tersedar daripada lamunan panjang.Astaga,ada tujuh minit lagi sebelum Alvin sampai.Dia yang ajak jadi dia yang datang ambik.

Ok,aku bolehlah bersiap dalam masa 7 minit.Percaya atau tidak?Terpulang.

7 minit kemudian,aku sudah siap memakai pakaian ringkas.Alah,bolehlah bukan nak jumpa awek pun.

"Hah,nak pergi mana tu?" Mama menyoal sebaik aku keluar dari bilik.Mama sedang melipat pakaian di ruang tamu.Papa belum balik daripada kerja.Abang aku tak tahu di mana mungkin ada dekat bilik dia.Aku malas nak ambil tahu tentang dia sebab hubungan kami tak rapat mana pun.

"Keluar ma,kawan ajak pergi party birthday kawan dia." Itu mengikut kata Alvin, hari ni birthday kawan dia tu.

"Balik jangan lewat sangat," hanya itu yang dipesan oleh mama sebelum dia menyambung kerjanya sambil menonton televisyen yang memaparkan drama tv3.Aku hanya mengangguk dan meneruskan langkah ke pintu rumah.

Aku membuka pintu rumah perlahan untuk menjenguk ke laman rumah,suasana masih gelap menandakan yang ketibaan Alvin yang belum kunjung.

Aku keluar dan mencapai sepasang kasut nike lalu memakainya.Topi hitam di kepala aku kemaskan.Semasa mengikat tali kasut,sebuah kereta kancil pun masuk ke laman rumah.Aku tersenyum dam bergegas menuruni tangga rumah sambil mengucap selamat tinggal kepada mama.

"Siapa kawan kau yang birthday hari ni tu?" Soalku sebaik memasuki kereta sebelah pemandu.Selalunya kawan Alvin,kawan aku juga.Tapi katanya kali ni kawan dia tu baru balik dari oversea.Dan mengikut kata Alvin,aku tak kenal orang tu langsung tapi yang penting dia sebatch dengan kami,iaitu berumur 16 tahun.

"Adalah,kawan lama saya dulu.Kau tak kenal pun," balas Alvin sambil menekan pedal minyak untuk memulakan perjalanan kami.

"Eih yelah," balasku malas bertanya lanjut.Kereta tersebut sepi membelah jalan raya yang sunyi.Kampung itu tak banyak orang.Semua sudah berhijrah ke bandar mungkin.

Aku menekan butang radio kereta untuk mencari lagu yang syok didengar.

Hampir 15 minit,kereta yang dipandu oleh Alvin mula memasuki sebuah sebuah pekarangan rumah yang luas.Sebuah rumah banglo dua tingkat tersergam indah.

"Ok jom!" Ajak Alvin sebaik dia mematikan enjin kereta di tempat parkir.Kami keluar dari kereta.Banyak sudah tetamu yang hadir di tempat itu.Biasalah orang kaya buat party bukan calang-calang.

Dengan perasaan yang janggal,aku membontoti langkah Alvin memasuki rumah agam itu.Rasa kerdil pula berada di situ.Majlis tersebut sudah bermula ketika itu.

"Hei bros!" Alvin melambai ke arah seorang lelaki yang agak tinggi.Lelaki yang sedang leka melayan tetamu itu berpaling ke arah Alvin.Bibirnya mengukir senyuman lebar sebaik menangkap kelibat Alvin kemudian matanya beralih ke arahku.Aku sedikit terkejut lantas melarikan pandangan.Bukan apa tapi aku memang jenis pemalu sikit kalau orang pandang tepat ke arahku.Haih.

Lelaki itu melangkah ke arah kami,rambutnya yang perang berkilau apabila cahaya daripada lampu memancarinya.Huh,segak gila dibandingkan dengan diri ini.Haha bagai langit dengan bumi.

"Yo Alvin,lama tak jumpa," lelaki itu berkata sedikit kekok dalam bahasa Melayu.Mungkin sebab terlalu lama tinggal di negara orang putih.

Mereka berpelukan sebentar dan aku hanya jadi pemerhati yang tidak berbayar.Apabila pelukan mereka terlerai.Lelaki itu memandang ke arah aku semula.Dan tersenyum.Kemudian dia tunduk sedikit ke arahku.Pantas aku membalas salam hormatnya.

"Wei Art,ni Newt.Newt,ni Art," Alvin memperkenalkan aku kepada Newt,begitu juga sebaliknya.

"Ha okay,jemputlah duduk dekat mana-mana nanti saya suruh pelayan untuk hantar makanan untuk kamu orang," ucap Newt.Bibirnya tidak lekang daripada mengukir senyum manis.Haih,manis sangat.

Aku dan Alvin pun duduk di satu sudut yang agak tersembunyi.Lama kami meluangkan masa di situ sambil makan-makan.

Bukan nak perasan,tapi apahal Newt asyik tengok aku eh?

Entahlah.Mungkin dia jijik dengan orang macam aku,kan.

"Eh Art,kejap eh saya nak jumpa seseorang dulu.Kau tunggu je kat sini.Kalau bosan pergilah jalan-jalan cari makan ataupun cari pompuan cuns k," aku mengangguk pasrah.Malang betul jadi pendiam di tempat umum ni.Bukan apa tapi inilah nasibnya.

"Janganlah lama-lama,mereput saya nanti," aku sempat berpesan kepada Alvin sebelum dia hilang dari pandangan.

Aku pun mula termenung melihat ke arah piring dan gelas yang sudah kosong.Fikiran pun melayang,ke arah kawan Alvin yang bernama Newt itu.

"Art?" Baru tadi aku berfikir tentang dia,dia dah muncul.Uish,magik kah?

"Er.." aku jadi gugup.Eih,penyakit takut orang ni memang susah nak lari dari dalam diri aku.Huh!

"Hah,makanlah lagi." Newt meletakkan satu piring berisi nasi dan penuh dengan lauk.Lalu dia duduk di hadapan aku.Aku jadi blur.Apa ni suruh orang makan tiba-tiba?

"Buat apa?" Soal aku dengan wajah bingung.

"Duh kau ni,saya suruh kau makanlah.Saya tengok kau ni pun kurus melidi dah.Tak makan ke apa kau ni?" Di akhir kata,Newt tergelak.Aku diam.Rasa pelik dalam hati bertimpa-timpa.Mesra betul orang kaya ni.Haha,aku suka gelar dia orang kaya sebab rumah dia besar aduh.

"Alvin mana?"

"Eh,ah,huh?" Aku tak tahu kenapa aku jadi gagap dan aku rasa macam nak nangis untuk ini.

"Eh,kau kenapa?Aduh hahaha.." Newt tergelak lagi.

"Comel betullah kau ni," Newt menggerutu perlahan tapi cukup untuk aku dengar.

SEBELUM BERAKHIR (BL)Where stories live. Discover now