Bab 36

366 14 0
                                        

Cinta itu sukar untuk dimengertikan.Tiada siapa yang mampu mendalaminya dengan sempurna.Cinta itu tidak dapat dilihat namun hanya mampu dirasai dalam jiwa.Tiada siapa yang mampu mengetahui bagaimana cinta itu berputik dalam hati masing-masing.

Oleh kerana cinta,banyak perkara yang boleh terjadi tanpa disedari.Kerana cinta kita akan dihina,dipandang serong ataupun dihormati dengan sesungguhnya.Jadi,jangan terlalu menghambakan diri kepada cinta dunia yang hanya sementara.Dunia memang bersifat tidak selamanya.Cinta kepada Dia yang paling utama.Cinta yang akan berkekalan sampai bila-bila.

"Turun mari!" Ajaknya,aku masih ragu-ragu untuk melangkah keluar.Sebenarnya lebih kepada tidak berani untuk menhadapi situasi yang bakal berlaku sebentar sahaja lagi.

"Jomlah.." Newt menggesa aku lagi.

"Malaslah.Tak jadi lah saya tinggal sini." Aku akhirnya bersuara setelah lama berfikir.

"Laaa..." mukanya sudah bertukar masam.Aku lebih mementingkan diri ketika itu jadi aku malas mengikut katanya.

"Janganlah macam ni,kau belum pernah lagi tinggal kat sini bersama saya." Dia sudah membuat muka sedih,ni yang buat aku geram ni.Tak payahlah pujuk orang dengan cara halus macam ni.Tak kuat aku.

"Kalau Art tak nak,hah berdiamlah kita dalam kereta ni sampai tahun depan." Newt yang sudah keluar daripada kereta tadi kembali masuk ke bahagian pemandu.Sambil memeluk belakang kepalanya,dia menyandar pada kerusi pemandunya dan memejamkan mata.Pura-pura mahu tidur.

Aku mengeluh perlahan sebelum bersuara,tak ada gunanya juga terus berdiam di sini.Nanti keluar juga ibu bapa Newt dan tambah berasa pelik dengan keadaan sekarang.

"Okaylah,jom ah masuk." Aku akhirnya mengalah.Cepat saja Newt turun daripada kereta semula.Aku turun ke laman rumah yang besar itu dengan lambat-lambat.Lalu,kami mengangkat barang dan membawanya masuk ke dalam rumah.

"Mummy!" Newt menyapa mummynya yang berada di ruang dapur ketika itu.

"Newt?Urusan kamu dah siap ke?" Mummy Newt yang bernama Puan Carmelia bertanya,belum perasaan akan kehadiran aku di ruang tamu.

"Dah!Tu,Art kat ruang tamu," aku tersentak saat dia menyebut nama aku.Mereka akhirnya keluar daripada ruang dapur dan bertemu dengan aku.

"Art?" Puan Carmelia bertanya meminta kepastian,bukan seperti dulu kali ini dia begitu ramah dengan aku.Aku mengangguk mengiyakan tekaannya.

"Okaylah,kamu jangan risau.Mummy tak marah pun apa-apa.Mummy juga tak nak cakap apa.Mummy hanya nak anak lelaki mummy yang seorang ni bahagia." Aku terdiam kurang memahami.Adakah Puan Carmelia menerima hubungan songsang aku bersama Newt?Baguslah!

"Hah,Newt.Kamu bawalah Art ni pergi berehat.Mesti penat lagi.Bercuti panjanglah dulu,nanti bila dah sambung belajar lagi entah-entah makin susah nak balik sini." Newt menganggukkan kepalanya lalu mengajak aku naik ke tingkat atas.

"Newt,apa yang berlaku?" Aku mula bertanya walaupun aku sudah tahu apa jawapannya.Aku sudah menghabiskan pelajaranku di kolej matrik.Sekarang ini,tinggal menunggu tawaran daripada mana-mana universiti untuk menyambung lagi pelajaranku ke peringkat yang lebih tinggi.

"Jangan risau,semua keluarga saya sudah tahu akan kita.Jadi,Art tidak perlu fikirkan apa-apa lagi.Cuma ibu bapa Art je yang masih menjadi rahsia.Terpulang kalau Art nak bagitau atau tidak," jawabnya tenang.

"Saya hanya nak hidup bersama Art,sampai bila-bila,sampai ke titik terakhir." Dia tersenyum kepadaku,aku membalasnya.

"Saya juga.."

"Art,i love you till the end.I love you as much as i can do.I love you for no reason.I just love you and want you only in my life.Nothing more." Ucapnya penuh syahdu.Aku hanya tersenyum dan cukuplah perbuatan aku yang memberitahu bagaimana besarnya cinta ini untuknya.

Jadi,semuanya berjalan lancar.Ucapkan selamat tinggal kepada orang-orang lama seperti Venish,Hadim,dan lain-lain kerana aku mahu membuka bab baru hanya bersama Newt.Tiada lagi orang lain melainkan nyawa ini tidak berdetik lagi.

Selepas balik ke rumah mama dengan papa tadi,aku terus memberitahu yang aku akan tinggal di rumah Newt selama beberapa hari.Mereka tidak banyak halangan memandangkan mereka juga bukan selalu berada di rumah.Manakala abang pula telah merantau ke negara orang lain pula demi meningkatkan ilmu di dada dan juga menaiki peringkat hidup yang lebih tinggi.

"Cerita kau dekat wattpad tu nak tamat dah ke?" Aku menyoal Newt yang sedang bergolek-golek di atas katil sambil menelaah telefonnya.Tak sangka cerita yang hampir sama dengan jalan cerita hidup aku itu rupa-rupanya memang ditujukan oleh Newt kepada aku sendiri.

"Mungkin ya sebab saya dah menjumpai kau kembali."

"Sedihnya.." komen aku.

"Walaupun cerita itu tamat tapi kisah kita akan berterusan sampai bila-bila,sampai segalanya berakhir."

"Peliknya," aku tak dapat menerangkan bagaimana perasaan aku ketika itu.Agak sukar untuk memperkatakannya.Ada rasa macam tak sedap hati tapi semuanya memang sudah sempurna.

"Apa yang pelik?"

"Entah," balasku bersahaja lalu berdiri mahu meninggalkannya namun cepat saja tangan aku dicapainya.

"Nak pergi mana?" Soalnya.

"Saya nak cari memori saya yang hilang untuk diceritakan."

"Hah?!"

"Takdelah," Newt sudah memandang aku semacam.

"Dah kau duduk diam je sini," dia menarik aku membuatkan aku kembali terduduk di tempat tadi.

"Kau perlu tengok ni," dia menunjukkan skrin telefonnya kepada aku.

"Newt!!!" Aku menumbuk bahunya kuat.Apa tidaknya dia suruh aku tengok video haram itu.Kepala bana kau!Newt hanya mengekek ketawa dan mengelak daripada tumbukan aku yang boleh tahan kuat itu.Silap-silap boleh lebam tubuh badan dia.

"Kau ni,kasarlah.Meh sini," dia menarik aku ke dalam pelukannya.Oleh kerana nipple dia dah ada depan mata maka aku terus menggigitnya membuatkan dia mengerang kesakitan atau kesedapan entah aku tak pasti.

"Kau dah horny!Hahaha," aku mengetawakannya.Mungkin sejak dia tengok video tadi tu sudah lama dia begitu,aduh mati gua kalau ada pembaca inesen di sini.Skip je weh,bab 40 nanti si penulis tutup cerita ni.

"Saya tak tahanlah," dia mendesah apabila aku terus menggigit nipplenya.Aku mengusap benjolannya.

"Dah jangan gatal nak bagitau orang lain apa yang kita buat ni.Okay bersambung..."























SEBELUM BERAKHIR (BL)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang